Sumber dari rakan FB. Mari baca dan renung-renungkanlah
  Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati  yang  gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum  arak,  boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah  berusaha.
  
  Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik,  taat kepada ALLAH akan  dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita  lihat, kawan kita ini  tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula  hidup dengan penuh  cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini  agama yang benar,  tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan  ISLAM itu lebih  berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan  sempit lagi derita.  
 Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu?  Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak  benar?   Maka saya hendak bertanya kepada anda.   Adakah anda tahu apa  itu istidraj?  
 Istidraj  ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk  kepada keadaan seseorang  itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan  yang melimpah ruah dalam  kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH  yang taat, malah seorang  pembuat maksiat yang tegar. 
Kenapa mereka ini  dinamakan manusia yang  mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?  
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
 Contoh manusia yang mendapat istidraj ini  banyak. Kita  lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada  Qarun? Dia ini  adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan  bahawa, kotak yang  mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya  tidak mampu  diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak  menyatakan betapa  kayanya dia. 
Kisah Qarun terdapat di dalam  Al-Quran. Hartanya  melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala  pelaburannya  mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang  yang bertambah  semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi  Musa cuba  mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang  daripada ALLAH,  maka Qarun dengan angkuh menjawab,   “ Tidak, semua ini  adalah hasil dari ilmuku”   
Lihat.  Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua  ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia  nyata semakin jauh dari ALLAH,  walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya  melimpah ruah dan sebagainya.  Dia saban waktu memperlekehkan  pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri  dari orang miskin dan hamba. Apakah  pengakhiran Qarun? 
Dia akhirnya  ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi  dengan seluruh hartanya. Kisah ini  terdapat di dalam Al-Quran.   Nah… Apakah itu yang kita mahu?   Sebab   itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan   timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi   dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam   peperiksaan atau perniagaan.
Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa   kalian?   Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat  pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”   Apakah yang akan  terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh  dari ALLAH. Itulah istidraj.   
Maka  jangan gusar bila tidak berjaya.  Cuba lagi. Hubungan keimanan anda  dengan ALLAH itulah yang pertama  sekali perlu anda perhatikan. Jika anda  berjaya membina hubungan  keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah  badai apa sekalipun, anda  akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya  yang beriman. 
Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih  kecil. Terdapat  dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan  seorang lagi muslim  yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang  menyembah berhala  menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim  membaca bismillah. Bila  jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat  banyak ikan, manakala  yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya  pada hari itu.  
 Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada  ALLAH.   “  Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang  menyekutukanMu, KAU  berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu  yang menyebut namaMu,  KAU tidak memberikan DIA apa-apa”   ALLAH  menjawab,   “ Yang  menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA.  Maka apalah sangat  rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan  kepadaNya? Tetapi  HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya  syurga, maka AKU  suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”   
Nah, jangan  anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan  walau sudah  studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun  strategi. Itu semua  adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji  hanya untuk mereka  yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,   “  Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman  sedangkan kamu belum diuji?…”   Jika  gagal terhadap satu-satu perkara,  itu perkara itu. Anda masih belum  gagal dalam kehidupan. Teruskan  usaha, selagi nyawa masih ada.  InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu  yang bermakna kepada anda. 
 Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA  kita.   Maka sebenarnya,  bila hidup kita digegarkan dengan masalah,  hendaklah kita rasa  bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan  kita. Ujian adalah  tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.    Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi  nanti anda merana. 
Anda mahukan istidraj?   Saya yakin tidak..   Anda  tenang sekarang?   Anda  wajib untuk tidak berasa tenang jika anda  berbuat dosa, dan anda  berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu  penting. Untuk kita sentiasa  periksa bagaimanakah hubungan kita dengan  ALLAH SWT.   Aku  berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita  agar jangan sampai  lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud  serupa itu terkeluar  dari mulut kita.   Mari kita sama-sama duduk, dan  bermuhasabah semula.  


2 ulasan:
wahh. shiema penah dengar. lecturer shiema selalu cakap :)
sllu kita fikir cam ni.. knp org y tidak beriman hidup seng.. apa y diingini semua dapat.. berbeza ngn org y berusaha u beriman kpd ALLAH..
kdang2 kita ni manusia yg jahil bleh angkuh dgn apa y Allah kurniakan
Catat Ulasan