PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

30/06/15

Tolong vote gambar dalam Contest 7 Eleven

STICKY POST SEHINGGA 30 JUN 2015

Assalammualaikum semua

Dilla nak minta jasa baik kawan-kawan tolong vote gambar kami.
Caranya Klik ni dan vote




Menang produk Sendayu Tinggi

Syukur kepada Allah Dilla menang contest Repost, tag & win Sendayu Tinggi. Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Terima kasi Sendayu Tinggi. Tak sabar nak tunggu hadiah sampai. Tahniah untuk semua pemenang. 



Kemenangan keempat Tahun 2015

29/06/15

Kenangan Qistina di Tadika

Assalammualaikum semua

Dilla jumpa medal dan piala ni masa kemas rumah. Terus ambil gambar dan abadikan di sini sebagai kenangan Qistina di Tadika. Nanti bila dah besar Qistina bolehlah baca dan tengok. Qistina ni seorang anak yang bijak tapi ada malas sikit. Hehehehe. Tapi Dilla bersyukur diberi anugerah terindah ni. Qistina ni perangai dia sejinak-jinak merpati tau. Apalah Dilla melalut ni kan.

Qistina suka berkawan jadi tiada masalah sangat masa hantar dia ke mana-mana sekolah. Cepat dia menyesuaikan diri dengan keadaan di sekeliling. Ini ikut perangai Dilla. Di sekolah seorang pelajar yang aktif dan dikenali cikgu-cikgu. Bila acara sukan Qistina paling suka. Ikutkan nak masuk semua acara tapi mana boleh kan. Kenalah bahagi-bahagi dengan kawan baru adil. Jadi ini jelah yang Qistina dapat masa di Tadika dulu. Lepas ni kenangan di sekolah rendah lak.



Medal hari sukan...larian dan futsal




Piala untuk keputusan peperiksaan akhir tahun. Saguhati untuk tahun 2013 dan tempat ketiga untuk tahun 2014. 

Sentiasalah berbuat baik

Assalammualaikum

Banyakkan beribadah dan berbuat baik di bulan Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati Allah. InsyaAllah, selamat beramal.



28/06/15

Tanpa Allah

Tanpa Allah siapalah kita

Allah Maha Kaya dan Allah Maha Mengetahui

Allah sebaik-baik perancang

Syukur selalu dengan apa yang kita ada.




27/06/15

Hanya RM 2.40

Haritu pergi MPH saje nak cari buku untuk dibaca. Pusing satu MPH akhirnya buku ni juga yang dibeli. Tiga buku ni hanya RM 2.40 je. Dilla beli buku mengenai blogger, majalah Inspirasi Kejayaan dan majalah Mastika. Untuk bacaan tambahan dan tambah ilmu sikit.



.
.
.


Resit blur lak.


Sebenarnya jumlah semua RM 52.40 tapi lepas ditolak voucher RM 50 jadi hanya bayar RM 2.40. Voucher tu Dilla menang contest. Dilla ada buat entri menang RM 50 gift voucher MPH sebelum ni kan. Boleh baca SINI

Alhamdulillah rezeki. Dapat jimat sikit kan. Semoga ada rezeki lebih baik lagi. Amin InsyaAllah.

26/06/15

Dah credited diganti semula

Tak tahu nak buat tajuk entri apa jadi bubuh je tajuk atas tu. CPUV Shell Helix Love My Energy yang sebelum ni dah credit. Alhamdulillah Nuffnang ganti semula CPUV tu. Jadi total CPUV setakat ni 22 On going. Syukur selalu kepada Allah. Terima kasih Nuffnang dan kawan-kawan semua. 

Selamat Berpuasa


BE Ke 29, 30 dan 31 untuk Jun
BE ke 104, 105 dan 106 untuk Tahun 2015

25/06/15

Diskaun Voucher RM 20 Cheekaaboo

Tengahari semalam Dilla dapat pm dari Cheekaaboo. Sebelum tu Dilla ada join contest anjuran Cheekaaboo dalam Facebook. Ini contest tu.



Saje suka-suka join. Akhir-akhir ni rajin lak join contest sana sini. Mengisi masa lapang dengan benda berfaedah lagi baik kan. Join contest ni biasalah kan, menang atau kalah itu adat. Yang penting kita cuba, usaha, doa dan serah kepada Allah. Jika itu rezeki kita Allah permudahkan. Dilla nak ucap TAHNIAH pada pemenang pertama dan kedua. Dilla cuma dapat diskaun voucher RM 20. Diskaun ni diberikan kepada semua yang masuk contest tersebut. Okeylah kan. Alhamdulillah, syukur selalu.




Inilah bentuk voucher tu.



Kemenangan ketiga Tahun 2015.

24/06/15

3 CPUV...OLD TOWN WHITE COFFEE

Salam 7 Ramadhan 

Dikala hati sedih dan tak menentu Allah beri rezeki. Alhamdulillah dapat lagi 3 CPUV iaitu Old Town White Coffee. Old Town White Coffee ni pun tengah buat contest tau. Nak tahu lanjut kliklah iklan kat blog Dilla ni, kalo tiada kuar bole cari di facebook. Terima kasih Nuffnang dan Old Town White Coffee. Sebab itulah Dilla sayang Nuffnang tak pandang yang lain. Alhamdulillah syukur selalu.




BE ke 26 , 27 dan 28 untuk Jun
BE ke 101 , 102 dan 103 untuk Tahun 2015

Wordless Wednesday #40- Saje nak share ni

Selamat Berpuasa semua.

Dilla saje nak share gambar ni. Dilla ambil dari fb parentesis.com. Enjoy



.
.
.

.
.
.

.
.
.


.
.
.



23/06/15

Rezeki 5 dan 6 Ramadhan

Salam 6 Ramadhan.

Syukur selalu...kejap je dah 6 Ramadhan kan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan diberkati Allah. InsyaAllah. Tadi masa blogwalking tengok ramai rakan blogger yang update tentang CPUV Ramadhan. Dengan pantas Dilla pun sign in Nuffnang. Alhamdulillah rezeki 6 Ramadhan dapat 9 CPUV (3 pada 22 Jun dan 6 pada 23 Jun). Terima kasih Nuffnang sudi-sudilah beri lebih banyak CPUV lagi di sini.


SELAMAT BERPUASA




BE ke 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24 dan 25 Untuk Jun
BE ke 92, 93, 94, 95, 96, 97, 98, 99 dan 100 untuk Tahun 2015

20/06/15

Keranamu Yeo's

Ini penangan contest Yeo's yang sedang berlangsung. Dilla beli berkotak-kotak lagipun Danish memang suka air Yeo's ni. Semoga menang besar duit raya dan ada rezeki kami sekeluarga. Amin InsyaAllah



1000 Tiket Balik Kampung PERCUMA

KTM nak beri 1000 tiket balik kampung secara percuma. Penebusan tiket boleh dibuat pada 21 Jun 2015 bermula jam 10 pagi. Bukan selalu kan dapat peluang macam ni. Dapatlah beraya bersama keluarga tahun ni.

.
.
.
.



 Cepat dapatkannya. Untuk info lanjut tengok ni. 



Semoga Allah permudahkan urusan dan dapat bersama keluarga. InsyaAllah.

p/s:Dilla copy gambar dari group whatsapp

19/06/15

Rezeki Jumaat-Voucher RM 50 MPH

Rezeki di hari Jumaat. Balik ambil Qistina dari sekolah nampak ada surat dalam peti surat. Suka tak terkata bila hadiah yang ditunggu dah selamat sampai. Ingat tak bulan lepas Dilla ada buat entri pasal menang contest di IG. Tak ingat, baca NIE...CONTEST INSTAGRAM CHAMPSVITAMIN. Dapat RM 50 Voucher MPH. Alhamdulillah. Pasni bole shopping buku kat MPH. Terima kasih Champs. Ramai juga kawan2 lain yang dah selamat terima voucher masing-masing.

Semoga kami sekeluarga lebih dimurahkan rezeki Allah selalu. Amin 




18/06/15

CPUV Awal Ramadhan

Alhamdulillah rezeki di awal Ramadhan blog Dilaz Family dapat 7 BE. Syukur kepada Allah di atas rezeki ini. 3 BE dari Perfecto Popcorn-Launch , 3 BE lagi dari RHB Lifestyle App dan 1 BE dari Tesco-Lebih Jimat. Terima kasih Nuffnang sentiasa sudi beri CPUV di sini. Terima kasih semua. 




BE ke 10, 11, 12, 13, 14, 15 dan 16 untuk Jun
BE ke 85, 86, 87, 88, 89, 90 dan 91 untuk Tahun 2015

SELAMAT BERPUASA

Selamat Berpuasa semua.

Semoga ibadah puasa tahun ini lebih sempurna dan mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah.


14/06/15

CPUV....Dumex Dugro dan Shell Helix

Alhamdulillah dapat lagi 3 CPUV untuk Jun ni.. satu dari Dumex Dugro dan dua lagi dari Shell Helix. Terima kasih Nuffnang. Lama-lamalah ada dalam blog Dilaz Family dan beri earning yang banyak. Tak sabar nak Cash Out Tahun ni gak. Semoga Allah permudahkan. 

Sudikanlah diri klik iklan tu. Hehehehe


BE ke 7, 8 dan 9 Jun

BE ke 82, 83 dan 84 untuk Tahun 2015


13/06/15

Tunggu turn mandi



Bila tengok gambar ni teringat dulu masa duduk kat Asrama. Kekadang macam tulah keadaan bila berada di bilik mandi. Bila terkenang semula macam kelakar je sampai buat camtu. Tapi nak buat camne kalau tak buat macam tu memang lambatlah tunggu turn nak mandi. Ada tu siap kawan copkan turn mandi tau. Emmmm... Rindu pulak zaman sekolah dulu2.


Gambar ehsan dari rakan FB

Korang pernah tak alami macam ni?

3/06/15

CPUV Awal Jun

Syukur kepada Allah di atas rezeki ini. Walaupun CPUV sebelum ni dah credited, Nuffnang ganti yang baru dengan 6 BE sekaĺigus.

Alhamdulillah.




BE ke 1, 2, 3, 4, 5, dan 6 Jun
BE ke 76, 77, 78, 79, 80, 81 untuk Tahun 2015

Menang SMS

Cerita 1 Jun 2015.... Dilla dapat sms dari Majalah Lisa. Alhamdulillah menang untuk peraduan SPY. Pertama kali masuk peraduan sms majalah dan ada rezeki menang. Syukur pada Allah.






Hadiah tu kena collect sendiri atau boleh diwakilkan. Nasib ada member yang baik hati tolong amikkan hadiah tu. Terima kasih sangat sebab Allah permudahkan urusan. Ini yang Dilla dapat untuk contest sms tu.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails