PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan. Papar semua catatan

19/11/16

Keputusan peperiksaan Qistina-Tahun 2

Keputusan akhir tahun untuk Tahun 2 dah dapat. Alhamdulillah walaupun Qistina tak dapat no 1, Mama tetap bangga dengan Qistina. Qistina dapat no 13 dari 42 orang pelajar dengan keputusan 5A 1B. B tu Matematik. 


Keputusan peperiksaan Tahun 2


Markah paling tinggi ialah Bahasa Inggeris Penulisan 98%. Qistina seronok dan tak percaya leh dapat markah tinggi tu. Salah satu je sebab tulis huruf tak betul. Sepatutnya R tapi Qistina tulis S. Bahasa Melayu penulisan turun markah berbanding keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Matematik A turun ke B. Bahasa Melayu pemahaman naik B ke A. Macam tulah keputusan peperiksaan Qistina.

Qistina ni liat sikit nak buat ulangkaji dan latihan kat rumah. Papa dia kata Qistina ni jenis fokus masa belajar. Kalau Qistina rajin belajar dan ulangkaji mesti keputusan lebih baik. Tapi takpe lah janji Qistina faham apa yang dia belajar dan tahu membaca dan mengira.

18/11/15

Keputusan peperiksaan Qistina-Tahun 1

Tinggal beberapa hari je persekolahan untuk Tahun 2015 kan. Dilla nak ucapkan Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dalam UPSR. Yang tak berjaya tu janganlah putus asa sebab perjalanan masih jauh lagi. Qistina pun dah bawa balik report card semalam. Alhamdulillah ada peningkatan di situ. Dari nombor 18 naik ke nombor 10 dan Qistina naik kelas. Syukur selalu. Tahniah Qistina, Mama tahu kakak boleh buat yang terbaik. Mama dan Papa bangga dengan kakak. 


Qistina ni manja dan susah sikit nak buat ulangkaji pelajaran bila hujung minggu atau cuti sekolah. Lepas Dilla join group Homescholling di facebook banyak benda Dilla dapat dan pelajari. InsyaAllah nak buat untuk Qistina dan Danish. Semoga mereka seronok belajar dan sukakan sesuatu yang baru.

13/11/14

Result Exam Qistina-6 Tahun

Alhamdulillah... lega rasanya. Dilla dan My Love paling berdebar nak tunggu setiap kali result exam Qistina. Padahal baru sekolah tadika kan. Bak kata My Love, bukan nak Qistina pandai, tapi nak Qistina faham dan menguasai pelajaran yang dia belajar di sekolah. Semalam Dilla pergi ambil report card Qistina dan Alhamdulillah banyak peningkatan pada diri Qistina. Cikgu Qistina pun puji, katanya Qistina rajin di sekolah dan selalu bantu rakan dan cikgu. Cuma dalam membaca Qistina perlu diberi perhatian lebih. Yang ni dia ikut Mama dia kot (Mama dia kurang suka membaca tak macam Papa Qistina).

Masa pertengahan tahun Qistina dapat no 7 dari 11 pelajar dan kini peperiksaan akhir tahun Qistina dapat no 3 dari 10 pelajar. Tersenyum Mama dan Papa Qistina. Qistina pun suka sebab dapat no 3. Papa Qistina tak nak puji lebih-lebih sebab takut Qistina malas belajar. Sabtu ni Qistina akan konvo. Tak sabar tengok persembahan Qistina dan kawan-kawan.

Inilah result exam Qistina. Dilla abadikan di sini sebagai kenangan. Nanti boleh tunjuk Qistina bila dia besar nanti.


Perbandingan keputusan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun


dan




Kedudukan no di antara pelajar

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Cuti sekolah ni Qistina perlu buat lebih latihan dan membaca sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan Darjah 1..Sekejap je masa berlalu


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails