PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

27/02/12

Dilaz nak minta maaf kepada Analyana

Salam semua. 

Sebenarnya Dilaz nak minta maaf pada Analyana sebab lambat pos hadiah untuk Analyana.Bukan apa, alamat yang Ana bagi dalam email dah terdelete. Mungkin tak perasan sebab main tick je samapi tertick email Ana. Dilaz harap Ana dapat bagi semula alamat surat menyurat pada Dilaz.



 

24/02/12

Nuffnang Is Turning 5!

Tadi buka akaun NUFFNANG, ternampak benda nie. Rasa nak join tapi jauhlah. Sesiapa  nak tahun details, KLIK SINI


 P/S : HEPI BESDAY NUFFNANG. Semoga bertambah berjaya dapatlah Dilaz rasa duit NUFFNANG nanti. hehehehe

Rekod tertinggi Dilaz

Selalu kalau pergi Jusco ke tesco ke mesti nak pergi tempat Funland. Bukan setakat Qistina suka pergi, Dilaz dan My Love pun suka gak pergi situ. My Love suka main game kereta. Dilaz lak suka main game bola keranjang. Kalau tak main rasa macam tak lengkaplah. 

Bile main je mesti tengok rekod kat situ. Konon nak pecahkan rekod sedia adalah, tapi tak berjaya. Dilaz tetap tak putus asa, berusaha terus. Sekali satu hari tu main, dapat gak pecahkan rekod yang ada. Rekod masa tu 100 +++. Dilaz pun cubalah main dan akhirnya dapat juga pecahkan rekod tu. Rekod Dilaz yang tertinggi setakat hari ini ialah 323. Selalu  100++ je. Inilah dia rekod Dilaz. Masa main tu ada dua tiga orang yang pandang. Nasib baik dapat rekod tinggi. Kalau tak.......... Dilaz nie kalau buat sesuatu orang pandang, maka benda yang Dilaz buat tu mesti tak jadi.huhuhuhu


23/02/12

Saya rindu kamu

Emmmmmm bunyi macam romantik dan jiwang sikit kan. hehehehe. Saje je. Bile dah kena tinggal sorang-sorang nie mulalah nak melayan blues. Sebenarnya My Love pergi Outstation kat Perak, malam nie baru lik. Qistina lak kat kampung Dilaz (duduk ngan Tok Abah dia). Sebab tulah buat entri nie. Terasa rindu sangat pada mereka berdua. Merekalah jantung hati dan penawar suka duka Dilaz.

My Love tak de rasa sunyi maklumlah bantal peluk tak de malam-malam. Qistina tak de rasa sunyi juga sebab tak dengar teletah dan suara manjanya. Rindu sangat-sangatlah. Rasa dah berlinang air mata nie

tengoklah telatah dua beranak nie. Happy sangat
 

Hepi Besday Adik @ Cheah

Semalam besday Angah, hari ini besday Adik. Adik Dilaz yang bongsu (masih belajar lagi). Sebenarnya adik-adik Dilaz semua lahir bulan Februari. Dilaz je yang lain lahir bulan September, tu yang untung. Sebab Dilaz yer besday akan disambut sorang-sorang je. Adik-adik akan disambut sekali. (itu masa zaman kanak-kanaklah). Sekarang pandai-pandailah sebab semua dah besar kan

Besday My Family :-
Abah : 18 Januari
Dilaz : 2 September
Angah : 22 Februari
Uda : 14 Februari
Adik : 23 Februari

Okeylah, Dilaz nak wish "SELAMAT HARI LAHIR BUAT ADIKKU YANG SEMAKIN TEMBAM"

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
Belajar rajin-rajin jangan ingat bercinta je tau 

 

Semakin banyak perubahan

Bulan April nie genap umur Qistina 4 Tahun. Semakin banyak perubahan yang Qistina dah lakukan. Sekarang dia dah pandai tido sendiri dalam bilik sorang-sorang (kat kampung umah Tok Abah). Lepas tu Qistina minum susu dah tak guna botol susu lagi. Qistina minum guna cawan. Mesti minum sampai habis. Bijak-bijak anak Mama nie. 

Mama rindu sangat pada Qistina lah. Teramat rindu kekadang tu rasa sebak dan sunyi Qistina tak de. Mama terpaksa sayang. Apa Mama dan Papa buat nie semua untuk Qistina dan keluarga kite. Mama tak nak Qistina susah bile dah besar nanti. Tak nak jadi macam Mama. Mama nak yang terbaik untuk anak Mama nie.

Qistina jangan marah Mama dan Papa erk. Mama tahu Qistina faham Mama dan Papa kerja cari duit. Rindu sayang


 Qistina dulu


dan 


 
Yang terkini (di kampung)

22/02/12

Hepi Besday Angah @ Nisa

Hari nie 22 FEBRUARI besday adik Dilaz yang no 2. Dilaz nak wish kat dia 

SELAMAT HARI LAHIR 

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu serta sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta. AMIN

Peluk cium untuk Farhan dan Nabihah yer 
 

Qistina bersama Mak Ngah
 

Wordless Wednesday-kasut

Cute tak Kasut Handmade nie

 

Baik sungguh kawan saya ni

Siapa kawan saya yang baik tu? Siapa lagi jika bukan Agnes Ryue. Ryue nie bulan lepas pergi Langkawi dan Pulau Pinang sebab company suaminya ada buat rombongan. Jadi Ryue pun join sekali. Dilaz pantang dengar orang nak pergi jalan-jalan, terus minta Ryue belikan Fridge Magnet (FM). Dilaz nie nak berjinak-jinak kumpul FM kat peti sejuk.Kalau boleh nak kumpul semua negeri di Malaysia nie dan jika ada kesempatan nak kumpul yang di luar negara pula.


Inilah FM yang Ryue belikan tu.


Cantik kan. Ryue pun ada beli coklat untuk Dilaz tau. Seronok sangat dapat hadiah macam nie. Lama tak dapat hadiah dari member2

 

17/02/12

Syok yerrr...

Makan-makan dah. Yang seronok masa dinner, Dilaz dan My Love dapat hadiah. Antara hadiah yang kami dapat.


Hamper untuk cabutan bertuah


Dilaz dan My Love dapat Hadiah untuk agen baru dari MCIS


Jam tangan MCIS (My Love) yer dan Termos untuk Dilaz


My Love dapat pen Parker untuk pertandingan Bowling






Yang ini agen harapan unit manager (bawah En Ali)



Dilaz dapat jam tangan POLO. Sayang nak pakai, simpan buat koleksi


Yang nie pulak Agen harapan unit manager bawah En Ali untuk My love


My Love dapat T-shirt POLO


P/S : Harap lepas nie dapat lagi banyak hadiah dari Unit Manager, CAM dan MCIS

Dinner Setengah Tahun...tema

Dinner pertama di Fazil Agensi. Tema dinner malam tersebut ialah warna merah, hitam, putih, biru dan hijau. Makanan pula ialah Chinese Food. Dinner setengah tahun ni diadakan pada awal bulan Januari 2012. Dilaz baru sempat nak update.

 
Dinner disponsor oleh CEO MCIS. Seronok dapat makan free dan dapat hadiah tau.
Tuah tanah wajib ada dalam setiap entri...huhuhuhu


My Love dan Dilaz. Pasangan suami isteri yang baru masuk bekerja di Fazil Agensi.


Setting meja dinner malam tu..Merah dan putih. Makanan style Chinese nie, Dilaz tak berapa suka sebab rasanya tak kena dengan tekak orang kampung macam Dilaz nie.hehehehe. Jom tengok makanan yang sempat Dilaz amik masa Dinner tersebut
 

Sup ikan yu beserta isi ketam.
My Love makan sampai dua mangkuk. Dia kata sedap, tapi pas makan darah pun naik tinggi
 

Yang nie ikan apa  ntah lupa nama masak stim
 

Yang nie paling Dilaz suka...ayam lemon. Sedap masam-masam sikit.

Sekian saje. Jap lagi Dilaz buat entri hadiah apa yang kiteorang dapat masa dinner.

P/S : Teringin nak candle dinner dengan My Love. Mesti romantik kan
 

16/02/12

Bowling bersama Rakan-rakan Fazil Agensi

Aktiviti nie lama dah lepas iaitu pada 07/01/2012. Dah sebulan kan baru sempat nak buat entri. huhuhuhu. Sebenarnya Fazil Agensi buat "Pertandingan Bowling Tahunan" jadi Dilaz dan My Love sebagai staf di Fazil Agensi diwajibkan turut serta dalam bowling tersebut. First time main bowling ramai-ramai nie.


Banner pertandingan



Pemain handalan
^
^
^


My Love dengan gaya tersendiri

Nak tengok tak markah yang kiteorang dapat dalam 2 game tersebut. Rasa segan nak tunjuk.  Tapi nak tunjuk gak



Game pertama

dan


Game kedua

Kalau perasanlah kedua-dua game markah kiteorang sama kan. Sikit sangat. Yelah kiteorang nie bukan Pro sangat main bowling. Saje suka-suka join.




Inilah dia staf di Fazil Agensi. Ramai kan.

P/S : Lepas nie kalau boleh setiap bulan nak main bowling

15/02/12

Vanilla dan Coklat

Selamat petang semua.

Tengah buat apa petang-petang nie. Dilaz baru je lik kerja. Lepas nie My Love ajak tengok wayang. Tapi kiteorang tak tahu lagi nak tengok cerita apa. Oklah sebenarnya saje nak cerita tentang Drama bersiri Vanilla dan Coklat nie. Drama nie penuh dengan rintangan untuk pasangan tersebut. DAri sebelum berkahwin hinggalah dah berkahwin.
 
Baru nak rasa gembira bersama suami tersayang selepas diumumkan perkahwinan mereka kepada umum, ada pula dugaan yang datang. Bile tengok drama nie, macam-macam perasaan ada....Marah, sedih, geram, romantik, bahagia dan macam-macam lagilah. Yang tak pernah tengok, cubalah tengok. Seronok tau. Drama nie setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3. Meh baca lirik lagu tema Drama tersebut. Penuh makna...


lirik tapi bagaimana - spider

Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembnyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta
Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu
Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Aaron Aziz VS Keyword NUFFNANG

Aaron Aziz.......Siapa yang tak kenal Hero yang macho nie kan. Memang digilai ramai peminat perempuan. Kalo tak, tak kan ada yang search Aaron Aziz nie. Kat Blog Dilaz Family pun ada yang search tau. Tak caya meh tengok KEYWORD NUFFNANG nie. Blog Dilaz nie Keyword utama ialah Aaron Aziz.

 
Betul kan.....Tapi tak banyaklah yang search di sini. Paling tinggi pun 7 kali je.huhuhu. Dilaz pun tak tahu nape ramai yang search Aaron Aziz kat sini. Mungkin sebab entri seronok yer jumpa Aaron Aziz kot. Nak tahu BACA NIE .Rugi tak baca tau
 
koleksi gambar ni Dilaz ambil dari Blog KIC .KIC dapat daripada album isteri Aaron di twitter..
 


so sweet



bahagianya


Loving couple
 
P/S : Romantikkan mereka berdua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails