PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/01/11

SUSU SEBULAN....

Meh tengok stok susu QISTINA untuk sebulan yer. 



Banyak tak stok untuk sebulan tu. QISTINA nie pengguna setia DUTCH LADY.  Cuma kadangkala beli DUGRO (tapi perut dia kadangkala sensitif ngan susu DUGRO). Masa sebelum setahun, QISTINA minum susu Nestle NAN (tapi mahal sikitlah, tak larat nak beli selalu).

Biasanya sebulan QISTINA akan minum susu 4-5 paket (yang 1kg) punya tau. Makan tetap makan, tapi pilih juga lah. Susu mesti. QISTINA nie kuat sangat minum susu. Sebab tu tulang dia keras, tapi badan ada lembik sikit (tak kuat sangat) sebab tak suka makan nasi sangat. Suka roti, biskut atau kentang goreng. Nasi akan makan bile QISTINA lapar sangat.

SHOPPING....

Salam satu MALAYSIA semua,

Sejuk sungguh hari nie sebab hujan tak berhenti2 lagi. Masuk hari nie dah 3 hari hujan. Hujan2 pun orang tetap pergi kerja dan ada yang dah bercuti pergi jalan2 ngan family. Kepada yang bekerja tu selamat menjalankan tugas. Jangan tension2 tau. Yang sedang bercuti lak, selamat bercuti. Jaga diri dan keluarga baik2. Saya...hari2 saya cuti..... Hehehehe

Pagi tadi, saya bawa QISTINA pergi TESCO. Pagi2 QISTINA dah jalan. Dah lah belum mandi lagi. Tapi, MAMA QISTINA dah mandi tau. QISTINA bile bab jalan2, memang NO 1 punya. Tak kiralah apa cuaca sekalipun, janji dapat jalan tau. Saya pergi tesco sebab nak beli barang dapur sikit, sebab semalam tak dapat beli. So, inilah hasil dari shopping saya pagi tadi. 

Tak beli banyak pun sebab dah beli barang hari tu. Saya selalu shopping beli banyak2 sebab malas nak beli selalu. Kadangkala beli stok untuk 2 bulan sekali. Jimat masa sikit, kecuali barang basah lah. Awak semua macam mana? Selalu shopping barang dapur kat mana?


30/01/11

JALAN-JALAN CUCI MATA

Salam semua.

Cuaca kat tempat awak semua cam mana? Kat sini (MELAKA), hujan. Dah 2 hari berturut-turut hujan tak berhenti2. Takut ada tempat yang akan banjir lak. Sian kepada mereka kan. Ini semua kuasa ALLAH dan dugaan yang diberikan pasti ada hikmah disebaliknya. Kite hanya perlu sabar dan tabah menghadapinya. 
Sebenarnya nak cete pasal jalan2 cuci mata saya, MY LOVE dan QISTINA. masa kejadian adalah hari Khamis lepas. Masa tu, MY LOVE cal suruh ambil dia tempat keje. Dia kata nak pergi bank jap hantar dokumen. Pas tu nak habiskan masa sebelum dia masuk keje semula kul 2 petang, kiteorang pun jalan-jalan cuci mata kat DATARAN PAHLAWAN. Sajer jer sebab dah lama tak jalan2 satu family.
Tempat selalu kiteorang lepak bile pergi DATARAN PAHLAWAN ialah kat kolam ikan nie.

 Banyak ikan kat sini. Besar2 lak tu, rasa nak amik sikit bawa lik jer. Nak beli mahal


 QISTINA suka tengok ikan. Inilah tempat favorite dia. Mesti kena pergi kat sini bile datang DATARAN


 Kami sekeluarga. QISTINA suruh ambil gambar pas tu, dia tak nak pandang depan lak. Geram tengok dia.


MY LOVE lak, anak tengok ikan, dia sibuk main SMS. Tengah SMS siapa tu?

Itulah jalan2 cuci mata kami sekeluarga. Kiteorang memang suka jalan2 jer. Jarang beli barang sebab berjimat sikit. Beli barang hanya barang2 keperluan sahaja. Kena berjimat sikit sebab belum stabil lagi.
















MY LOVE MASAK

Salam semua.

Semalam dinner makan aper? Kat MELAKA semalam satu hari hujan. Pagi nie pun hujan lagi tak berhenti2. Sejuk sangat sampai tak yah pakai kipas pun tak per. Saya bile sejuk sangat, kaki mesti kejang. Tak tahulah, lepas bersalinkan QISTINA kaki jadi macam nie bile cuaca sejuk.
Okeylah, cerita pasal dinner makan aper, semalam MY LOVE masak dinner untuk saya dan QISTINA. Pertama kali MY LOVE masak. Tapi, dia taklah masak special sangat. Just nasi goreng sajer. Inilah nasi goreng yang MY LOVE masak tu.


MY LOVE masak nasi goreng kicap. Rasa nasi nie, macam kat kedai gak, cuma MY LOVE lupa nak bubuh garam. Tak pelah satu cubaan yang baik. Pas nie masak lagi erk, yang special2 pulak.

P/S : Kadangkala lelaki masak, lagi sedap dari perempuan masak kan. 

29/01/11

MELEPASKAN RINDU

Salam semua.

Melepaskan rindu....siapa yang rindu kat siapa nie?. Kalau nak tahu,pakcik QISTINA nie rindu sangat kat QISTINA sampai suruh MAMA dia call QISTINA nak jumpa. Begitu cerdik budak baru 4 tahun dah tahu erti rindu kan. Sungguh bijak. Pakcik QISTINA nie adalah sepupu MY LOVE a.k.a anak BUSU MY LOVE. Beza umur ngan QISTINA cuma setahun jer. Sebab tu dah macam adik-beradik lak kan. Nama dia SYakirin.
 
 QISTINA dan Pakcik
Gambar dah lama ambil masa makan malam sama2



Yang nie baru lagi.
QISTINA, Pakcik  dan Makcik


MASUK HOSPITAL

Selamat pagi semua.

Malam tadi FIL saya masuk wad. FIL saya sakit. So, hari nie baru doktor datang check tengok apa punca sakit dia. Dah lama tau, tak baik2. Sian tengok, tak tahu nak buat cam mana. Tiba2 teringat arwah mak dulu masa sakit. Sedih. 
Bile datang hospital jer, mesti rasa fobia sebab teringat dulu masa QISTINA sakit. Kena tahan wad sampai 5 hari. Berpunca dari demam panas dan batuk sehingga kahak banyak serta nafas di dada dia berbunyi2. Takut gak dia kena asma, sebab Keluarga belah saya ada keturunan asma. Tapi, doktor kata tak de lak.Alhamdulillah. 

Nie gambar masa QISTINA masuk wad dulu.






Masa nie QISTINA kecik lagi. Baru  11 bulan

P/S : Pas kejadian tu, bile dia demam sikit jer cepat2 bg ubat dan jumpa doktor

28/01/11

ROMANTIK

Saya nak kongsi ilmu pada rakan2 semua

Kasih sayang.....lelaki....wanita.....Romantik.....

Semua ini tidak dapat lari dan saling berkaitan antara satu sama lain. Bila sebut tentang kasih sayang, pasti akan dikaitkan dengan sifat romantik. 
Romantik yang dimaksudkan adalah seperti sifat penyayang, pandai mengambil hati, dan mengambil berat terhadap pasangannya (dalam erti kata lain memahami dan peka dengan keinginan pasangan mereka).

Sifat romantik dianggap sebagai lambang kasih sayang oleh golongan wanita. Wanita sukakan sesuatu yang berkaitan dengan romantisme seperti filem2 romantis, novel2 cinta disebabkan ini semua ada elemen2 romantis di dalamnya. Mereka akan membayangkan berada di situasi tersebut. Tetapi tidak semua lelaki mempunyai sifat romantik kerana mereka mengandaikan aspek logik berbanding emosi perasaan. Namun ada juga, yang terlalu bersifat romantik. 

Sebenarnya, tidak sukar untuk menjadi seseorang yang romantik buat pasangannya. Hanya menunjukan sikap prihatin dengan sesuatu yang berlaku kepada pasangannya itu sudah mencukupi. Contohnya;- perlu ingat tarikh2 keramat ketika bersama dan sentiasa membantu pasangan ketika mereka menghadapi masalah. Itu sahaja. Tapi, lagi romantik jika diiringi dengan hadiah kejutan. Sungguh menarik kan?

P/S : Lama tak dapat surprise dari MY LOVE sebab selalu surprise tak jadi sebab dapat agak 

PENUH SANGAT NIE....

Penuh sangat lah blog DILAZ FAMILY nie dengan GA dan Contest. Lepas nie, nak asinglah GA dan CONTEST dalam satu blog. So, tak delah serabut sangat kan. Pening lak tengok. Mungkin pas GA DILAZ FAMILY nie habis nak buat contest atau GA lagi dalam Blog dilaz contest. Tunggu tau...

P/S : Pas nie nak update entry blog lak.

'Lucky Giveaway by Littleimie'

Meh meriahkan lagi GA LITTLEIMIE


TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2011

NAK TAHU LANJUT, KLIK NIE

Saya tag : ch@ dan Mrs K

"My 1st GA ~ 1st Year Adam Firdaus"

Meh kawan join GA IBU ADAM


NAK TAHU LANJUT, KLIK BLOG NIE TAU

6 Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah..
Hadiahnya ialah

AWOKPENYU.KIDZ GIVEAWAY

AWOKPENYU.KIDZ GIVEAWAY
 

 Tarikh tutup pada 25 February 2011 
 
NAK TAHU LANJUT, KLIK SINI JER

AKUR TAKDIR BAIK DAN BURUK

Salam hari Jumaat. 

Pagi nie saya nak muhasabah diri jap. Nak kongsi satu HADIS & FALSAFAH dari ruangan majalah NUR MEI 2010.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : 
" Hendaklah kamu banyak melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri kamu, mintalah pertolongan dengan ALLAH dan jangan mudah berasa lemah. Sekiranya bala menimpa kamu, maka janganlah kamu berkata :-

" Kalaulah aku lakukan begini, tentu tidak akan jadi begini"  tetapi katakanlah " ALLAH telah menentukannya dan setiap yang dikehendakinya akan berlaku". Disebabkan menggunakan perkataan 'KALAU' (dengan menolak takdir ALLAH pada apa yang telah berlaku) akan membuka peluang kepada syaitan (membisikkan kejahatan di dalam hatinya).
Hadis Riwayat Muslim
Kehidupan yang manusia lalui penuh dengan liku. Ada yang menyenangkan hati dan ada juga yang mendukacitakan hati. Namun itu semua sudah ditakdirkan sebagaimana yang tertulis di Lohmahfuz. ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya. Sebagai manusia kita harus beriman dengan Qada dan Qadar kerana tidak akan sempurna iman kita jika tidak menyakini.
P/S :  Renung-renungkanlah. Saya tak mahulah lagi guna perkataan kalau.

27/01/11

First Wedding Anniversary *GIVE AWAY*

GA anjuran QIS

First Wedding Anniversary *GIVE AWAY* 

START:10.01.2011...CLOSE:10.02.2011
 
Meh join GA ni... NAK JOIN KLIK SINI JER
 
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN QIS N SUAMI.
SEMOGA BAHAGIA SELALU....AMIN 

'Alycia 1st Giveaway'...

 GA nie anjuran Alycia

11.1.2011 hingga 31.1.2011, jam 1.00 petang...

HADIAH YANG MENANTI
... 4 Book Charms yang comey untuk 4 pemenang bertuah...
 
NAK JOIN, KLIK SINI JER  
P/S : Cantik hadiah tu, mana tau rezeki dapat hadiah tu

BUDAK BOGEL

Salam semua.

Tak senonohkan tajuk entry. Sajer jer nak wat tajuk tu. Tetapi kalo ada yang terasa samada menyinggung hati atau perasaan, saya minta maaf erk. Saya tak berniat nak menyinggung sesiapa.

Okeylah. Budak bogel nie? Siapa lagi kalao bukan
NUR QISTINA
 QISTINA makan kek coklat dalam mangkuk



Nampak tak bengkak kat dahi QIS, dia jatuh kat umah baby sitter. 
Budak baik memang macam nie.
Gambar nie diambil selepas dia bangun tido. Bangun2 nak buka baju, kata dia p"anaslah MAMA". Pas tu minta kek. Lapar.

P/S : Tahun lepas QIS amik gambar pakai pampers jer masuk contest DIAPERS. Menang birthday party kat KFC. Tahun nie tak tahu lagi.

26/01/11

SAYA DAH BESAR

Cuaca hari nie sungguh sejuk. Satu hari hujan. Sejuk sangat, tak dapat kuar pegi jalan2.

Saya nak cete pasal QISTINA Bulan nie adalah JANUARI. Lagi 3 bulan (APRIL), QISTINA akan genap 3 Tahun. Dah besar  dah anak MAMA. Sian dia asyik main sorang2 jer. Sabar yer sayang. Nanti ada rezeki sayang dapat adik gak.  Saya ingat bulan nie, kalo ada rezeki nak buat besday party untuk QIS kat umah kami. Sebab tahun lepas tak jadi buat. QISTINA menang besday party buat kat KFC.





Tengok QISTINA nie. Semakin membesar nie macam2 ragam dan perangai dia. Sekarang nie kalo nak pegi mana2 jer mesti nak pakai baju cantik. Kalo tak, mesti mengamuk punya. Dia akan kata , tak cantiklah MAMA. Nanti orang tengok tak lawa. Pandai betul dia cakap benda2 macam nie. Bergaya kalah orang besar. MAMA pakai handbag, dia pun nak handbag. MAMA beli kasut, dia pun nak beli. MAMA pakai tudung, dia pun nak pakai. Bak kata semua lah Nak sama macam MAMA. Pening, pening dibuat yer.

P/S : Agak yer anak perempuan memang macam nie kot.

SAYA SUKA BLOG

Salam semua.

apa khabar? harap semua sihat dan bahagia di samping orang2 tersayang....ayat surat lak. ada bunga kat taman hati jap. Sebenarnya tak tahu nak buat entry apa. Idea tak datang lagi. Rasanya nak kongsi cete nie jap.

Cete aper erk...bukan cete lucu, atau cete sedih tau. Saya nak kongsi cete pasal saya lah. Cete yer macam nie:-

Pada satu hari, dalam lingkungan bulan Mei 2010. Masa tue saya masih bekerja kat GUARDIAN lagi. Saya jalan2 dan pergi ke satu kedai buku. Tiba2 saya ternampak satu majalah nie. Majalah tu adalah majalah INTREND. Saya sebenarnya bukan pernah beli majalah nie. Tapi tak tahu kenapa hari tu leh beli lak.

Belek punya belek, saya teruja baca satu ruangan nie (GAYA HIDUP-KLIK DAN BLOG). Masa tue saya belum buat blog lagi. Memang dah lama nak buat, tapi asyik tangguh2 jer. So, lepas tengok ruangan tu, saya pun buatlah blog nie DILAZ FAMILY.

Kalau semua orang nak tahu, Sumber inspirasi saya buat blog nie ialah Mrs K. Bile tengok blog Mrs K saya terus datang semangat nak buat Blog. Maka, blog DILAZ FAMILY dibuat pada 1 JUN 2010 (sempena MY WEEDING ANNIVERSARY). Diam tak diam dah 6 bulan blog nie wujud. Tapi masa tu tak ada banyak idea nak tulis dan tak tahu banyak mengenai BLOG. Sekarang Alhamdullilah dah ada gambaran tentang Blog.
Saya punya impian pada blog nie ialah saya harap satu hari nanti Blog saya pun leh keluar kat ruangan macam blog Mrs K. Dan dapat income yang banyak dari cik NUFFNANG. Sedih setakat nie income saya baru RM 4.50 jer. Nak gak merasa macam kawan2 blogger lain yang dah banyak kali cash-out duit NUFFNANG. Harap2 impian saya akan tercapai. AMIN.

P/S : Terima kasih erk Mrs K sebab banyak tunjuk ajar kat saya.

25/01/11

ARTIS BARU 2011

Salam semua.

Tengah wat per tue?.... hehehe mestilah tengah berblogwalking kan. Tak kan tengah masak lak. Lunch aper hari nie? mesti ada yang makan special kan. Almaklumlah ada yang dah gaji. Saya rasa masak nasi goreng jer kot. Tak tahu nak masak per.

Saya sebenarnya nak cete satu story nie. Pasal artis baru 2011. SIAPA? Jeng...jeng...jeng.... Nak tahu, meh tengok kat bawah nie....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Artis yer adalah NUR QISTINA. Anak saya lah. QIS berangan nak jadi artis. Suka sangat dapat gitar nie. Harga gitar nie RM 20.00. Beli kat TESCO. Kalau nak tahu, Barang mainan QIS majoritinya barang2 lelaki. Barang mainan perempuan sikit sangat. Dia tak baper minat.
P/S : Saya kalo leh nak jadikan dia model si kecik. kalo ada rezeki satu hari nanti. AMIN.




TUNAI SEHINGGA RM 50,000

Semalam masa tengah jalan2 kat shopping centre nie, saya terpandang satu foam contest. Teruja nak tengok sebab hadiah contest tu best. Dapat duit tu. Banyak tau. Hadiah wang tunai sehingga RM 50,000. Sape nak bagi duit kan. 




Saya ingat nak join. Syarat contest nie kena beli pampers MAMY POKO tau.Sebab nak bukti pembelian dan barcode MAMYPOKO pack. Beberapa hari lagikan hujung bulan. Mesti ramai parent yang shopping barang dapur ngan keperluan harian kan. Apa lagi...beli untuk si kecil sekali. Leh join contest nie. Mana tau rezeki anak kan. Boleh menang.
P/S : QISTINA jarang pakai MAMYPOKO. Tapi kalo nak masuk contest jer beli. Dulu pernah menang hadiah saguhati dari DUMEX. Menang wang tunai RM 400

24/01/11

HILANGKAN TENSION

Malam tadi MY LOVE ajak jalan2 hilangkan tension dia. Mula2x kiteorang pegi kedai CD cari cerita yang best untuk ditengok waktu tension2x nie. Tengok punya tengok, kiteorang belilah CD kung fu. (Best gak cerita tu). 
Pas dah beli CD, l lepak jap kat kedai makan. MY LOVE nak minum teh tarik. Saya lak tengah lapar, so order lah mee goreng. (mana tak gemuk. makan waktu malam)

 Me dan QISTINA 
Wajib Posing jap sebelum makanan sampai.



 Inilah mee goreng tu ngan air teh tarik.
sedap tau...sebab tengah lapar

23/01/11

PIZZA RM1 JER

Petang tadi, tiba2 jer terkeluar dari mulut nie kata " Nape lah kat JUSCO AYER KEROH tak de Pizza Hut".  Tapi yang tak sangka MY LOVE terus bawa pegi GIANT. Kat sana ada PIZZA HUT. 

Sebenarnya saya cuma nak redeem HOT TIKET HOTLINK jer. Bukan nak makan kat sana pun . Ramai orang kat PIZZA HUT tu. Yelah kan hari minggu, hari bersama keluarga. Saya bukanlah pengguna HOTLINK. Dapat hot ticket nie pun dari BIL saya. Dia boleh dikatakan pengguna setia HOTLINK. Hari2 top-up sebab nak call awek. So, dia bagi saya sikitlah hot tiket tu.










Hot Tiket nie ada dua jenis iaitu RM 10 dan RM 15. Dengan hot tiket nielah boleh beli PIZZA dengan harga RM 1 saje. PIZZA yang boleh redeem hanya untuk Personal pan dari Family favorite. Okeylah tu...leh jimat RM 8 tau (harga biasa RM9). Apa lagi. sesiapa yang ada hot tiket tu, pergilah redeem sebab tinggal beberapa hari jer (tarikh akhir redeem 31/01/11).

Ini antara PIZZA yang saya redeem....

  HAWAIIAN CHICKEN
Gambar dari laman web NIE

QISTINA DI PETANG HARI.....SAMBUNGAN

Okey...nie sambungan cete QISTINA DI PETANG HARI.

QIS nie bukannya tidak selalu keluar rumah, boleh dikatakan hari2 QIS pegi jalan. Tapi kalo dapat jalan, seronoknya bukan main lagi tau. SUKA sangat2x. Macam MAMA yer suka jalan. Jom tengok aksi QIS main kat sana. 

 Jom jalan cari mainan untuk dimain. 
Rambang mata QIS dibuat yer


"Meh naik kuda nie". Bukan main laju lagi QIS naik nie


"Naik gelunsur. BEST"



"MAMA meh tolak QIS. Tak leh jalanlah"


SOOPA DOOPA si kecik. Mula2x takut2x....pas tu seronok

Itulah QIS pada petang di TESCO. Letih MAMA QIS nak melayan. Nanti kite pergi lagi erk.
 

HAPPY SELALU

 Salam hari Minggu.

Dah breakfast? saya lum lagi. jap lagi kot. Oklah nak buat mood baik hari nie......so nyanyilah lagu " HAPPY dari AMY MASTURA" . Mesti happy jer satu hari.

Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita

Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkanlah segala peperangan
Kita cipta irama di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama

(Korus)
Lebih baik cinta daripada benci
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita!! Happy!!

(Ulang Korus)

Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya

Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama..ye.. ye
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita

Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkan segala peperangan
Kita cipta irama
Di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama

(Ulang Korus) (2x)

(Ulang Korus) (2x)

Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya

(Ulang Korus) (2x)

22/01/11

QISTINA DI PETANG HARI (PART I)

Patut yer entri nie keluar semalam...tapi tak kuar lak. Tak pelah

Semalam saya kan hantar QISTINA pergi umah UMI. Sian pulak kat QIS sebab kena hantar kat sana. Sebagai upah saya pun bawa QIS pegi jalan2. Lagipun nak tunggu PAPA QIS balik keje lama lagi. So, saya pun bawalah QIS pegi TESCO. Kat sana kan ada tempat main untuk budak2.
Mula2 QIS nak main mainan yang pakai token. Saya pun tukarlah token RM 6 untuk QIS main (saya pakai RM 1, main bola....lepaskan tension). Inilah antara mainan yang QIS main petang tu. Ada mainan yang dah masuk token tapi tak gerak. Buat sakit hati jer.
 Berangan bawa kete si QIS nie.
Ada banyak lagi, lupa nak amik gambar

Pas tu, dia masuk belah dalam tempat main nie. Sekali masuk RM 3 untuk 2 jam. So, mainlah puas2.

 QIS nak mulakan Treasure Hunt







 "Mana barang nie MAMA, tak jumpa pun.Malaslah nak cari"



 "QIS masuk sinilah MAMA. MAMA tunggu luar tau"



 Pintu rumah dah tutup


 Nak tutup tingkat pulak. Nanti nyamuk masuk




" Semua dah tutup. Tido dulu yer MAMA"


 "Ok....dah pagi. Bangun tau"
P/S : Seronok QIS main... Tunggu sambungannya nanti 

WAJAH BARU

Salam semua.

Blog DILAZ FAMILY kini berwajah baru. Jangan ada yang terkejut lak, kata blog sape lak nie. Betul lah..... nie blog DILAZ FAMILY aka MAMA QISTINA. 

Selamat berblogwalking..............

GIVEAWAY MY ANNIVERSARY

GA nie bukan saya yer. Tapi saya nak join GA dari blog empunya diri (Elly @ Suely)

Nak tahu lanjut syarat GA nie, bukalah blog  ELLY @ SUELY
 
 
GA bermula pada
4 januari hingga 28 januari 2011

Meh ramai2 join GA nie

BREAKFAST HARI NIE

Salam semua. 

Hari nie MY LOVE keje, tapi pergi keje lewat sikit. So, pagi2 kenalah buat breakfast untuk MY LOVE. Breakfast pagi nie simple, iaitu WESTERN FOOD. Saya goreng makanan segera jer. Inilah breakfast kiteorang pagi nie. Minum pagi MY LOVE tentunya nescafe.


 Kentang goreng untuk cik QISTINA. 
Mesti nak ada, kalo tak membebel macam mak nenek tau


 

 Nugget ayam dan popia crab untuk saya dan MY LOVE.
Saya makan dua jer popia tu. Tak bape suka

P/S : Selalu masak nasi goreng. Awak semua makan aper pagi nie?

Aku Rindu Sayang Kamu Giveaway

GA anjuran MAMAZAKWAN

Tarikh tutup : 12/02/2011 (12.02 tengah hari)

Nak tahu lanjut syarat GA, KLIK SINI KEY

P/S : Semoga mama dan papa zakwan bahagia selamanya. AMIN.

GARRAGE SALE....

LELONG, LELONG, LELONG!!!!!!!!!!!!!

Meh semua orang MELAKA, atau luar MELAKA kite pergi EON MELAKA kat PERINGGIT. Kite pegi serbu tengok kete. Kalau berkenan apa lagi belilah. EON adakan jualan penghabisan stok 2010 tau. Stok ada, boleh pilih kete yang nak beli. LOAN lulus jer terus dapat kete dalam  2, 3 hari jer. Apa lagi, jom serbu.

P/S : Jumpa EN FIRDAUS tau kalau nak beli atau call jer

SELAMANYA

 Hayatilah lirik lagu ini..........................

" SELAMANYA dari UNGU"



Sayangku dapatkah kau merasakan
Betapa besarnya rasa cintaku untukmu
Cintaku pernahkah kita menduga
Di antara kita ada rasa mendalam
Sayangku yakinlah akan cintaku
Yang ku persembahkan seutuhnya untukmu
Ooo kasihku jangan pernah kau ragukan
Luasnya cintaku yang ku beri untukmu


Genggamlah tanganku ini sayang
Cintaku telah tertambat mati untukmu




Selamanya..
Hanya dirimu yang selalu ada dalam hatiku
Selamanya…
Tentang dirimu kau selalu hadir dalam mimpiku
Engkau satu cintaku selamanya
Genggamlah tanganku ini sayang
Cintaku telah tertambat mati untukmu
Selamanya..
Hanya dirimu yang selalu ada dalam hatiku
Selamanya…
Tentang dirimu kau selalu hadir dalam mimpiku
Selamanya..
Hanya dirimu yang selalu ada dalam hatiku
Selamanya…
Tentang dirimu kau selalu hadir dalam mimpiku
Engkau satu cintaku selamanya

21/01/11

CAHAYA CINTA

Hari nie saya hantar QISTINA pergi rumah UMI sebab nak pergi isi borang keje. Sian QISTINA kena hantar kat sana. Nak wat cam mana kan, dah terpaksa. Nak cari keje punya pasal.

Pas isi borang keje, saya pegi JUSCO. Ingat nak redeem voucher JUSCO, tapi belum bolehlah. Point masih tak cukup lagi. So, window shopping lah kat situ. Tempat biasa saya selalu pergi ialah kedai buku POPULAR. Tengok punya tengok, tiba2 berkenan ngan buku novel nie. Apa lagi, saya pun belilah.

Tajuk novel tu : "CAHAYA CINTA" tulisan AISHAH ABU HASSAN. Ini sinopsis novel nie.:-

"Perkahwinan yang bukan atasa pilihan hati mengundang penderitaan Anis. Namun begitu, berkat kesabaran dan anak yang dikandungnya telah menguatkan semangat Anis untuk mencintai suaminya, Nizam biarpun lelaki itu tidak pernah membahagiakannya. Kehadiran Rizman, majikan Anis yang kacak dan sentiasa mengambil berat ke atas diri wanita itu telah menggugat perasaannya yang sememangnya dahagakan kasih sayang seorang insan bernama lelaki. Mampukah Anis menahan perasaannya pada Rizman? Adakah Nizam akan berubah menjadi seorang suami yang diimpikan oleh Anis?"

p/s : Nak layan novel cinta jap. Layan perasaan

JOM BRUNCH....

Salam satu Malaysia semua.

Dah LUNCH ker? Hari nie saya terus BRUNCH (Breakfast+Lunch). Dah terlalu lapar. Selalu leh tahan, tapi entah kenapa hari nie cepat lak rasa lapar. So, makanlah awal.

Menu hari nie simple jer. Kangkung masak belacan ngan ikan selar goreng. Malas nak masak special2 sebab dah terlalu lapar. Ok....selamat makan tengahari semua. Jumpa lagi

20/01/11

BOGEL

Salam semua.

Saya nak kongsi lagi cerita lucu kepada semua. Ceritanya berbunyi begini : 





Kitty dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air ditingkat atas rumah mereka, Tiba tiba lonceng pintu berdering...ring ..ring..ring....
Maka si Kitty terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan berlari kebawah untuk membuka pintu.

Rupa-rupanya, Robert jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata " Oh..Minta maaf kerana menggangu u yang sedang mandi.."

Kitty menjawap " tidak apa, biasalah tu..apa u mahu"

Robert terus dengan ghairahnya menjawap " Ohh..Kitty..u mempunyai kulit putih melepak harus bak sutera , jika I offer u RM100.00 sanggupkah U menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan???"

Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang membukit demi wang RM100.00..

"WOW" Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara langsung memberangsangkan semangatnya sekaligus menawarkan RM100.00 lagi kepada Kitty untuk menanggalkan kesemua tualanya!!

"kenapa tidak" balas Kitty "itu ganjaran yang amat lumayan" dan terus melonggarkan tualanya memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa seurat benang pun!!.

Maka Robert dengan air liur yang meleleh keluar dan merasa rimas yang amat ketara seperti disimbah air sejuk dengan bahagian zip seluar yang seakan-akan pecah terus menyerahkan Note Rm200.00 kepada Kitty tanda kepuasan yang tak terhingga sambil berlari pulang ke rumahnya untuk melakukan latihan 'menembak'.

Apabila Kitty kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka suaminya bertanya " Siapa yang membunyikan lonceng pintu ?"

"Jiran kita, Si Robert" Jawap Kitty

"Robert??" Tanya Suaminya "Adakah dia memulangkan Wang RM200.00 yang dipinjam dari saya tempoh hari??"

P/S : Sumber cerita nie dari BLOG NIE

DELICIOUS.............................

Salam semua.

Petang nie saya nak cete pasal QISTINA. Sejak saya dah benti keje nie, QIS suka sangat duk umah. Yelah tak pegi umah UMI (baby-sitter QIS). Kalo duk umah leh main basikal, dan main macam2 hinggalah rumah jadi cam tongkang pecah dibuatnya. Kadangkala geram gak. Tapi, bile fikir2, budak kan mana tau apa. Biarlah. ABAH saya ada pesan, katanya "BUDAK NIE KALO KITE KATA JANGAN, LAGI DIA SUKA BUAT. BAIK BIAR JER....DAN JANGAN KATA JANGAN PADA DIA". Tapi kalo diikutkan kata ABAH saya tue memang betul. Kalo saya kata jangan pada QIS, lagi dia nak buat tau. Emmmmm....tu agaknya trend budak2 sekarang kot.

QIS nie, jarang nak makan nasi. Kalo dia makan nasi pun, lauk memilih jer. Pas tu kalo dia makan nasi, maknanya dia betul2 laparlah tu. QIS lebih suka minum susu. Setiap hari berbotol2 susu dia minum tau. Memang baik untuk tulang dia, tapi tak makan nasi buat dia lembik dan lemah lah. ANAK AWAK SEMUA CAM MANA? SUKA MAKAN APER?

Inilah favourite food QIS. Kentang goreng cicah ngan sos cili. Kalo makan sos cili tak ingat dunia. Sos jer lebih dari makan kentang.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails