PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

28/10/14

Pisang Goreng Cheese

Petang-petang ni makan pisang goreng cheese memang sedap kan. Jemput makan







Pisang goreng cheese yang cheese dia tak banyak pun. Buat sendiri mesti lagi puas makan kan
 

27/10/14

Fenomena Jeruk Asam Boi

Fenomena Jeruk Asam Boi. 

Sekarang di Facebook dan Blog semua cerita tentang kesedapan Jeruk Asam Boi ni. Pehhh meleleh bila tengok diorang post gambar. Dilla ni memang suka makan mangga. Jadi bila tengok tu, mestilah nak cuba kan. Alhamdulillah rezeki Dilla sebab kat rumah MIL ada pokok mangga epal. Bolehlah kan dari takde. Operasi pun bermula



Gula, garam, 2 jenis asam dan mangga epal muda
 
Asam boi merah je ada, yang putih dah habis. Bolehlah dari tak de




 
dan selepas dicampur asam

 
Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam. Lebih pun tak pe. Makan sejuk-sejuk.

Memang sedap
 

Makan di Uncle Jack

Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua

Dilla nak kongsi cerita makan-makan. Kali ni kami makan di Uncle Jack, Giant Melaka. Cerita makan ni pada 21/10/2014. Masa tu My Love nak survey handphone kat Giant, jadi dah alang-alang pergi Giant Dilla kata jom kita cuba makan kat Uncle Jack tu. Ini kira sambut besday Danish sekali (tapi kek takde).

Ini menu makanannya.

 
Memang berbaloi makan kat sini sebab siap dengan air. Set kanak-kanak dapat free aiskrim



Ini set dewasa..RM 3.50 je




Model Uncle Jack...Qistina bersama Set kanak-kanak.. Set ni RM 3.00




 Danish lak dah nampak aiskrim tak nak lepas


Nasi dia oklah, tapi ayam goreng dia sedap. Dilla suka. My Love cuba makan chicken chop dia pun sedap, cuma kuah tu cair sikit. Kawan-kawan yang duduk Melaka bolehlah cuba. Tak pasti Uncle Jack ni ada cawangan lain tak.
 

26/10/14

Handphone IPro

Handphone IPro Sense Fii


 
Spesifikasi
Dual Core 1.2Ghz
4" Display
Android 4.2.2
3G/Wifi/Bluetooth
Dual Sim
4GB Memory
512 MB RAM
Dual Camera
Video Call
Anti-Flicker

Harga Promosi: RM 199 *T&C

Okeylah handphone ni. Function dia mudah dan boleh update blog gak. Ini sebenarnya handphone My Love bukan handphone Dilla. Dilla minat Lenovo. 

25/10/14

Sayang Nuffnang

Assalammualaikum dan Salam Maal Hijrah 1436H

Alhamdulillah rezeki lagi di bulan Oktober. Blog Dilaz Family dapat lagi 2 BE baru berganda juga iaitu MGIA Parent Campaign dan Win a 3 Days 2 Night Trip. Lama-lama menari di sini tau. 
 Sayang Nuffnang ketat2. Terima kasih banyak-banyak pada Nuffnang dan pengiklan.

 
BE ke 10,11,12, 13, 14, dan 15 Oktober
BE ke 34, 35, 36, 37, 38 dan 39 tahun 2014

21/10/14

Hepi Besday Danish

21-10-2014....Alhamdulillah hari ini genap umur Muhammad Danish 2 tahun. Masih teringat lagi 2 tahun lepas saat nak melahirkan Danish. Danish ni kembar darah, memang perit dan sakit. Lagi sakit bila dah nak bersalin, nurse boleh tak percaya sebab dia kata air ketuban lum pecah. Padahal memang dah nak terkeluar anak ini. Lepas Danish lahir, kami berdua dibiarkan di bilik bersalin sebab katanya wad tak de kosong. Sampai naik biru muka Danish kesejukkan. Danish memang anak yang baik dan bijak. Danish sepenuhnya menyusu susu ibu.

Selamat Hari Lahir ke 2 Danish. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga Danish menjadi anak yang soleh dan mendengar kata. Membesar dengan sihat dan menghormati orang tua.

Papa, Mama dan Kakak Qistina sayang sangat Danish ketat-ketat. Muuuuaaaaahhhhhh


SELAMAT HARI LAHIR DANISH

 

 

19/10/14

Aaron Aziz vs Vivy Yusof

Dua artis yang selalu menjadi keyword di Blog Dilaz Family..  Aaron Aziz dan  Vivy Yusof.







Tak banyak sebenarnya entri pasal Aaron Aziz dan Vivy Yusof tapi selalu keluar dalam keyword Nuffnang. Apa maksud tu?? Lagi satu paling famous Kelab Jutawan. Yang penting Dilla memang minat sangat ngan Aaron Aziz ni. Vivy Yusof lak suka tengok dia dress up. Cantik2

Tak kisahlah apa keyword pun, yang penting tak de keyword yang tak baik di sini. Semoga dijauhkan dari perkara-perkara buruk. 



 

18/10/14

3 BE Serentak

Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Terima kasih Nuffnang dan pengiklan yang sudi beri Blog Dilaz Family ni Buffered Earning (BE) lagi. Sekali 3 BE serentak macam sebelum ni. Tapi lum jumpa lagi iklan tu berjoget kat sini. Tu dia BE.... Musee Platinum Tokyo

 
 
Semoga Nuffnang terus beri sokongan kepada Blog Dilaz Family. Terima kasih juga kepada semua pengunjung dan pembaca Blog Dilaz family. Tanpa kalian siapalah Dilla. Suka sangat berblog ni sebab ramai kawan. Salam perkenalan kepada yang baru berkunjung di sini

BE ke 7, 8 dan 9 Oktober
BE ke 31, 32 dan 33 tahun 2014
 

Doa Hari Ini #9

Assalammualaikum

 

17/10/14

Model Cool Blog

Salam Jumaat

Selamat menjalankan tugas bagi yang sedang bekerja dan Selamat berehat bagi yang cuti hari ini. Seronok jadi WAHM ni, hari-hari masa bekerja sendiri yang tentukan. Tapi kena ada jadual kerja juga cuma masa tu bebas. tak terikat dengan bos dan punch card. Waktu bersama keluarga juga banyak. Danish lah paling suka sebab tak payah pergi Taska boleh berkepit dengan Mama 24 jam. Manja sangat Danish sekarang. Siapa yang Model Cool Blog tu...inilah dia
















Danish si bulat


Bila nampak air Cool Blog ni paling suka dan kalau boleh nak minum sorang tau. Sedap kan air ni. Tahan sejuk dan pandai lak tu buat sejuk kalau dah tak tahan. Memang mencuit hati. Kakak Qistina tak de. Macam biasa setiap hujung minggu ke rumah nenek dialah (rumah MIL).

P/S: Cerita dah lama baru nak up.hihihihihi

Surah Al-Kahfi

Assalammualaikum semua

Jumaat Penghulu segala hari. Jom kawan-kawan kita baca Surah Al-Kahfi

 

16/10/14

Doa Hari Ini #8

Mohonlah dan berdoalah kepada Allah agar dibukakan Pintu-pintu Rezeki



Peminat Tegar Buku Terbitan PTS

Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua :-)

Dah sarapan lum?? Sarapan pagi itu penting tau. Jangan tak ambil sarapan pagi. Tak sempat minumlah susu atau air yang berkhasiat. Okeylah melalut lak. Dilla nak share ni. Buku Terbitan PTS. 






Kami (Dilla dan My Love) peminat tegar buku PTS. Ini antara buku kami berdua. Ada yang dah habis baca dan ada yang baru nak baca. hehehehe. Buku-buku PTS ni best baca sebab banyak idea baru Dilla akan dapat selepas membaca. Membacakan jambatan ilmu. Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk membaca.


 

15/10/14

Doa Hari Ini #7






Hepi besday Suraya

Alhamdulillah

Hari ini besday Suraya pemilik Blog My Little Family

SELAMAT HARI LAHIR

Semoga panjang umur dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga sentiasa bahagia bersama hero-hero kesayangan. All the best to you Sue

Kita kawan selamanya...peace


Gambar cilok dalam fb Sue..jangan marah ye
 

Wordless Wednesday #36-Nasi Kerabu

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Jemput Makan....

Nasi Kerabu


Baru nak cuba Nasi Kerabu kat kedai baru ni. Rasanya bolehlah, nak kata sedap sangat taklah, tapi ok je

12/10/14

Jemput follow

Salam hujung minggu

Dilla nak jemput kawan-kawan semua singgah blog bisnes Shaklee Dilla. Jika sudi, jemputlah follow sekali. Insha Allah Dilla akan kongsi banyak kebaikan produk Shaklee dan juga bermacam-macam tips serta info tentang kecantikan dan kesihatan.

Nak singgah boleh KLIK SINI 


 
 

11/10/14

6 BE On Going Oktober...Berganda

Alhamdulillah syukur. Tadi buka akaun Nuffnang sekali tengok ada 6 BE On Going Oktober.. Berganda semuanya. Satu iklan ada 3 BE. Terima kasih Nuffnang sebab sudi beri BE dan terima kasih pada pengiklan sebab sudi pilih Blog kecik ni. Baru nak merajuk sebab kawan-kawan lain dapat BE berderet-deret tapi sekali buka dapat 6 BE terus tak jadi merajuk. Ni buat sayang Nuffnang ketat-ketat ni. Muuuaaahhhh

Joget lama-lama sikit kat sini tau. Semoga ia memberi earning yang banyak. Ini dinamakan rezeki tak disangka. Alhamdulillah terima kasih Allah.

 
BE ke 1,2,3,4,5 dan 6 Oktober
BE 25,26,27,28,29 dan 30 tahun 2014

Alhamdulillah
 

10/10/14

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Slot Akasia...Maaf jika aku tak sempurna (MJATS) . Dilla ni memang peminat slot Akasia. Almaklumlah siaran kat rumah ni yang clear cuma TV3. Jadi drama kat TV3 jelah boleh layan. Masa episod pertama drama MJATS ni boring sikit. Tapi disebabkan ada Fahrin Ahmad tengok gak. hehehehe Dilla ni peminat Fahrin Ahmad selain Aaron Aziz tau. Dulu ada ambil gambar denga Fahrin Ahmad tapi mana ntah gambar tu. Dilla minta adik tolong simpan, tak tahu ada lagi ke tak. huhuhuhu.

Maaf jika aku tak sempurna ni pun diadaptsi dari novel kan. Teringin nak baca tapi buku yang ada ni pun tak terabis baca. Hari tu pergi popular adalah tengok sinopsis novel tu. Best gak. Kalau tak sabar nak tahu penghujungnya boleh cari novel tu kan. Dilla tengok je TV3 kot.

Jom tengok drama ni setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3

 

Cek dah sampai

Salam Jumaat

Ramai yang update tentang Buffered Earning (BE) dari Nuffnang. Dilla lum dapat BE baru untuk Oktober tapi Dilla ada sesuatu yang mengembirakan. Penantian menunggu cek CHURP CHURP akhirnya berakhir. Alhamdulillah cek dah sampai dan dengan segera Dilla pergi depositkan ke dalam akaun bank. Seronok kan sambil berfacebook dan berblogging dapat income. Syukur sangat diberi petunjuk dan dipermudahkan urusan oleh Allah dalam dunia berblog ini. 

Sharinglah apa yang kita rasa baik dan boleh memberi manfaat pada orang lain. Tapi paling penting jangan berblog sebab nak burukkan orang lain. Kasihanlah mereka. Dilla suka berblog sebab disamping boleh mengasah bakat menulis dapat ramai kawan. Di samping itu juga banyak pengalaman pahit dan manis Dilla dapat dari berblog ni. 

Terima kasih Churp Churp dan Terima kasih Allah di atas rezeki ini. Alhamdulillah


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails