Semalam My Love ada bagitau Dilaz hari nie Proton Saga FL nak keluar model baru. Model Saga FL 1.6L Executive. Dilaz tengok leaflet dia memang lawa sangat. Harga pun berpatutan. Siapa berminat boleh hubungi EN FIRDAUS : 019-6510739.
SUMBER DARI ARENA KERETA 
Hari ini Proton Edar telah mendedahkan di dalam laman web mereka varian  terbaru Proton Saga FL 1.6L Executive dengan enjin CamPro IAFM,  4-silinder DOHC 16V. Model 1.6 liter ini mengeluarkan kuasa maksimum  110hp@6,500rpm dan tork maksimum 148Nm@4,000rpm.
 Dengan tangga harga  RM46,549.00, ianya pasti memberi saingan kepada model Persona dan  sedikit sebanyak bakal ‘mencuri’ pasarannya, namun PROTON kekal bijak  apabila secara serentak melancarkan Persona dengan warna baru lebih  menawan, Solid White.
Perbezaan harga semasa Saga FL 1.6L  Executive dengan Saga FL 1.3L Executive cuma sekitar RM3,250.00, berada  pada tahap kompetetif dengan apa yang ditawarkan. Saga FL 1.6L  didatangkan dengan satu warna sahaja iaitu Solid White, bukan itu saja,  ia juga tersedia transmisi automatik 4-kelajuan, tiada versi manual,  juga bukan CVT. Satu kerugian, lebih baik PROTON turut mengeluarkan  versi manual untuk sebuah kereta yang telah mengalami peningkatan kuasa  seperti ini.
Antara  perbezaan lain untuk model Saga FL terbaru ini ialah sport rim aloi  baru yang dipinjamkan dari Saga BLM Special Edition, bersaiz 14 inci  dengan tayar dari siri 185/60R14 , garisan ‘sticker’ panjang di sisi  yang menjadikannya lebih sporty, turut dilengkapkan dua beg udara untuk  pemandu dan penumpang, serta kemasan warna ‘dark chrome’ di bahagian  interior seperti panel konsol tengah, pemegang pintu dan corong penyaman  udara. Apa yang masih kurang ialah brek belakang masih dilengkapi dari  jenis dram, bukannya brek cakera ventilasi seperti di depan.
Kelajuan  model ini ialah 165 km/j, pecutan dari 0-100 km/j dalam tempoh 12.5  saat, dengan berat kering (kerb weight) 1075 kg. PROTON telah  mengeluarkan foto-foto studio Saga FL 1.6L Executive, jika anda  berminat, model ini sudah boleh ditempah dan kini sudah berada di bilik  pameran PROTON di seluruh negara. 
 Jika sudi, Klik Nie sekali






Tiada ulasan:
Catat Ulasan