PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/12/16

Cash Out Kali Ke-3 8 Share

Alhamdulillah dapat Cash Out lagi Earning 8 Share buat kali ketiga. Mama QD tak sabar nak tunggu lama-lama, jadi bila cukup je terus tekan button Cash Out. 

Earning 8 Share

Sikit pun duit tau. Siapa nak bagi betul tak?




Kali ini cepat proses pembayaran. Tak silap macam seminggu lepas Cash Out duit terus masuk dalam akaun. Tahun 2017 nak kena lebih share untuk dapat lebih Earning 😉.

8 Share ni juga salah satu side income tau. Daftar FREE je dan pas daftar boleh terus share dan bila orang klik dapatlah earning. Mudah je. 

Nak Daftar KLIK SINI

Minta maaf

*Antara mereka2 yg rajin mintak maaf :-*

1)Operator-
Harap maaf, nombor yg anda panggil tiada dalam perkhidmatan

2)Mesin ATM
Maaf, baki anda tidak mencukupi

3)Centre2 prepaid
Maaf, panggilan anda telah disekat. Sila tambahkan nilai untuk menyambung kembali perkhidmatan kami

4) Astro
Maaf, siaran ini tidak termasuk dalam langganan anda.

Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita? 

Oleh itu... Mama QD pun nak mintak maaf pada semua andai ada kata2 dalam entri yg mengguris perasaan anda semua tanpa sengaja. 

*Jumpa lagi esok, Tahun Hadapan 2017 !!!* 

24/12/16

Mood bercuti On

Alhamdulillah impian nak pergi Fraser's Hill tercapai. Dilla ada buat entri ni BILA DAPAT PERGI SINI. Jadi mood bercuti On. Yahoo !!!! Semoga dipermudahkan urusan dan semuanya indah-indah. Ini percutian bersama keluarga My Love. Percutian tahunan kali ini jauh sikit. Kami bercuti di Fraser's Hill. Dah booking hotel di Puncak Inn Fraser's Hill.

Puncak Inn Fraser's Hill 


Tak sabar rasanya. Selamat bercuti kawan-kawan.

23/12/16

Tetamu VVIP di Majlis perkahwinan Fareez dan Ain

Tetamu VVIP kami.

Papa QD 

.



Majlis perkahwinan Fareez dan Ain-Part II

Sambungan entri majlis perkahwinan Fareez dan Ain. Ini majlis resepsi sebelah pengantin perempuan. 

Raikan cinta Fareez dan Ain 


Wefie rombongan pengantin lelaki. Berpeluh tunggu nak berarak. Huhuhuhu


Abang pengantin, bapak pengantin, mak pengantin dan kakak ipar pengantin 


Dah mula berarak. 


Pengantin lelaki 


Sesi bergambar bersama pasangan pengantin.


Keluarga belah pengantin lelaki 


Kami sekeluarga bersama pasangan pengantin.

Dilaz Family 


Gambar majlis belah lelaki tak sempat snap. Ada 2 keping ni je. Gambar banner dan Qistina bersama Pak Ngah dan Mak Ngah.

Majlis belah pengantin lelaki 

Say Peace ✌

Qistina, Mak Long, Pak Ngah dan Mak Ngah 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

16/12/16

Majlis perkahwinan Fareez dan Ain-Part I

Cerita berbulan-bulan lepas dan entri duk terperap lama dalam draft. huhuhuhu. Alhamdulillah syukur selesai majlis perkahwinan adik My Love.....Fareez dan isterinya Ain.

Nikah pada 9.9.2016. Banyak gambar tapi Mama QD hanya simpan di sini gambar-gambar yang ada Mama QD sekeluarga. Yang lain Mama QD tak masukkan 😃.


Hantaran belah lelaki 


Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Inilah dia pengantin baru 


Fareez dan Ain

.

Banner perkahwinan 

Malam berinai 



.

Gambar sekeluarga bersama pengantin 

Alamak gelap lak gambar. Okeylah dari takde.

Entri bersambung😍






12/12/16

Tentang Rasulullah S.A.W

*BIODATA RASULULLAH S.A.W*

🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

🎈 *USIA 5 TAHUN*

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

🎈 *USIA 6 TAHUN*

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

🎈 *USIA 8 TAHUN*

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

🎈 *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

🎈 *USIA 20 TAHUN*

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

🎈 *USIA 25 TAHUN*

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

🎈 *USIA 35 TAHUN*

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

🎈 *USIA 40 TAHUN*

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

🎈 *USIA 53 TAHUN*

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

🎈 *USIA 63 TAHUN*

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
💞  _"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

🎯 *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

💓Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.
💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
💞 Wajahnya seperti bulan purnama.
💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
💞Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
💞 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
💞 Janggutnya penuh dan tebal menawan.
💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
💞 Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
💞 Rambutnya sedikit ikal.
💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
💞 Rambutnya terbelah di tengah.
💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
💞 Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
💞 Seimbang antara kedua bahunya.
💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
💞 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
💞 Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
💞 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
💞 Warna putihnya lebih banyak.
💞 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
💞 Warna kulitnya putih tapi sihat.
💞 Kulitnya putih lagi bercahaya.
💞Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
💞 Badannya tidak gemuk.
💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
💞 Perutnya tidak buncit.
💞Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

🎯 *KESIMPULANNYA* 🎯:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

SALAM MAULIDUR RASUL 

11/12/16

Upside Down House Melaka

Bulan ni tengah cuti sekolah, jadi ramai keluarga yang sibuk bercuti sana sini. Jika anda datang ke Melaka jangan lupa singgah ke Upside Down House. Bagi yang suka posing mesti sakan bergambar. Kami sekeluarga kekok je bergambar.  Tapi sayang masa ni Qistina takde sebab Qistina tinggal kat umah nenek dia.

Meh layan gambar kami sekeluarga.

Upside Down House 


.


Tiket masuk upside Down House 


.

Dilazfamily 


.

Papa dan Danish 


.

Dilazfamily 

.

Mama dan Danish

.

Ini je gambar yang ada. Bateri low nak ambil gambar banyak tak boleh 😂. Okey lah janji ada kan. Di bawah ini detail untuk ke Upside Down House di Melaka.

Upside Down House Melaka Address:
G12 & G14, Jalan PM 7,
Plaza Mahkota,
Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Waktu operasi :
Isnin - Khamis : 10.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat - Ahad/Cuti Am : 10.00 pagi - 9.00 malam

Harga tiket : Dewasa RM 15, Kanak-kanak RM 10
*Kanak-kanak bawah 90 cm, PERCUMA 
Tel: +6011 10722260


10/12/16

Mama QD

Lepas ni gelaran Dilaz akan bertukar menjadi Mama QD. Senang sikit nak menulis dan takdelah pening kejap Dila kejap Mama QD. Nak selaraskan dengan nama gelaran di Facebook dan branding diri sendiri. Lebih senang orang nak kenal dan ingat Mama QD kan. 

Mama QD dengan Qistina dan Danish 


Nama blog tak tukar kot sebab malas nak kacau coding Nuffnang. Salam perkenalan kepada follower baru Mama QD😉.

Selamat hujung minggu

Assalammualaikum

Lama tak up gambar sendiri 😃. Selamat hujung minggu. 

Mama QD 

Semoga gembira selalu bersama keluarga tercinta. Selamat bercuti kepada semua anak-anak yang bersekolah. Hari ini Dilaz nak pergi kenduri kahwin. Apa plan kawan-kawan hari ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails