PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/05/15

Kad minyak Petron

Yeaahh kad debit untuk isi minyak di Petron dah sampai. Lama tunggu. Janji 2 minggu lepas apply nak hantar ke rumah tapi dah sebulan lebih baru sampai. Takpelah tak nak cepat sangat pun tapi sayangla point banyak x dpt. Kad debit ni Free je. Kalau nak apply pergi ke bank Public Bank yang berdekatan.

Lepas ni kita isi minyak, collect point dan dapat rebate cash. Mana yang boleh kumpul point tu kita kumpullah kan. Dari situ kita membeli dan dalam masa yang sama ada manfaat jangka masa panjang.



30/05/15

Lekor Chips

Jika pergi Taman Negara Johor tu jangan lupa singgah beli Lekor Chips. Sedap bila makan pasti nak lagi.



Lekor Chips....tak henti mengunyah

29/05/15

Taman Negara Johor

Selamat bercuti kepada semua anak-anak yang bersekolah. Seronok mereka kan dapat cuti panjang. Mesti ada ibu bapa yang janji nak pergi jalan-jalan atau balik kampung. Kami takde apa-apa program cuti sekolah ni. Tapi tak tahula kalau ada rancangan last minute. Sesiapa yang bercuti di Johor bolehlah pergi ke Taman Negara Johor di Tanjung Piai. Tanjung Piai ni di penghujung benua Asia. Dilla sekeluarga baru je pergi awal bulan haritu. 





Signboard ke Taman Negara tu





Tiket masuk RM 5 bagi dewasa. Kanak-kanak masuk percuma. Pergilah bagi siapa yang suka dengan persekitaran hijau.




jantung hati Dilla



Gayat jap masa jalan atas jambatan ni. Tapi still nak selfie.hehehe


Happy holiday

28/05/15

Passport Perkahwinan

Ingat nak melancong je ada passport rupanya kahwin pun ada passport perkahwinan.vhuhuhuhu. Macam-macam kan sekarang. Sebenarnya pertama kali dapat passport perkahwinan ni. Kawan-kawan mungkin ada yang pernah dapatkan. Ini kad kahwin bekas rakan sekerja dulu. Suka tengok kad ni.

SELAMAT PENGANTIN BARU FIQA DAN PASANGAN. SEMOGA BAHAGIA DAN KEKAL KE JANNAH. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN DAN MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR. AMIN




Meh tengok dalamnya



VIP CLASS tu



lagi



27/05/15

Tarikh keramat Dilla dan Danish

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Dilla nak abadikan di sini satu tarikh keramat yang perlu diingat sampai bila-bila oleh Dilla dan juga Danish kelak. Tarikh apa yang keramat tu. Sebenarnya ia ialah tempoh penyusuan Danish (my little hero & bodyguard).

Alhamdulillah penyusuan selama 2 tahun berjaya. Dilla dapat beri susu ibu kepada Danish secara ekslusif selama 2 tahun 2 bulan dan 21 hari (21/10/2012 - 11/01/2015). Selama tempoh itu banyak suka duka dan ia satu pengalaman terindah buat Dilla. Tiga kali Dilla kena bengkak susu. Sakitnya memang tak terkata hanya Allah je yang tahu. Namun demi anak tersayang Dilla harungi jua.

Ada yang kata "kau tak keje bolehlah bagi susu badan". Orang hanya lihat Dilla yang di pertengahan tempoh penyusuan. Mereka tak lihat dan tak tahu semasa awal-awal penyusuan. Dilla dulu bekerja dan pekerjaan Dilla bukan duduk di dalam ofis serta bukan waktu pejabat. Dilla perlu berjumpa orang dan tiada tempat yang selesa untuk mengepam susu. Tapi itu semua bukan alasan dan halangan kepada Dilla. Dilla cari tempat yang boleh untuk mengepam. Kekadang tu mengepam di dalam kereta dan pernah juga pam di dalam tandas. Setiap hari semasa bekerja, beg pam dan cooler bag sentiasa di sisi. Dilla akan pam sekurang-kurangnya 2 kali semasa bekerja. Masa tu Danish memang kuat menyusu sekali susu 4 oz.




Bagi Dilla jika tiada konsep "supply & demand" penyusuan tidak akan berjaya sehingga 2 tahun. Dilla memang ada ambil suplemen. 
Suplemen Shaklee banyak membantu Dilla untuk lebih sihat dan bertenaga. Jika kita tak sihat dan tak bertenaga, produktiviti susu badan akan terganggu. Kita juga perlu minum air yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat.

Susu ibu adalah yang terbaik untuk si manja. Alhamdulillah Danish kurang demam dan sakit sepanjang menyusu. Jika sakit pun cepat baik. Kulit Danish juga cantik dan gebu, ramai yang puji. Ini semua dengan izin Allah.




Semoga Danish sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak yang soleh. Mama sayang Danish. Danish memang seorang anak yang bijak dan baik. Danish sangat memahami Mama. Okeylah sampai di sini saje. Jumpa lagi.

Coretan Mama QD

26/05/15

Kamera kehidupan

Life is like a CAMERA...
FOCUS on what's important,
CAPTURE the good times,
DEVELOP from the negatives,
And if things don't work out,
TAKE ANOTHER SHOT.




25/05/15

Makan di kedai Upin Ipin

Cerita ni berlaku sebulan yang lepas. Tunaikan hajat Qistina nak makan di kedai makan upin ipin masa besdaynya. Makan ni disponsor oleh MIL aka nenek Qistina. Alhamdulillah kiranya tak kempunanlah dia nak makan kat situ kan. Rezeki Qistina. Ini antara menu yang kami makan di kedai makan upin ipin.



Qistina dengan Ayam Goreng Upin Ipin


Nasi Goreng Upin Ipin


Nasi Ayam Madu Upin Ipin


Air Upin Ipin




Dilla makanan dia tak delah sedap sangat kira boleh lah. Pastu menu lain macam dalam web banyak takde macam bihun sup. Service kat situ sangat slow dan tak mesra pelanggan. Mungkin kat tempat lain ok kot tak macam kat situ. 




24/05/15

McDonald's Family

Alhamdulillah setelah sebulan menyepi tanpa CPUV baru akhirnya 23 Mei dapat 3 CPUV berkembar dari McDonald's Family. Ini set McDonald's yang baru tu. Korang dah cuba? Kalau nampak iklan ni, klik-klik lah sumbang sikit naikkan earning Dilla.

Terima kasih Nuffnang dan McDonald. Terima kasih kawan-kawan sudi singgah sini.





BE ke 1, 2 dan 3 untuk Mei
BE ke 73, 74 dan 75 untuk Tahun 2015

Nikmat Allah

Bersyukurlah dengan nikmat Allah.

Senyum



Rojak Mamak

Petang-petang pekena rojak mamak ni memang sedap. Kuah dia sedap dapat makan ngan sate pun best ni. Jemput makan semua.



23/05/15

Dilla berselfie


Assalammualaikum semua.

Mood berblog ni dah start ke laut. Kena cari mood cepat ni. Sayang je biar blog bersawang kan. Nanti Nuffnang pun tak nak bagi CPUV, baru tau. Sementara cari mood Dilla selfie dulu. Pinjam cermin mata My Love yang ada dalam kereta ni. Perasan cantiklah tu. Danish ketawa bila Mama dia pakai cermin mata hitam. Yelah selalu pakai cermin mata biasa kan.



Muka yang makin tembam

20/05/15

Contest Instagram Champsvitamin

Minggu lepas pada 11 Mei 2015 Dilla ada join Contest Instagram anjuran Champsvitamin. Saje je join dan ini penyertaan pertama Dilla dalam Contest Instagram. Contest tu kena post gambar dan kumpul like minimum 100. Alhamdulillah berjaya kumpul sebanyak 114 likes dalam masa 2 hari. Seronok gak walau jenuh promote tapi berbaloi sebab menang kan. Sekarang tengah tunggu hadiah dari pihak penaja. Syukur Alhamdulillah rezeki Allah.

Dilla abadikan di sini sebagai kenangan. Seronok tengok rakan-rakan yang selalu menang contest tak kira online atau offline. Kawan-kawan yang nak follow Dilla di Instagram boleh follow @nurfadilahsuardi





Nak join lebih banyak lagi untuk menang lebih banyak hadiah. Sekecil-kecil hadiah pun berharga tau.


Wordless Wednesday #39

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

Silky White BB 2-Way Powder+Foundation....murah je beli masa offer di Guardian. Hanya RM 10




Tak pernah pakai baru nak cuba. 

19/05/15

Koleksi cermin mata

Fuhhh......tiup habuk sikit. Assalammualaikum semua. Lama tak update blog dan blogwalking. Data internet dah habis tu yang slow dan susah sikit. Terima kasih pada yang sudi singgah blog Dilaz Family ni walau blog tak berupdate. Okey kita sambung cerita tentang koleksi cermin mata Dilla.






Ini je cermin mata yang Dilla ada setakat hari ini. Yang atas sekali cermin mata pertama brand SODA. Dilla beli di Focus Point Tesco Melaka. Cermin ok lagi cuma power dah kurang tapi bingkai dah bengkok sebab Danish buat main. Cermin mata kedua brand AIX beli di MOG Eyewear, Tesco Melaka. Harganya mahal sikit dari cermin mata pertama tapi kualiti tak baik.

Yang terkini brand POLO CLUB beli di Pusat Optometri Daleelah Melaka. Ini hadiah dari My Love. Dilla teringin nak pakai contact lens tapi tak tahu mana yang baik dan sesuai. Paling penting harga tak mahal. Ada cadangan?


3/05/15

Koleksi Majalah

Ini koleksi majalah yang di dalamnya ada gambar Dilla bersama My Love dan kawan sekerja, gambar Qistina, gambar Danish, gambar keluarga serta gambar Dilla bersama anak. Ini kenangan dan untuk simpanan peribadi. Bukan senang kan nak dapat masuk dalam majalah. 

Dulu rajin nak hantar-hantar gambar sekarang dah kurang sikit. Ini antara majalah-majalah tersebut.






.......




.....


dan






2/05/15

Layan Gila-gila

Sesekali layan majalah Gila-Gila ni syok gak kan. Dulu masa sekolah rajin gak baca majalah ni. Mesti nak beli sebab bila baca mesti tergelak dan tersenyum-senyum. Hehehehe. Ini Dilla beli nak layan semula majalah Gila-Gila.




Tapi lawak sekarang tak bape best macam dulu-dulu.


1/05/15

Zinger Rice Wrap dari KFC

Ini disebabkan pengaruh iklan yang kuat jadi pergilah mencuba zinger rice wrap dari KFC. Sedap gak la dan harga pun okey. Kalau Ala carte cuma RM 4.90. Dapat juga mencuba. Terima kasih My Love sudi melayan isterimu ini. 

Ini rupanya



Dan dalamnya





dan ini dessert untuk anak-anak.





Doa Hari Ini #19-Doa mulakan kerja

Assalammualaikum



Amin


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails