PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

22/05/11

Tips Kempiskan Perut

Salam hari Minggu.

Tengah buat apa tu? Dah minum pagi? Best kan cuti boleh duduk rehat bersama keluarga. Tapi tak best yer esok dah keje. Okeylah berbalik kepada tajuk....Tips Kempiskan Perut.

Semua wanita mesti nak perut yang kempiskan. Yelah, kalau badan dah cantik tapi perut buncit, mesti tak lawakan. Jom tengok Tips Kempiskan Perut nie

1. Buat senaman sit up secara berterusan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Setiap hari lagi baik.
2. Minum air sebelum makan bukannya selepas makan. Minum air sebelum makan akan membuatkan kite rasa cepat kenyang. Jika kite minum air lepas makan, akan membuatkan perut kite cepat buncit. Nak minum air lepas makan, minum selepas 10 atau 15 minit lepas makan.

3. Kurangkan makan makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi, serta kurangkan minum minuman yang mengandungi gas dan kafein.
4. Makan banyak sayur-sayuran kerana ia membantu proses pencernaan dan penghadaman.

5. Ubah cara memasak mengoreng kepada teknik merebus, memanggang dan kukus. 
6. Amalan minum jus buah atau makan buah-buahan setiap hari.

7. Petua tradisi ; Minum air campuran limau nipis dan teh tanpa gula setiap hari. (Ia tidak sesuai untuk wanita hamil dan orang yang ada gastrik)
8. Penjagaan makanan lebih penting untuk memiliki bahagian perut yang cantik.

Itu saje untuk hari ini. Kite jumpa lagi nanti.
  Jika sudi, Klik Nie sekali

Be a Sunsilk Perfectionista


3 ulasan:

mumui berkata...

patutla.. salu je minum air tyme makan... hehe

mumui berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Cikrosecute berkata...

Boleh try ni...hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails