Semalam belek-belek Murai.com sekali nampak cerita panas gosip cinta antara Fahrin Ahmad, 30, dengan Zetty Adila  Ramly, 27, iaitu anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Tapi Fahrin menafikannya. Meh baca nie sumber dari Murai.com
 Baju nak sama colour
KUALA LUMPUR, 27 MEI 2011: Akhirnya gosip cinta antara  aktor kacak, Fahrin Ahmad, 30, dengan Zetty Adila Ramly, 27, iaitu anak  kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa telah dinafikan sendiri  oleh pelakon berbadan sasa ini.
Malah, Fahrin yang ditemui dalam sidang media drama bersiri Suria Di  Cordoba semalam memberitahu hubungan yang terjalin antara dia dan Adila  yang juga penerbit bagi drama tersebut hanyalah hubungan profesional dan  tidak lebih daripada itu.
"Terus-terang saya tidak gemar untuk mengulas lanjut mengenai hubungan  saya dan Adila kerana saya tak mahu ada salah faham daripada mana-mana  pihak. Apa yang pasti saya memang berhubung dan berkomunikasi dengannya  tetapi tidak lebih daripada seorang pelakon yang bekerja dengan seorang  penerbit.
"Cuma saya akui berbangga dan hormat dengannya kerana tidak dinafikan  dia seorang penerbit muda yang berbakat. Jadi secara tidak langsung kami  selalu berhubung sekadar untuk bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.
"Bagi saya hubungan kami sangat natural dan ianya berlaku kepada semua  orang yang bekerja. Kami pula senang berkawan bersama," jelasnya kepada  murai.com.my. Dalam pada itu, Fahrin juga berharap agar gosip cintanya itu tidak  terlalu dihebohkan kerana khuatir hubungan profesional yang terjalin  antara dirinya dan penerbit Global Station Sdn Bhd berkenaan akan  menimbulkan tanggapan yang tidak sedap dari krew dan pelakon yang  terlibat.
"Saya tak mahu ada cerita atau gosip percintaan ini wujud kerana ianya  akan menimbulkan persoalan ada pilih kasih antara penerbit dan pelakon.
"Terus-terang saya sendiri tak mahu gosip ini ditimbulkan kerana ianya  secara tidak langsung boleh mengganggu periuk nasi saya pula. Lagipun  saya akui memang selesa bekerja di bawah produksi Global Station Sdn  Bhd," katanya lagi yang sebelum ini turut terlibat dengan produksi yang  sama dalam drama Dia Bukan Mariam.
Sementara itu, Adlia yang turut ditermui dalam sidang media tersebut  juga memberitahu musykil dan hairan bagaimana gosip cinta itu boleh  timbul antara dirinya dengan Fahrin. "Saya pun tak tahulah bagaimana gosip ini boleh timbul. Tapi saya juga  ada terfikir mungkin gosip ini timbul kerana kebetulan saya dan Fahirn  masih single.
"Terus-terang pada awalnya saya dengar agak kelakar juga tetapi lama  kelamaan saya takut ada pihak yang percaya dengan gosip ini. Apa yang  pasti, saya masuk ke indusrti ini hanya untuk bekerja dan menimba  pengalaman kerana saya pun masih baru lagi. Bukan untuk bercinta," jelas  Adila.


4 ulasan:
minat fahrin dr dlu...huhu...=)
knp pilih dia,tak pilih sy..
perasan...!huhuhu...=p
suka sangat ka mamat nie...
dy broaded minded..
n matang..ta macam artis laen yg tetiba bole mengaku "saya bercinta dgn dia"..sedangkan artis laki tu..awal2 laki menidakkannya..hehehe~
mcm2 dunia artis nie..
nour akmal:dilaz pun minat dia.tak pilih sebab dia tak nampaklah.huhuhu
ain:hensem kan.dia low profile kot, tak nak gosip lbh2
Catat Ulasan