PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

18/05/11

Review Sekolah-sekolah Dilaz

Hari Isnin lepas Dilaz cerita "Teringat Zaman Sekolah". Siapa terlepas pandang dan nak baca, Klik sini. Hari nie, Dilaz nak review sekolah-sekolah Dilaz. Dilaz mula masuk zaman persekolahan hujung tahun 1989. Sekolah pertama Dilaz ialah Sekolah Kebangsaan Kayu Ara Pasong

Disinilah bermula suatu pembelajaran yang baru. Masa sekolah rendah, Dilaz pelajar yang famous kat sekolah. Kira semua orang kenallah. Sebut jer nama Dila, semua mesti kenal. Secret Admire jangan cakaplah (huhuhu....perasan jap). Tapi memang betul pun. Sebab Dilaz dulu pengawas, perpustakawati dan ahli sukan (wakil sekolah). Setiap kali sukan atau persatuan yang wakil sekolah, mesti Dilaz ada. Mana tak orang tak kenal, asyik muka sama jer pergi kan.
Selepas UPSR, Dilaz masuk sekolah nie
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat, dari tahun 1996-1998. Dilaz dimasukkan ke kelas Rancangan Khas (RK). Kelas ditentukan ikut result UPSR kite. Masa form 1, masuk RK3 lepas tu tukar ke RK1. Masa nie gak, Dilaz kena duduk kat asrama tapi sampai Form 2 je. Form 3 Dilaz keluar duduk kat rumah. Tak tahu kenapa masa tu tak nak duduk asrama. Rasa tak sedap hati sangat masa nak masuk asrama (Tahun 1998 lah, arwah emak meninggal dunia, masa tu Dilaz tengah trial exam PMR).
Sekolah terakhir Dilaz sebelum menamatkan zaman persekolahan ialah Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru tahun 1999-2000.

Inilah sekolah paling jauh dari rumah Dilaz sebab kat bandar Johor Bahru. Semestinya kena duduk kat asrama. Detik permulaan berjauhan sikit dengan keluarga. Kat sini sekolah paling best sebab macam-macam kenangan terindah berlaku.
Jika sudi, Klik Nie sekali


6 ulasan:

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ berkata...

kenangan menggamit memori namanya ni

nuargto berkata...

Kata orang tempat jatuh lagikan dikenang.. Inikan pula tempat bermain..

Bila baca Entri Dilaz ni Teringat lagu sekolahku nyanyian Mamat..

Entri Terkini Di Blog Saya:
Domain Laman Web Percuma di Lot.My??

Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda??

Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia

Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ berkata...

ala kita tak leh nak komen kat entry atas la...

Tanpa Nama berkata...

aku tak kenal pun ko masa kat sekolah dulu.haha

Tanpa Nama berkata...

patutlah tak kenal sebab junior setahun..tapi ayat satu sekolah skkap kenal tu memang sgt mengujakan aku utk komen..anyway selamat berpuasa alumni skkap

Tanpa Nama berkata...

setelah berpinar mata baca entri-entri lepas,rupanya anda ialah anak cikgu saya dahulu..dulu ajar saya subjek geografi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails