PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

27/05/11

Pengajaran dan nasihat

Kawan-kawan nak tahu tak? Lepas dilaz baca apa yang rakan Dilaz kongsi kat FB dia hari tue, Dilaz pun dah muhasabah diri. Siapa yang lum baca lagi, meh baca nie. Dalam dunia maya (Blog) juga banyak pengajaran Dilaz dapat.

Dari situ Dilaz dapat satu pengajaran dalam hidup dan nasihat. Antaranya:

  • ALLAH selalu menduga hambaNya yang selalu taat dan dekat padanya. Selagi hambaNya beriman ALLAH akan sentiasa menduga dan setiap dugaan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Besar dugaan tersebut, besar juga ganjaran yang akan diberi. Dilaz amat percaya ini.
  •  Dilaz dapat kenal macam-macam ragam dan kawan sebenar dan kawan yang amat memahami kita.
  • Sebelum nie Dilaz selalu fikir, napa orang tu hidup senang dari Dilaz tapi Dilaz tak? Sekarang Dilaz dah tak macam tu, Dilaz percaya satu hari nanti Dilaz akan senang juga macam orang lain cuma lambat atau cepat jer.
  • Dilaz percaya semua orang ada rezeki masing-masing. Itu semua ketentuan ALLAH. ALLAH MAHA ADIL DAN MAHA PENYAYANG
  • Dalam dunia maya (blog) nie, Dilaz dapat ramai kawan. Yelah sekarang Dilaz dah tak kerja menghadapi kerenah orang ramai lagi. Kerja Dilaz jaga komputer tengok komputer. Mana ada kawan. Jadi, kawan Dilaz kawan alam mayalah
  • Blog buat Dilaz bertambah ilmu dan pengetahuan dalam diri ini. Yelah sebab Blog ada macam-macam.
  • Dari dulu jadi seorang yang peramah sekarang dah jadi pendiam lak. Napa.... tak de kawan nak cakap. Tak kan nak cakap ngan komputer, nanti orang kata gile lak.
  • Kite kena bersabar dan terus bersabar jika nak sesuatu. Hanya kesabaran dapat memberi kite ganjaran yang baik oleh ALLAH. 
  • Kalau Dilaz sedih, Kadangkala luah kat Blog, kekadang kat diary. Pada My Love jarang luahkan, sebab kekadang dia tak paham masalah Dilaz. Yelah masalah dia lagi banyak
  • Dilaz sekarang dah jadi orang yang terlalu tak kisah asalkan orang tu bahagia biarlah Dilaz terseksa. Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI
  • Dilaz rindu pada arwah emak. Sampai sekarang Dilaz teringat lagi kata-kata emak. Antaranya kalau emak beleter " Masa sekarang lah ko dengar mak membebel nanti kalau mak dah tak de baru ko tahu. Siapa nak marah ingat kan ko lagi" part nie memang sedih. Boleh dikatakan hari-hari teringat.
  • Dilaz rasa sekarang masa cepat berlalu. Dilaz harap Dilaz akan dapat capai apa yang Dilaz impikan dan rancang.
  • Jika rasa sedih, ingatlah ALLAH. ALLAH akan sentiasa membantu kite
  • Rancanglah hidup ini dengan sebaiknya agar kite akan berjaya pada masa akan datang.
Dilaz rasa setakat ini dulu. Ini juga adalah luahan rasa hati.

 Jika sudi, Klik Nie sekali

Bertukarlah ke PROTON EXORA untuk keselesaan keluarga

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

1 ulasan:

Nurul Izza berkata...

sdih pulak bc kakdilaz punya entry ni.. apa2pun iza selalu je berpegang, 'baik sangka pada Allah..mesti Allah ada rancangan yg terbaik buat kita'..waktu tu lama sgt n payah sgt nak dapat anak..menangis hari2.huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails