PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label contest. Papar semua catatan

4/10/15

" Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"

Jom join


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Give Away yang ditunggu tunggu oleh cik en dan sponsar sponsar cik en akan bermula pada 1/10/2015 sehingga 30/10/2015
Hadiah bernilai lebih dari RM 1000 boleh dimenangi dengan penyertaan 18 sponsar untuk 28 orang peserta yang bertuah. Mungkin anda salah seorangnnya. Jadi apa tunggu lagi, mari mencuba dengan join Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 ini dengan syarat yang sangat mudah.
Kalau sertai Insyallah rezeki itu ada, Kalau tidak sertai sudah tentu rezekinya tiada
Ini syarat yang perlu untuk menjadikan rezeki itu jadi kenyataan


1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"

2. Follow  dan like semua sponsar dibawah ini  dan copy html dan paste di HTML entri korang :

Follow Blog
Nurfuzie , Julia Jamaludin , Lisa Hlovate , Along , MrsYatie , KhalidKyle , Shad , Nona , Farah , Athirah Diyana , Ejulz , Addin , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Emy Amelia , Irrayyan , Sporting Mummy , SayidahNapisah

Follow Instagram
Nurfuzie , Lisa Hlovate , Along , Shad , KhalidKyle , Athirah Diyana , Ejulz , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Nona , Emy Amelia , Marsha farprettybylh

Follow Twitter


Follow Google+


Masukkan Dalam Bloglist
Farah , MrsYatie , Addin , Irrayyan , SayidahNapisah

Fanpage

Nurfuzie.com
Along Maisuri
Shad
Ejulz
Farprettybylh
Kawaidesu Concept
Sayidah Napisah
Emy Amelia
Carehappytips
Jeragat LESS? Seronok
Follow
Cahaya Farah
Irrayan

3. Publish dan letakkan link entri tersebut di komen entri  Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 sahaja

Tarikh Give away ini bermula 1/10/2015 sehingga 30/10/2015.


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

FUYOOO !!! GIVEAWAY by Mama Darwiish


klik banner untuk join
FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish
Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015
Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini
Pemilihan pemenang :
1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email
Follow Blog  : http://mamadarwiish.blogspot.my/ http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/
http://unclezuan.com/
http://mrspuex.blogspot.my/
http://mekzumbie.blogspot.my/
http://www.hafizhafizol.my/ http://aderakukeysah.blogspot.my/
Follow G+ :  : Khalid Kyle
Blurrydino
Like Page Penaja :
Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
Follow Instagram :

Jom join
Chubby Hanna
cha
Soya@suraya

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

15/08/15

TOLONG VOTE PICTURE DALAM CONTEST PETPET

STICKY POST SEHINGGA 15 OGOS 2015....SCROLL DOWN FOR NEW ENTRI

Dilla nak minta jasa baik kawan2 tolong LIKE picture Dilla dan Danish dalam contest Petpet. Kawan2 klik di link ni tau



Terima kasih pada yang dah like. Yang belum like, tolong Dilla like ye. Semoga ada rezeki menang dalam contest Petpet tersebut. InsyaAllah. Amin.




20/06/15

Keranamu Yeo's

Ini penangan contest Yeo's yang sedang berlangsung. Dilla beli berkotak-kotak lagipun Danish memang suka air Yeo's ni. Semoga menang besar duit raya dan ada rezeki kami sekeluarga. Amin InsyaAllah



20/05/15

Contest Instagram Champsvitamin

Minggu lepas pada 11 Mei 2015 Dilla ada join Contest Instagram anjuran Champsvitamin. Saje je join dan ini penyertaan pertama Dilla dalam Contest Instagram. Contest tu kena post gambar dan kumpul like minimum 100. Alhamdulillah berjaya kumpul sebanyak 114 likes dalam masa 2 hari. Seronok gak walau jenuh promote tapi berbaloi sebab menang kan. Sekarang tengah tunggu hadiah dari pihak penaja. Syukur Alhamdulillah rezeki Allah.

Dilla abadikan di sini sebagai kenangan. Seronok tengok rakan-rakan yang selalu menang contest tak kira online atau offline. Kawan-kawan yang nak follow Dilla di Instagram boleh follow @nurfadilahsuardi





Nak join lebih banyak lagi untuk menang lebih banyak hadiah. Sekecil-kecil hadiah pun berharga tau.


26/12/14

Menang Mini Giveaway

Dah seminggu baru nak up entri ni. Alhamdulillah rezeki di penghujung tahun 2014, Dilla terpilih di antara 3 pemenang Mini Giveaway 32 anjuran Intan Berlian. Tak mengharap sangat menang saje2 cuba mana tahu ada rezeki Qistina kan. Sebab Qistina ni suka sangat ngan Frozen. Jadi Dilla try lah join. Alhamdulillah ada rezeki untuk Qistina.



Dilla Print Screen je, komputer tak dapat nak edit. Tak sabar nak tunggu hadiah tu sampai. Terima kasih kepada Intan Berlian sebab sudi anjurkan Mini Giveaway ini. Tahun depan nak join Giveaway dan Contest banyak2 lagi. Siapa ada buat Giveaway atau Contest boleh bagitahu Dilla ye.

Kemenangan Kedua Giveaway untuk Tahun 2014

5/12/14

Giveaway...bersiap ke sekolah bersama Ian & Iris!!!

Bismillahirrahmannirrahim. Lama tak join Giveaway ni. Dilla join kat sini jelah malas nak buat kat Blog Contest. GA ni anjuran Mummy Ayu



Dilla join GA ni sebab nak beri stiker tu kat anak (Qistina). Tahun depan (2015) Qistina masuk Darjah Satu. Kalau terpilih naklah stiker Frozen 

Siapa nak join dan nak tahu syarat-syaratnya KLIK SINI

Tarikh tutup 14.12.14


26/11/14

Mini Giveaway #1 Kecantikan Terindah

" STICKY POST..SCROLL DOWN TO NEW ENTRY "

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. 

Dilla nak ajak kawan-kawan join MINI GIVEAWAY #1 yang Dilla buat di Facebook Page KECANTIKAN TERINDAH

Jom join, mana tahu ini rezeki anda. Senang je





Mini GA #1 ini bermula dari 22/11/14 sehingga 31/12/14. Cara-cara nak join seperti berikut:


2) Komen di post page Mini Giveaway #1  "DONE"

3) Share di wall fb dan invite kawan-kawan join Mini GA ini

Pemenang akan diumukan pada 4/1/15

SELAMAT MAJU JAYA

TERIMA KASIH


12/11/14

Danish dalam Majalah Mami Baby

Assalammualaikum semua

Apa khabar? Semoga semua kawan-kawan Dilla sihat dan bahagia selalu. Bersyukur di atas apa yang ada dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Hari ini Dilla nak up entri Danish dalam majalah Mami Baby November 2014. Kini majalah tu berada di pasaran, tebal tau harga still sama. Sebab apa tebal, sebab dalam tu ada juga wajah-wajah comel yang masuk peraduan Baby Johnsons of the Year 2014. Danish pun ada di ruangan tu (ada 4 gambar yang berlainan aksi).














                                                        Ini dia majalah tu














dan Danish di ruangan Percutian Ceria bersama Fiffy. Tak sabar nak claim hadiah untuk Danish ni. hari tu terlepas nak claim hadiah. Semoga rezeki Danish sentiasa dimurahkan Allah. Amin
 

2/11/14

Menang Giveaway dari Merlyn

Allahhuakhbar...Alhamdulillah Dilla (Dilaz family) menang "Giveaway Sempena Kejutan Kenaikan Harga Minyak Di Hari Jadi" anjuran Merlyn. Rezeki tak disangka. Lama sebenarnya Dilla tak join Giveaway ni. hari tu blogwalking ternampak dan apa lagi terus lah join, saje suka-suka. Alhamdulillah ada rezeki Dilla dan menang RM 10 dari Merlyn. Suka sangat sebab bertuah. Walaupun ada yang kata kecil nilainya tapi besar makna dan harganya pada Dilla.

Tahniah kepada semua pemenang Giveaway tersebut. Terima kasih sis Merlyn. Semoga lebih dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.Amin



Kemenangan GA pertama 2014
 

27/08/14

Dapat RM 500 dari Power Root

Baru nak upload gambar ni. Sebelum ni Dilla ada buat entri tentang Dilla Jutawan 4 Power Root kan. Setelah 2 bulan menunggu akhirnya dapatlah RM 500 dari Power Root dalam bentuk SSP BSN. Tapi belum boleh tunaikan sebab tak cukup tempoh lagi. Pertama kali tau bergambar dengan replika macam ni. Eksited pun ada masa tu. Tak caya tengok gambar tu. Senyum lebar tau. Agaknya kalau dapat 1 Juta mahu pengsan kat situ kan.

Menang RM 500 Power Root
 
dan kami sekeluarga

 Dilla dan keluarga
 
Kesian Danish dilindung oleh kakak Qistina. Tak de lah gambar dia sebagai kenangan.

Terima kasih Power Root di atas hadiah ini. Nak hantar banyak-banyak lagi lah mana tahu menang 1 Juta Ringgit. Rezeki siapa yang tahu kan.
 

16/07/14

Contest Writer Unleashed

Alhamdulillah syukur kepada Allah dan suka tak terkata. Blog Dilaz Family dapat lagi BE baru dari En Nuffnang. Terima kasih Nuffnang kerana terus mempercayai Blog ini. BE itu "Fashion Pitch/Writer Unleashed". Ni contest bagi yang pandai menulis boleh join contest tu.Hantar manuskrip anda dan jika menang boleh menang hadiah wang tunai dan tulisan akan dipublish. Best kan. 




Dilla tak kreatif dan tak pandai menulis. Kalau pandai memang nak join gak contest tu. Mana tahu ada rezeki kan. Sedangkan contest offline yang nak kena pakai slogan tak join ni kan nak jadi penulis, huhuhuhu. Setiap orang minat berbeza kan. Apa-apapun mencuba itu tak salah. Usaha tangga kejayaan.



Komputer menggigil bila print screen jadi bergetar..emmm nak kena beli laptop baru ni. In shaa Allah ada rezeki boleh beli baru

BE ke-7 Julai
BE ke-18 untuk 2014

17/06/14

Dilla Jutawan 4 Power Root

Tajuk nak gempak...Dilla Jutawan 4 Power Root. Itu satu doakan. Sebenarnya Dilla ada join contest offline anjuran Power Root. Alhamdulillah....Semalam Dilla dapat panggilan telefon dari Power Root. Ini perbualan kami

PR : Hello. Boleh saya bercakap dengan Puan Nurfadilah Suardi
Dilla : Saya bercakap
PR : Saya wakil dari Power Root. Puan ada hantar peraduan Power Root kan?
Dilla : Ye saya. Betul tu
PR : Tahniah Puan. Puan pemenang harian Jutawan 4 Power Root. Jadi untuk pengesahan Puan perlu lakukan ini...bla bla bla.... (Teringat dulu masa Qistina menang Contest Dumex dapat wang tunai RM 400 dari RHB)
Dilla : Terima kasih. Baiklah saya akan lakukan secepat yang mungkin
PR : Sama-sama. Puan boleh dengar Sinar FM jam 6 petang untuk pengumuman pemenang

Selepas letak telefon tu sebenarnya masih tak percaya betul ke Dilla menang. Tapi gerak hati kata betul. Sekali malam rakan fb Dilla tag wish tahniah di wall Power Root. Jadi ini bukan mimpi tapi realiti. Ini buktinya



Ini kemenangan kedua buat Dilla untuk bulan ini. Yang pertama menang contest 100Plus (nanti Dilla buat entrinya). Alhamdulillah, Syukur pada Allah. Rezeki kami sekeluarga. My Love kata duit raya ni, leh shopping nanti. Kawan-kawan joinlah sebab contest ni lama sampai hujung tahun. Mana tahu ada rezeki kan. InshaaAllah


9/06/14

Aktiviti Qistina di hujung minggu

Assalammualaikum. Alhamdulillah masih berpeluang untuk menulis di sini. Walaupun kekadang rasa macam chipsmore, kejap ada kejap tak de tulis.huhuhuhu. Okeylah Dilla sambung menaip. cerita ni berlaku pada hari Sabtu yang lalu yang mana Dilla namakan "aktiviti Qistina di hujung minggu". Biasanya hari Sabtu tak de buat apa-apa, just duduk rumah tengok tv. Tapi Sabtu lepas Qistina ada aktiviti yang paling dia suka iaitu mewarna. Nenek Qistina masukkan nama Qistina untuk peraduan mewarna ini anjuran Farhana Optemetrist.





 
Qistina tengah khusyuk tulis nama. Panggil pun tak sedar


Qistina memang suka mewarna. Bila tak de kerja sekolah mesti nak mewarna. Kekadang tu kerja sekolah yang tak perlu diwarnakan pun dia akan warna. Bila pergi kedai buku je mesti nak beli buku mewarna (tapi tak selalu lah). Pensel warna jangan cakaplah begitu banyak sampai bersepah-sepah dikerjakan oleh adiknya (Danish).
 
 


 
Yang ni hasil selepas mewarna. Muka tak nak senyum sebab dah colour 1 Malaysia salah.



 
Ini sesi penyampaian hadiah saguhati. Nak senyum malu-malu sebab ingat tak dapat hadiah.huhuhuhu



 
Ini hadiah saguhati yang ada dalam beg putih tersebut. Buku mewarna, pensel warna dan tali tape pengukur (yang ni tak tau apa motif diberi). 


Alhamdulillah walaupun mewarna tak cantik, masih dapat hadiah saguhati daripada pihak penganjur. Qistina bukan main suka. Mula-mula dia ingat tak dapat hadiah sebab dia tengar pengacara majlis kata hadiah untuk no 1, 2 dan 3 je. Bila tengok dapat hadiah tu terus senyum dan ajak balik rumah sebab tak sabar nak mewarna

14/01/14

Contest online dan offline

Salam Maulidur Rasul

Jom banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Kekasih Allah dan nabi kesayangan kita. Terasa rindu padanya. Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti dan kepada yang bekerja, Selamat menjalankan tugas anda. Itu amanah yang diberi.

Okeylah..tentang tajuk entri ni. Lama rasanya tak join contest online dan offline. Dulu rajin sangat, pantang nampak ada contest mesti nak join. Sejak dah beranak dua nie kemalasan melanda. Nak salahkan ada anak 2 lak. hehehehehe. Sebenarnya diri sendiri yang banyak alasan dan malas. Betul tak? Bak kata pepatah "Nak seribu daya. tak nak seribu dalih"..

Jadi, tahun 2014 nie perlulah buat perubahan dan kembalikan semula semangat suka join contest tu. Mana tahu ada rezeki anak-anak dan keluarga. Siapa tahu kan. Tak cuba tak tahu. Dah cuba mana tahu ada rezeki. In shaa Allah.

p/s: Kalau ada mana2 contest bagitahulah Dilla. Invite Dilla join ye kawan2
 

31/07/11

Vote FB vs Contest Online @ Offline

 Mula-mula sekali Dilaz  nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah vote Qistina kat Facebook. Terima kasih banyak-banyak, jasa baik kawan-kawan sentiasa Dilaz kenang. Ini adalah kali pertama Dilaz masukkan Qistina contest yang memerlukan banyak vote dari kawan2. 

Tapi sedihnya Qistina tak menang dalam Contest tersebut. Qistina hanya ditempat ke-4 (3 orang pemenang saja yang dikehendaki). Ini semua sebab komputer Dilaz rosak, kalo tak Qistina mesti menang sebab sebelum komputer rosak Qistina dapat vote tertinggi. Tak pelah tak de rezeki Qistina disitu. Yang Dilaz tak puas hati, kakitangan pihak penganjur turut terlibat dalam contest tu. Sepatutnya tak boleh kan sebab tak adillah.

Dilaz sebenarnya lebih suka masuk contest offline ataupun contest online sebab lagi senang. Susah nak masuk contest yang perlu like2 nie sebab tak ramai yang nak vote kite. Kalo contest offline hadiah dia memang menarik tapi tengok luck kite juga. Apa-apapun bile kite masuk contest, kite akan dapat ramai kawan dan dapat satu pengalaman yang baru. Memang seronok.
P/S : Walaupun Qistina kalah dalam contest tu, Dilaz still bagi hadiah pada voter yang bertuah. Nanti Dilaz update nama voter dan siapa yang bertuah ye...tunggu

31/05/11

Semua Gara-gara Contest...

Ingat tak lagi entri Dilaz pasal Contest Marigol. Kalau tak ingat, BACA NIE. Dilaz nie memang pantang tengok contest Offline, mesti nak join. Saje jer isi masa terbuang. huhuhu. Tak delah saje je nak cuba kalau ada rezeki menang nanti. 

Sebenarnya dah lama gak tak join Contest Offline nie, Bulan nie baru start join semula. Almaklumlah tak keje kat tempat awam susah nak tahu perkembangan semasa. Inilah dia Air Peel Fresh yang Dilaz beli untuk join contest tersebut.


Dilaz harap ada rezeki menang dalam Contest Marigold Peel Fresh nie. Amin. Tak menang hadiah Utama dapat saguhati pun dah kira bertuah. Doakan Dilaz erk kawan-kawan.
Jika sudi, Klik Nie sekali

29/04/11

Jom join contest nie

Salam semua.
Siapa suka join contest???.....haaaaa kan ramai yang suka kan. Hari nie Dilaz nak promote pada semua yang suka join contest, jom join contest nie.


Tajuk contest nie "Mom On Facebook" Snapshot Contest. Contest nie berlangsung di Summit Subang USJ. 

Nak tahu info tentang Contest nie, KLIK SINI

Kepada semua yang duduk area USJ dan berhampiran dengannya boleh lah pergi. Mesti ramai rakan blogger yang pegi sana. Bolehlah buat Date.

P/S: Teringin nak pergi. Tapi kena tanya MY LOVE dulu.


 

28/04/11

Pertandingan Blog Paling Popular..

Dilaz nak tolong Anuar promote nie. Dilaz dah join dan Blog Dilaz Family pun dah tersenarai dalam Bloglist Coretan Anuar. Kawan-kawan lain yang belum join, jomlah meriahkan pertandingan nie

Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular..

Pertandingan Anugerah Blog Popular
Nak tahu lanjut, Klik banner  nie


Contest Marigold Peel Fresh

Salam semua. Suka tak minum air Marigold Peel Fresh??. Dilaz suka. Sekarang Peel Fresh dah ada 12 perisa dari mula-mula dulu hanya 4 perisa jer. Ini antara perisa Marigold Peel Fresh tue.

pics from google



Sekarang nie syarikat Marigold ada buat Contest untuk penggemar setia brand Marigold Peel Fresh nie.


Siapa nak join, boleh KLIK SINI untuk download borang. 
Contest mula dari 1 APRIL 2011- 30 JUN 2011
Hadiah utama tue kereta Volkswagen Polo


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails