PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

15/09/19

Rindu tak terungkap


Rindu wajah ini.
Rindu suaranya.
Rindu marah nasihatnya.
Rindu peluk ciumnya.
Rindu masakkannya.
Rindu kasih sayangnya ๐Ÿ˜ญ.

Masa ni arwah tengah mengandungkan Mama.  Gambar di Sabah. Rindu yang sukar dilafazkan.

Al-Fatihah. Semoga arwah emak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aamiin.



2/02/19

Mama QD

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

Tengah buat apa tu? Dah makan? Jap lagi Mama nak pergi makan nasi minyak. Rezeki MIL ajak temankan. Alhamdulillah ๐Ÿ˜.

Saje je post gambar ni. Mana tahu satu hari nanti berubah menjadi insan lebih baik dari sekarang. In shaa Allah. Aamiin


Mama QD




7/01/19

Nasi lemak kopi o

Assalamualaikum Dan selamat pagi ๐Ÿ˜‰.

Selamat bekerja bagi yang sedang bekerja. Uols sarapan apa pagi ni? Mama makan nasi lemak dengan kopi o. Hilang mengantuk bila minum kopi. Takdelah lemau je sepanjang hari kan.

Nasi lemak kopi o

5/01/19

Wishlist Danish Mama

Copy paste betullah Danish ni. Mama buat wishlist board, dia pun nak letak gak ๐Ÿ˜‚. Pastu siap kata, "Mama ada duit lebih belikan Danish sekali tau".

Wishlist Mama Dan Danish

Belum siap lagi tu. Ini antara impian Mama. Kenapa nak handphone dan laptop. Untuk reward diri dan senang dah update bisnes.

Semoga tercapai satu hari nanti.

4/01/19

Lama menyepi

Assalamualaikum semua.

Ada yang cari Mama ke? Selamat Tahun Baru 2019. Semoga semua impian tecapai dan lebih banyak kejayaan untuk kita semua. Pembuka post 2019⤵




Tengoklah atas tu, banyak draft tapi tak siapkan dan publish. Adui๐Ÿ˜. Macam mana nak jadi blogger tegar kan. Berhuhuhu jelah kalau gaya macam ni.

Ini satu cabaran untuk Mama update blog walau satu post setiap hari. Kena masukkan dalam rutin harian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails