PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

20/05/11

Menu wajib Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah hari paling Dilaz nantikan. Sebab, Dilaz ada menu wajib Hari Jumaat tau. Menu wajib tu adalah Nasi Ambang. Kata anak Jawa, Nasi Ambang adalah makanan favorite tau. Jangan tak tahu.


Nasi Ambang nie, bukan Dilaz masak sendiri, tapi beli kat Pasar Tani kat taman sebelah Taman Dilaz. Malas kan nak masak. Dilaz nie masak ikut mood. Nasib baik My Love tak kisah sangat. Nasi Ambang nie kat Johor famous tau. Dulu masa ada arwah emak, bile kenduri jer mesti buat Nasi Ambang. Style makan Nasi Ambang masa kenduri ialah letak kat satu dulang besar, pas tu dalam satu dulang tu akan duduk 4 atau 5 Orang. Mereka akan makan sama-sama. Rasa hidup makan berkongsi. Dilaz adik-beradik dari kecik pun diajar makan macam nie. Letak nasi dan lauk dalam satu dulang pas tu makan sama-sama sampailah sekarang bile berkumpul.

Kawan-kawan pernah tak makan Nasi Ambang? Suka tak? Nasi Ambang paling sedap makan dengan Ayam Masak Kicap. Sedap yer. Tak sabar nak balik, nak beli Nasi Ambang.

 Jika sudi, Klik Nie sekali
  


2 ulasan:

aindzaya berkata...

ta penah lagi makan nasi ambang..
cam pelik je..=)

izyan yasmin berkata...

hee . lama tak makan . mengidam plak tetiba . hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails