PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/05/11

Semua Gara-gara Contest...

Ingat tak lagi entri Dilaz pasal Contest Marigol. Kalau tak ingat, BACA NIE. Dilaz nie memang pantang tengok contest Offline, mesti nak join. Saje jer isi masa terbuang. huhuhu. Tak delah saje je nak cuba kalau ada rezeki menang nanti. 

Sebenarnya dah lama gak tak join Contest Offline nie, Bulan nie baru start join semula. Almaklumlah tak keje kat tempat awam susah nak tahu perkembangan semasa. Inilah dia Air Peel Fresh yang Dilaz beli untuk join contest tersebut.


Dilaz harap ada rezeki menang dalam Contest Marigold Peel Fresh nie. Amin. Tak menang hadiah Utama dapat saguhati pun dah kira bertuah. Doakan Dilaz erk kawan-kawan.
Jika sudi, Klik Nie sekali

Qistina study

 

Tengoklah Qistina nie, Dilaz sibuk buat keje dia pun sibuk nak tulis. Dia kata kat Dilaz "Mama, Tina nak belajar tau. Mama jangan kacau. Mama duduk sebelah Tina". Habis buku dia conteng, itu okey lagi. Tapi yang tak okey tu dah boring conteng buku lantai rumah jadi mangsa yer. Kalau dia pegang pensil okeylah, tapi kalau pen. Habis tak leh hilang. Tak tahu nak hilangkan macam mana lagi. 

Meh layan gambar Qistina. Maaflah gambar tak terang








Perasan tak? Buku Qistina atas bantal. Nak tulis buku letak atas bantal. Qistina kata sakit tangan sebab tu alas bantal
 Jika sudi, Klik Nie sekali
  

30/05/11

Gaya Muslimah Selebriti Wanita

Artis sekarang susah nak tengok yang benar-benar ingin memakai selendang atau tudung kekal. Mereka hanya kan pakai bile ada hadir ke majlis keagamaan seperti kenduri kesyukuran, kematian ataupun berbuka puasa. Namun ada juga artis wanita yang sudah bersedia dengan imej bertudung penuh seperti Waheeda, Wardina, Noorkumalasari, Rahimah Rahim, Sheila Rusly, Bienda dan Heliza AF5. 


Itu semua hak masing-masing terpulanglah pada diri sendiri. Gambar nie Dilaz dapat dari Murai.com. Gambar artis hanya berselndang dan bertudung sementara untuk majlis keagamaan. Ada yang comel bertudung dan ada yang macam tak berapa nak kena. Apa-apa pun kan cantik kalau bertudung
Jika sudi, Klik Nie sekali

Sunsilk Perfectionista

Rezeki hujung Bulan

Salam semua.
Semalam Dilaz seronok sangat. Bukan sebab dapat gaji (gaji dah 2 bulan tak dapat lagi) tapi sebab Dilaz dapat rezeki hujung bulan dari Sis Elly. Sis Elly bagi Dilaz RM 50 sebab Dilaz menang contest Sis Elly. Dia kata tak sempat nak beli hadiah, so dia Bank in jer duit. Tak kisahlah mana-mana pun.




Alhamdulillah, rezeki Dilaz. Dapatlah buat belanja sikit sementara tunggu duit gaji. Terima kasih banyak-banyak kepada Sis Elly. First time dapat cash dari rakan Blog nie.
 Jika sudi, Klik Nie sekali
  

Juara MENTOR 5

Akhirnya rancangan Realiti TV MENTOR 5 dah berakhir semalam. Juara Mentor 5 pun dah tahu. Seperti yang disangka-sangkakan. Seronok kan dapat duit banyak macam tu pas tu dapat kereta lagi. Rezeki dia. Siapa JUARA MENTOR 5.... Inilah dia Salma Juara Mentor 5


Salma Protege kepada Erra Fazira

Tahniah Dilaz ucapkan kepada Salma kerana menjadi Juara Mentor 5. 
Tahniah juga kepada Naib Juara Mentor 5 Shiha dan juga pada Iqa menang tempat ketiga. Masing-masing pulang dengan RM...tak de yang pulang dengan tangan kosong. Apa-apapun Dilaz ucapkan Selamat maju jaya untuk awak semua. Baik sungguh hati TV3 bagi hadiah tambahan untuk tempat ketiga iaitu RM 10,000. Okeylah tu kan

 Persembahan mereka malam tu memang hebat dan sengit dari segi markah.
Jika sudi, Klik Nie sekali

29/05/11

Apa yang best yer cerita Hindustan

Kawan-kawan suka tengok cete Hindustan tak? Biasalah ada yang suka tengok, ada lak tak berapa suka. Macam Dilaz, Dilaz memang hantu Hindustan. Lagi-lagi kalau Hero dia Shah Rukh Khan. Memang layan habislah. Boleh nangis jika dia sedih. huhuhu. My Love lak tak berapa suka tengok. My Love tak suka layan cete Cinta-cinta nie, dia lebih suka cete aksi. Beza kan kami berdua. Apa yang best yer cete Hindustan ni?

Entahlah...tapi kalau tengok memang layan. Semalam Dilaz tengok Hindustan, tajuknya Hum Tum



Bolehlah layan gak. Bagi Dilaz cete Hindustan ini ada part yang best dan ada part yang tak berapa sesuai kot untuk remaja tengok sebab takut terpengaruh dan terikut lak dalam dunia percintaan mereka. 

Kawan-kawan perasan tak, napa cete Hindustan mesti ada nyanyi-nyanyi? Kekadang tue, siap tergolek-golek dia menari. Ini kira macam filem muzikal kan. Mungkin itu yang membuatkan cete Hindustan best kot. Itu pandangan Dilaz lah. Lagi satu kalau perasan lah, cete Hindustan mesti ada keretapi. Mesti ada, tak caya nanti kalau tengok cete Hindustan mesti perasan. Apa-apapun Dilaz memang suka tengok Cete Hindustan.

Siapa bakal JUARA MENTOR 5????

Antara Iqa, Shiha dan Salma...siapa bakal JUARA MENTOR 5. Jom tengok Mentor 5 Akhir malam nie.
Juara Mentor 5 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze. Seronoknya dah lah dapat RM dapat kereta lak tu

 Jika sudi, Klik Nie sekali
  


28/05/11

Nak layan Hindustan

Hari nie kan hari Sabtu. Kat TV3 kul 2.00 petang ada cete Hindustan. So, Dilaz nak pergi layan cete Hindustan nie. Tak tahu apa tajuk hari nie.
Ini antara cete Hindustan yang tengok banyak kali pun tak jemu. Kisah percintaan dan keluarga yang seronok ditonton.








Jom layan Hindustan. Kalau dah tengok, susah nak gerak depan TV tau. huhuhu
 Jika sudi,  Klik Nie sekali

Segmen-Nizam Ijam Nak Tolong Promote Blog Anda.

 Klik sini untuk join

Bukan senang orang nak promote Blog kite tau, so Dilaz nak join segmen Nizam Ijam nie. Nanti boleh tambah kenalan lagi bile Nizam promote Blog Dilaz Family nie.
Dilaz nak tag
Miss Syahnia

 Jika sudi, Klik Nie sekali

" Pencarian Bloglist Untuk Blog transparent-mashi "




Klik banner untuk join
 
Dilaz ditag oleh Cute Mum. Dilaz harap terpilihlah masuk dalam Bloslist Blog Transparent-mashi nie. Dapatlah tambah kenalan baru.

Dilaz tag:
Cha
Miss Syahnia
ZF

Tarikh tutup:
22 Jun 2011

 Jika sudi, Klik Nie sekali

"Mencari Blogger Wanita"

create your own banner at mybannermaker.com!
Klik banner untuk join..

Dilaz nak join Segmen Joker Gurl pulak. Mana tau ada rezeki terpilih diantara 50 Blogger Wanita boleh tambah lagi kawan dalam alam maya nie
 
Mehlah join ramai-ramai

Tarikh Tutup:
 30 Mei 2011 jam 12.01am
 
 Jika sudi, Klik Nie sekali

:: BLOGLIST NMIRMO ^_^

Klik banner untuk join..
 
Belum ada idea nak buat entri baru, so nak join Bloglist

Dilaz nak join Kumpulan Mirumo.. sebab dia warna biru dan cute

Kawan-kawan mehlah join

 Jika sudi, Klik Nie sekali

Fahrin Ahmad ada Affair...Frust yer

Semalam belek-belek Murai.com sekali nampak cerita panas gosip cinta antara Fahrin Ahmad, 30, dengan Zetty Adila Ramly, 27, iaitu anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Tapi Fahrin menafikannya. Meh baca nie sumber dari Murai.com

 Baju nak sama colour

KUALA LUMPUR, 27 MEI 2011: Akhirnya gosip cinta antara aktor kacak, Fahrin Ahmad, 30, dengan Zetty Adila Ramly, 27, iaitu anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa telah dinafikan sendiri oleh pelakon berbadan sasa ini.



Malah, Fahrin yang ditemui dalam sidang media drama bersiri Suria Di Cordoba semalam memberitahu hubungan yang terjalin antara dia dan Adila yang juga penerbit bagi drama tersebut hanyalah hubungan profesional dan tidak lebih daripada itu.



"Terus-terang saya tidak gemar untuk mengulas lanjut mengenai hubungan saya dan Adila kerana saya tak mahu ada salah faham daripada mana-mana pihak. Apa yang pasti saya memang berhubung dan berkomunikasi dengannya tetapi tidak lebih daripada seorang pelakon yang bekerja dengan seorang penerbit.



"Cuma saya akui berbangga dan hormat dengannya kerana tidak dinafikan dia seorang penerbit muda yang berbakat. Jadi secara tidak langsung kami selalu berhubung sekadar untuk bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.



"Bagi saya hubungan kami sangat natural dan ianya berlaku kepada semua orang yang bekerja. Kami pula senang berkawan bersama," jelasnya kepada murai.com.my. Dalam pada itu, Fahrin juga berharap agar gosip cintanya itu tidak terlalu dihebohkan kerana khuatir hubungan profesional yang terjalin antara dirinya dan penerbit Global Station Sdn Bhd berkenaan akan menimbulkan tanggapan yang tidak sedap dari krew dan pelakon yang terlibat.



"Saya tak mahu ada cerita atau gosip percintaan ini wujud kerana ianya akan menimbulkan persoalan ada pilih kasih antara penerbit dan pelakon.



"Terus-terang saya sendiri tak mahu gosip ini ditimbulkan kerana ianya secara tidak langsung boleh mengganggu periuk nasi saya pula. Lagipun saya akui memang selesa bekerja di bawah produksi Global Station Sdn Bhd," katanya lagi yang sebelum ini turut terlibat dengan produksi yang sama dalam drama Dia Bukan Mariam.



Sementara itu, Adlia yang turut ditermui dalam sidang media tersebut juga memberitahu musykil dan hairan bagaimana gosip cinta itu boleh timbul antara dirinya dengan Fahrin. "Saya pun tak tahulah bagaimana gosip ini boleh timbul. Tapi saya juga ada terfikir mungkin gosip ini timbul kerana kebetulan saya dan Fahirn masih single.



"Terus-terang pada awalnya saya dengar agak kelakar juga tetapi lama kelamaan saya takut ada pihak yang percaya dengan gosip ini. Apa yang pasti, saya masuk ke indusrti ini hanya untuk bekerja dan menimba pengalaman kerana saya pun masih baru lagi. Bukan untuk bercinta," jelas Adila.

27/05/11

Qistina dapat baju dari SLW

Semalam petang sampai satu bungkusan Pos Ekspress dari SLW. Qistina dapat baju dari SLW sebab Dilaz memang GA SLW. Dilaz dapat e-voucher. Voucher tue Dilaz tak tahu nak pilih apa sebab saiz baju kat situ cam kecik jer untuk Qistina. So, Dilaz suruh SLW pilihkan. Akhirnya dapatlah baju nie


Okey kan.Cute jer. Qistina pun suka, siap kata "Mama beli baju Tina er". Terima kasih pada SLW. Ada rezeki Dilaz beli lagi kat sana.

Pandangan orang tentang wajah My Love

Hari tu tengah duduk-duduk tetiba My Love tanya Dilaz. 

My Love : "Abang nie hensem tak? huhuhuhu...
Dilaz : perasan ker aper?gurau jer.hensem...nape tanya?
My Love : Bos kata Abang hensem....so jual kete banyak sikit erk...senyum malu 
Dilaz :Memang hensem...kalau tak cam ner leh ramai orang nak kan..tapi sekarang jangan gatal-gatal tau.

My Love Dilaz memanglah hensem. Kalau tak hensem cam ner Dilaz leh terpikat, betul tak? Qistina pun comel kan. Lepas tengah cakap-cakap tu, My Love siap kata pandangan orang tentang wajah My Love. Nak tahu tak apa orang kata?......Diaorang kata muka My Love macam













Fahrin Ahmad....ada la kekadang bile tengok gambar My Love




macam
Mawi....bile My Love botak kepala


yang nie nak tergelak
macam

 Scotty..juara American Idol Season 10....
mungkin ada bile My Love kurus sikit dari sekarang
Apa-apa pun pandangan orang tentang My Love, Dilaz tetap sayang My Love seadanya.Semoga kami berdua berbahagia selalu.AMIN

Pengajaran dan nasihat

Kawan-kawan nak tahu tak? Lepas dilaz baca apa yang rakan Dilaz kongsi kat FB dia hari tue, Dilaz pun dah muhasabah diri. Siapa yang lum baca lagi, meh baca nie. Dalam dunia maya (Blog) juga banyak pengajaran Dilaz dapat.

Dari situ Dilaz dapat satu pengajaran dalam hidup dan nasihat. Antaranya:

  • ALLAH selalu menduga hambaNya yang selalu taat dan dekat padanya. Selagi hambaNya beriman ALLAH akan sentiasa menduga dan setiap dugaan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Besar dugaan tersebut, besar juga ganjaran yang akan diberi. Dilaz amat percaya ini.
  •  Dilaz dapat kenal macam-macam ragam dan kawan sebenar dan kawan yang amat memahami kita.
  • Sebelum nie Dilaz selalu fikir, napa orang tu hidup senang dari Dilaz tapi Dilaz tak? Sekarang Dilaz dah tak macam tu, Dilaz percaya satu hari nanti Dilaz akan senang juga macam orang lain cuma lambat atau cepat jer.
  • Dilaz percaya semua orang ada rezeki masing-masing. Itu semua ketentuan ALLAH. ALLAH MAHA ADIL DAN MAHA PENYAYANG
  • Dalam dunia maya (blog) nie, Dilaz dapat ramai kawan. Yelah sekarang Dilaz dah tak kerja menghadapi kerenah orang ramai lagi. Kerja Dilaz jaga komputer tengok komputer. Mana ada kawan. Jadi, kawan Dilaz kawan alam mayalah
  • Blog buat Dilaz bertambah ilmu dan pengetahuan dalam diri ini. Yelah sebab Blog ada macam-macam.
  • Dari dulu jadi seorang yang peramah sekarang dah jadi pendiam lak. Napa.... tak de kawan nak cakap. Tak kan nak cakap ngan komputer, nanti orang kata gile lak.
  • Kite kena bersabar dan terus bersabar jika nak sesuatu. Hanya kesabaran dapat memberi kite ganjaran yang baik oleh ALLAH. 
  • Kalau Dilaz sedih, Kadangkala luah kat Blog, kekadang kat diary. Pada My Love jarang luahkan, sebab kekadang dia tak paham masalah Dilaz. Yelah masalah dia lagi banyak
  • Dilaz sekarang dah jadi orang yang terlalu tak kisah asalkan orang tu bahagia biarlah Dilaz terseksa. Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI
  • Dilaz rindu pada arwah emak. Sampai sekarang Dilaz teringat lagi kata-kata emak. Antaranya kalau emak beleter " Masa sekarang lah ko dengar mak membebel nanti kalau mak dah tak de baru ko tahu. Siapa nak marah ingat kan ko lagi" part nie memang sedih. Boleh dikatakan hari-hari teringat.
  • Dilaz rasa sekarang masa cepat berlalu. Dilaz harap Dilaz akan dapat capai apa yang Dilaz impikan dan rancang.
  • Jika rasa sedih, ingatlah ALLAH. ALLAH akan sentiasa membantu kite
  • Rancanglah hidup ini dengan sebaiknya agar kite akan berjaya pada masa akan datang.
Dilaz rasa setakat ini dulu. Ini juga adalah luahan rasa hati.

 Jika sudi, Klik Nie sekali

Bertukarlah ke PROTON EXORA untuk keselesaan keluarga

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Qistina dah sihat

Alhamdulillah Qistina dah semakin sihat. Itu pun jenuh suruh Qistina makan ubat. Tengoklah nie bila dah sihat Bukan main ceria lagi.

Qistina control senyum

Yang nie lak buat aksi manja konon

Masa nie My Love ajak makan luar sebab tak kenyang makan roti telur. Sejak dua menjak nie asyik lapar jer membesarkan badan jer. Dilaz syukur sangat Qistina dah sihat. Qistina kalau dah baik sakit mesti akan bertambah lasak dan bijak. Orang kata kalau budak sakit nak pandai. Betul ker? 
Mama harap Qistina tak sakit lagi. Jangan nakal-nakal tau, Mama sayang Qistina. Jadi anak yang baik dan bijak tau. Muaaahhhh.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails