PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label impian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label impian. Papar semua catatan

5/01/19

Wishlist Danish Mama

Copy paste betullah Danish ni. Mama buat wishlist board, dia pun nak letak gak 😂. Pastu siap kata, "Mama ada duit lebih belikan Danish sekali tau".

Wishlist Mama Dan Danish

Belum siap lagi tu. Ini antara impian Mama. Kenapa nak handphone dan laptop. Untuk reward diri dan senang dah update bisnes.

Semoga tercapai satu hari nanti.

3/05/16

Entri paling hot... Siapa Vivy yusof

Assalamualaikum semua

Rasa terkejut sebenarnya bila tengok entri Siapa Vivy Yusof ni menjadi entri paling hot. Tak sangka dan rasa tertanya-tanya gak. Padahal entri yang dibuat biasa-biasa je. 

Vivy Yusof

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Tengoklah kat atas tu. Sampai 2000 lebih orang tengok. Dulu entri mengenai Aaron Aziz yang menjadi entri hot dalam blog Dilaz Family. Tapi tahun ni, Vivy Yusof lebih hot di sini. Siapa lum baca, meh baca entri SIAPA VIVY YUSOF

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Dilla memang admire sebenarnya dengan Vivy Yusof ni. Dah la cantik dan berjaya dalam perniagaannya. Semoga satu hari nanti Dilla dapat bertemu dengan Vivy Yusof dan berkongsi rahsia kejayaan. Tak salah bermimpi dan mana tahu mimpi itu akan menjadi kenyataan. Aamiin InsyaAllah

8/12/15

Rumah Idaman

Assalammualaikum semua

Apa khabar, sihat tak? Dilla Alhamdulillah sihat cuma mood berblog ni asyik ke laut la. Tak tahu kenapa. Nak amik mood punyalah payah. Log in blog pastu logout. Update takde. Emmmm. Entri rumah idaman ni dah lama berada di draft tak dipublish. Jadi hari ini edit sikit dan publish kan.

Tiga bulan lepas Dilla ajak My Love tengok rumah contoh kebetulan pemaju perumahan tersebut ada buat open day untuk tengok rumah contoh mereka. Inilah masanya kan sebab masa beli rumah yang kami duduk sekarang takde pun tengok rumah contoh main beli je. Alhamdulillah rezeki kami dipermudahkan urusan oleh Allah. Rumah kedua akan datang tu yang kami tengok rumah contoh. Rumah Idaman My Love ialah rumah semi-D dan Dilla jika diberi rezeki lebih mahu rumah banglo setingkat. InsyaAllah semoga Allah makbulkan impian kami sekeluarga memiliki rumah idaman lebih selesa dari sekarang. Amin.


My Love yang teruja tengok rumah Semi-D


Ini antara design dalam rumah tu

Rumah idaman

Cantik kan. My Love kata ada duit semua boleh. Upahlah pereka dalaman yang profesional pasti rumah lebih cantik. Jom kumpul duit dan lebih rajin berbisnes supaya impian tercapai. Jangan lupa berdoa dan memohon kepada Allah juga

22/04/15

Mimpi jadi kenyataan

Jangan takut untuk bermimpi. Mimpi itu percuma. Usaha lebih untuk mimpi menjadi kenyataan. Jangan cepat mengalah dan putus asa



28/03/15

Model cilik Yeo's

Danish ni paling suka minum air kotak. Air kotak Dutch Lady dan Yeo's pilihan hatinya. Setiap pagi minta Mama air coklat DUtch Lady. Nak tunggu kakak Qistina balik sekolah minta lak air kotak Yeo's. Emmmm tak bagi Danish buat kuak lentang tau. Baru 3 tahun dah pandai meragam. Kalau kat rumah kena marah merajuk masuk bilik. Papa kata cam pompuan je. Bila Dilla bagitau My Love, My Love kata manjakanlah anak tu. Bukan manja biàr dia minum sampai muak. Lama-lama tak nak dah. Meh tengok Model cilik Dilla ni. Mana tahu satu harinanti jadi model sungguh kan. 





Danish ngan air kotak Dutch Lady


dan






Model cilik Yeo's


10/03/15

Wishlist 2015

Dah bulan Mac baru nak uo Wishlist 2015. Orang awal tahun dah buat entri. Takpelah "better late than never". Speaking lah pulak Dilla ni. Huhuhuhu. Kawan-kawan mohon doakan semua Wishlist Dilla ni tercapai dan doakan yang terbaik untuk Dilla ye. Amin. Meh tengok Wishlist Dilla 1) HP Android (janji boleh update blog dan online fb).....Alhamdulillah dah tercapai (entri sebelum ni) 2) Bonus bisnes atleast RM5k sebulan 3) Coordinator Shaklee sebelum September 2015 4) Bawa anak2 pergi Kidszania 5) Bercuti ke Kedah dan Langkawi bersama keluarga 6) Turunkan berat badan ke 50kg dan kecikkan inci badan Semoga Allah permudahkan dan impian ini tercapai. Amin Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

9/03/15

Gadget baru Dilla

Alhamdulillah. Salah satu wishlist Dilla untuk tahun 2015 dah tercapai. Dilla nak ada gadget baru iaitu hp smartphone yang boleh online fb dan boleh update blog. Dilla dapat gak beli. Telefon ni secondhand je, Dilla beli dengan adik ipar. Okeyla tu janji masih okey dan boleh update blog serta online fb. Dan paling penting boleh whatsap. Terima kasih My Love sebab carikan dan beli telefon ini. Sayang abang ketat-ketat. Dilla sangat suka dengan gadget baru ni. Simple dan mudah guna.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

26/12/14

Contact Lens

Sebenarnya teringin nak pakai Contact Lens ni, tapi tak nak yang berwarna. Nak biasa je.  Masalahnya tak tahu contact lens mana yang okey dan harga mampu milik. Iyalah contact lens ni bukan boleh pakai lama kan tak macam cermin mata. Saje je nak cuba pakai contact lens sesekali nak bebas dari pakai cermin mata. 

Dilla dulu tak pakai cermin mata, tapi sejak selapas bersalin Qistina dan selalu kerja menghadap komputer, mata ni terus jadi rabun. Masa kecil dulu Dilla suka ratah lobak macam makan epal tau. Sebab tu mata tak rabun kot. Sekarang ni cam susah sikit nak makan. Tapi bagus gak kalo makan kan jadikan ia snek yang berkhasiat. 

Cer tengok model ni pakai contact lens. Lawa tak?


Gambar dari Mr Google. Teringin nak pakai macam model ni pakai. Tapi My Love tak galakkan pakai contact lens, emmm tak tahu kenapa. Jeles kot nanti wife dia cantik dan nampak lebih muda. huhuhuhu

Jom like Page Dilaz Family



11/09/14

Vision Board

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur dan bernafas di bumi Allah ini. Hari ini Dilla nak kongsikan vision board Dilla pada semua dan semoga kawan-kawan sudi mendoakan yang terbaik untuk Dilla sekeluarga. In shaa Allah. amin

vision board Dilla




Inilah yang Dilla akan tatap setiap hari dan bila semangat hilang. Mereka semua adalah semangat mengapa Dilla nak berjaya. Dilla harap satu hari nanti semua impian itu akan tercapai dan dapat membahagiakan mereka semua. Amin





26/08/14

Rindu Awak 200%

Rindu Awak 200%. Makin hangat kan drama ni. Lagi hangat apa yang dipakai oleh pelakon-pelakon Rindu Awak 200% tu. terutama sekali kamera Fujifilem dan skirt yang Armel Arsya pakai tu. huhuhuhu. Dilla sebenarnya suka sangat ngan kamera tu tapi tak sangka lak dalam cerita Rindu Awak 200% Armel pakai. Skirt lak, baru cakap ngan My Love lepas ni macam nak ubah imej pakai skirt lah. Dan tak sangka Armel pun pakai.



Semua kebetulan. Ada rezeki Dilla pun nak beli gak. hehehehehe. Jom kita LUA
 

17/07/14

Kereta keluarga

Cerita ni hari Ahad lepas. Hari minggu biasa My Love tak kerja kan jadi My Love ajak keluar jalan-jalan. Bulan puasa mesti tak leh jalan-jalan cari makan, kami pergi Showroom kereta dan test drive. Dari hari itu nak pergi test drive tapi showroom tutup. Ahad lepas ada rezeki kami nak tengok dan test drive sekali. Masa pergi ni Qistina tak de sebab Qistina tidur rumah nenek dia (umah MIL Dilla), tinggal Danish sorang je.

Kereta apa kami tengok....Kami pergi Showroom Peugeot. My Love nak tunjuk pada Dilla kereta idamannya iaitu Peugeot 408. Kereta tu memang cantik. Dalaman dia luas dan Dilla pun suka ngan kereta tu. Danish..lagilah dia suka. Tak caya meh tengok ni


Tengah membelek brosure kete tu

Papa test drive Danish membebel kat belakang sambil tengok brosure. Bila tanya cantik tak, dia angguk. Bila tanya nak beli kete ni, dia pun angguk pastu senyum


Pening la


Lepas test drive kami duduk jap sebab My Love nak jumpa sales advisor tu tanya-tanya sikit. Danish lak duduk termenung. Agaknya dia tengah fikir nak beli tak kereta ni ye. hehehehe. Dari apa yang Dilla dapat masa di showroom tu dari sales advisor, dia tak menjual tapi dia sharing. Walaupun dia Cina dan kami ni Melayu yang biasa-biasa je, dia layan kami dengan baik. Cerita bersungguh dan kalau masa tu kami memang ada budget memang akan terus beli sebab dia yer service. Tak pe satu hari nanti jika ada rezeki kami akan beli juga kereta ini. Boleh masuk dalam wishlist family ni. In shaa Allah , Allah akan permudahkan segalanya. Amin


26/05/14

Kenapa Shaklee

Kenapa Shaklee....Kenapa bila kata buat bisnes MLM mesti orang kutuk dan mengata??? Mungkin mereka tak tahu cara marketing atau pernah ditipu beli barang beribu-ribu semasa buat MLM. Atau buat-buat tak jadi dan tak berjaya.



Arwah mak Dilla dulu pernah join MLM gak seperti Zulian dan Amway. Malam-malam dan weekend selalu ada meting dan kena pergi rumah ke rumah untuk jual produk tersebut. Kekadang tu pernah bawa Dilla dan adik-adik sekali sebab masa tu nak keluar jalan-jalan pastu customer call emak nak beli barang. Emak buat MLM ni hanya sebagai part-time untuk bantu tingkatkan ekonomi keluarga.

Dilla ada ikut minat emak ni. Sebelum join Shaklee saya ada juga join Zulian. Pernah gak pergi meting malam-malam, anak kena tinggal (masa tu Qistina kecil lagi). Paling tak suka kena jumpa orang sana sini promote barang tu dan kena paksa cari orang bawah (downline tau). Oleh sebab tak de minat yang mendalam dalam Zulian, Dilla stop buat. Sekarang Dilla pilih Shaklee. Kenapa Shaklee?



Shaklee ni lain dari yang lain. Dilla bertuah sebab dapat join Shaklee di bawah Group Jutawan Shaklee. Dalam group ini bukan hanya bantu dalam ilmu marketing malah mengajar ilmu kerohanian (banyakkan menjemput rezeki). Paling penting ia ada Mentor yang akan ajar kita dari "Zero to Hero". Kita tak perlu pergi ke rumah-rumah dan meting tengah-tengah malam. Shaklee ni hujung jari je. Semuanya online...dari nak daftar new member, belian hingga ke coaching. Rugi yer siapa tak join dan melengah-lengah nak join Shaklee ni.

Jadi ahli Shaklee ni macam juga jadi ahli kat Jusco, Tesco, Watson ataupun Bonuslink. Bila kita beli barang akan dapat point. Cukup point kita boleh redeem hadiah atau Voucher. Betul tak? Haaaa macam tu gak Shaklee. Setiap barang ada point sendiri (tapi Shaklee panggil uv). Bila uv cukup layak dapat Cash Bonus. uv tak carry forward dan cash bonus dari 5%-21% tau. Walaupun permulaan dapat dalam RM 30 kena bersyukur. Siapa yang nak bagi RM 30 tu percuma kan. Nak bonus banyak, kena usaha lebih. Kejayaan tak datang bergolek macam bola.


Dilla nak bantu lebih ramai orang sihat dan bantu lebih ramai orang tingkatkan ekonomi keluarga mereka. Dilla percaya satu hari nanti Dilla akan berjaya di dalam Shaklee. Jom ramai-ramai join Shaklee dan bantu lebih ramai orang. 9/10 rezeki itu datang dari berniaga dan rezeki itu milik Allah


22/05/14

Jom menabung

Alhamdulillah, syukur

Terima kasih Ya Allah kerana beri Dilla masa dan kesempatan untuk update blog ini. Tak delah ia sunyi sepi tanpa entri baru. Ada yang menanti entri baru dari Dilla ke (bajet macam artis lak...perasan). Hari ini Dilla nak cerita tentang jom menabung.

Kenapa kita perlu menabung? Sebab untuk masa depan dan untuk kita merancang pergi bercuti bersama keluarga. Menabung ni perlu istiqamah dan jangan amalkan konsep hangat2 tahi ayam. Mulalah menabung dari wang syiling hingga ke wang kertas. Dilla sekarang syiling baru 50 sen dan 20 sen mesti masuk tabung. 50 sen yang lama pun Dilla masuk tabung. Duit kertas lak, RM 5 mesti masuk tabung cuma kekadang terbabas guna gak. Ada orang dia akan simpan duit RM 5 dan RM 20. Itu semua terpulang pada individu kan. LAin orang lain caranya. Tak pe yang penting dia nak menabung kan.

Tabung Dilla bentuk botol susu (untuk duit kertas) dan bentuk epal (untuk duit syiling), tabung My Love bentuk burger (just duit syiling), Qistina tabung gambar Princess dan Danish tabung peti pos. Masih ingat lagi dulu ada tabung rimau dan tabung bangunan tabung haji. Sekarang ada lagi ke tabung tu. Tabung kawan-kawan macam mana???

Jadi apa nak tunggu lagi, mulalah menabung dari sekarang. Tak de istilah terlambat dalam dunia ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.....Jom menabung.

 

Ini tabung Dilla dulu masa kecik. Sekarang dah jadi tabung Danish

 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

15/04/14

Balik kampung dan Johor Premium Outlet

Sabtu lepas Dilla balik kampung jap, jenguk Abah sebab Abah bagitahu dia kurang sihat.  Lagi satu Abah rindu pada cucu-cucunya sebab lama tak jumpa kan. Seronok Abah lihat Dilla sekeluarga balik kampung dan terkejut dia. Mana tak terkejut, Dilla tak bagitahu pun nak balik saje buat surprise. Qistina memang seronok kalau balik kampung. Danish pun seronok. Danish dah mula kenal keluarganya. Bila Atuk panggil, cepat dia datang, salam dan cium pipi. Bijak si kenit ni. Malam bukan main lewat tido. Selalu pukul 9 malam dah tido, masa kat kampung kul 12 malam baru nak tido. Dia pusing satu rumah memantau apa yang boleh dibuat main. hihihihihi

Lupa lak Ahad Johor kerja. Abah pergi kerja kami pun bertolak balik ke Melaka. Pada mulanya nak singgah rumah Adik nak tengok Anak dia (baru pas bersalin) tapi dia tak de lak kat rumah. Pastu My Love kata, jom kita pergi Johor Premium Outlet. Dilla apa lagi kata jom. Padahal tak de duit pun. Jadi kami just window shopping je. Memang rambang mata kalau shopping kat sana. Dah lah macam-macam ada pastu sale sehingga 70% . Next time nak terjah lagi dan shopping puas-puas. Dilla aim kasut, jeans dan perfume. Danish masuk kedai kasut Puma geram tengok kasut dan melalak tak nak kuar kedai. Kecik-kecik dah pandai. Tak pelah Danish, next time kita shopping ye.



13/04/14

Pilihan Bilik Tidur Anak

Jom cuci mata dengan design bilik tidur anak-anak ni. cantik-cantik semuanya. Ada rezeki nak buat untuk anak-anak

 .
.
.
.
.

.
.
.
.

 
.
.
.
.
.

 

Simple je tapi menarik. Memang kalau dapat bilik tidur macam ni susahlah nak bangun tidur sebab cantik sangat.hihihihihi

 

10/04/14

Bercuti di atas kapal Cruise

Seronoknya jika dapat bercuti di atas kapal Cruise ni. Lagi-lagi pergi bersama yang tersayang. Boleh dijadikan sebagai pakej honeymoon. Bila agaknya dapat tercapai impian ini ye. In shaa Allah ada rezeki nanti dapat pergi. Tak salah ada niat dan impian bercuti macam ni kan. Boleh masuk dalam Wishlist ni. Rezeki Allah yang beri kan. Jom tulis 101 impian anda





Gambar ihsan pakcik Google
 

4/04/14

Adijuma

Cantik-cantik lak tudung Adijuma. Tadi blogwalking beberapa blog pastu nampak diorang pakai Tudung bawal Adijuma. Dilla pun buka Facebook Tudung Adijuma. Dilla ambil 2 gambar je. Meh tengok

Teringin nak pakai yang corak begini. Warna sangat sesuai untuk baju apa je janji plain sebab warna dia 



Yang ni nampak unik. Lum pernah cuba pakai. Tapi In Shaa Allah nak cuba pakai



 
Dilla nak carilah Tudung Adijuma ni nanti kat dealer mereka. Dah search Melaka ada kat Mydin MITC. Nanti dapat bonus Shaklee boleh beli 2, 3 pasang tudung. Boleh simpan untuk raya gak kan.

Inilah Dilla dulu masa pakai tudung bawal

 

Dulu tudung bawal mana ada corak-corak kan. Semuanya plain. Sekarang je macam-macam ada. Cuma leceh tudung bawal ni nak kena iron.huhuhuhu.

 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

12/02/14

Ariana Rose

Demam Drama bersiri slot Akasia...Ariana Rose..hihihihihi. Dah nak habis episod baru nak up entri kan. Tak pe biar lambat jangan tak bermula langsung. Masa mula-mula tengok cerita ni macam tak best je, tapi still layan. Pastu tengah-tengah layan jap je, minggu ni dah minggu akhir. Macam kejap je drama Ariana Rose ni.


Sebenarnya tak sabar nak tunggu episod majlis persandingan Ariana Rose dan Tengku Adam ni. Iyalah temanya, Winter Wedding tu...best yer..Tengok dress yang dia pakai pun cantik sangat. Nanti nak pakai masa MASCEL lah. Keep dream and it will come true one day. In shaa Allah


pic credit to Mr google

Tak sabar nak tengok.....
 

12/12/13

Smartphone baru

Sejak komputer ada masalah nie, susah nak upload gambar dari kamera ke komputer. Yelah sebab bile masuk memori kamera dalam komputer, habis semua gambar akan hilang. Lagi sedih nak cuci gambar nanti tak boleh. Hasrat di hati nak beli smartphone baru. Boleh ambil gambar dan terus buat entri kat blog. Betul tak??

 Mana satu smartphone yang okey ekk? Samsung ke Lenovo ke Sony ke Iphone ke? Tapi jika diikutkan hati nak beli Samsung Note 3.

Samsung Galaxy Note 3

pic:kredit en google

atau

Lenovo K860


Lenovo-K860-Quad-core-Android-Smartphone-Price-Philippines1


Dapat yang ni pun dah okey.hehehehe. In shaa Allah ada rezeki nanti mesti dapat. Kumpullah duit dan usaha lebih sikit. Kalau dapat hadiah atau FREE lagi best. Betul tak?

21/11/12

Dugaan..Dugaan..Sabar erk

Macam-macam dugaan bile nak Breastfeed (bf) anak secara ekslusif. Dengan kata-kata sindiran orang yang tak memahami, cara kerja yang sibuk tak menentu ni dan macam-macam dugaan lagi la. Dulu masa Qistina tak fikir nie semua sebab Qistina minum susu formula. Apa tak nya oleh kerana kurang yer ilmu tentang bf ni dan rasa lagi senang pakai susu formula tu sebab dapat bf Qistina hanya seminggu je. Yang pening kat sini cuma susu formula apa yang terbaik untuk dia. Padahal susu ibu lagi baik kan.

Sekarang Dilaz memang niat nak bf baby baru ni (Danish) secara ekslusif. Kalau boleh sampai umur Danish 2 tahun. Biar dia dapat khasiat susu ibu nie. Terkilan sebab tak dapat bf Qistina. Alhamdulillah sekarang Danish dah sebulan bf. Memang kena banyak sabar dan tak boleh stress sangat.

Dilaz ada rasa stress sikit sebab pump sebelum ni rosak. Pump tu best walaupun murah. My Love ada belikan pump baru yang sama harga dengan pump sebelum nie. My Love kata nie je dia mampu buat masa nie. Tak pelah ada rezeki boleh beli yang elok sikit. Oleh kerana ada rasa stress masa mengepam, dari dulu boleh dapat 4oz dah turun ke 2oz. Salah Dilaz kan.... 


Impian nak beli Medela Swing ataupun Avent Manual. Harap dapatlah termakbul impian ni. Dilaz akan pastikan impian ni tercapai dengan cepat. Semuanya untuk Danish. Biar dia dapat betul-betul khasiat susu ibu nie. Doakan saya ye kawan-kawan. Amin.
  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails