PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

12/12/13

Smartphone baru

Sejak komputer ada masalah nie, susah nak upload gambar dari kamera ke komputer. Yelah sebab bile masuk memori kamera dalam komputer, habis semua gambar akan hilang. Lagi sedih nak cuci gambar nanti tak boleh. Hasrat di hati nak beli smartphone baru. Boleh ambil gambar dan terus buat entri kat blog. Betul tak??

 Mana satu smartphone yang okey ekk? Samsung ke Lenovo ke Sony ke Iphone ke? Tapi jika diikutkan hati nak beli Samsung Note 3.

Samsung Galaxy Note 3

pic:kredit en google

atau

Lenovo K860


Lenovo-K860-Quad-core-Android-Smartphone-Price-Philippines1


Dapat yang ni pun dah okey.hehehehe. In shaa Allah ada rezeki nanti mesti dapat. Kumpullah duit dan usaha lebih sikit. Kalau dapat hadiah atau FREE lagi best. Betul tak?

7/12/13

Sayang Iron Man

Cerita dah basi...tapi nak cerita gak.huhuhuhu.

Sayang Iron Man... Itu kata-kata Qistina. Qistina ni pantang je bile sebut Iron Man, mesti dia akan suka. Suka sangat tengok cerita Iron Man, tengok barang yang ada gambar Iron Man lagilah. Fanatik kan. Mana tak yer, masa ari tu nampak maskot Iron Man siap nak kejar lagi. Last-last tak dapat kejar. Sebelum ni dia ada nak patung Iron Man dalam entri ni qistina vs iron man

Alhamdulillah berjaya pujuk Papa beli patung tu. Patung tu taklah mahal mana pun, cuma Papa dia malas nak beli sebab dah terlalu banyak sangat mainan kat rumah. Oleh kerana sayangkan anak dan disebabkan dia merajuk hari tu, Papa pun beli. Bukan main seronok lagi.

 si anak dara yang terlalu fanatik dengan Iron Man

Dah dapat patung siap request nak jumpa Iron man yang orang katanya. Bile Mama kata jauh, dia kata jauh kat mana. Pastu Mama kata kena naik kapal terbang kalau nak jumpa Iron Man. Yang geli hati tu, Qistina tengok Vision Board Mama kata..."Mama gambar kapal terbang ni kita nak pergi jumpa Iron Man ke?" In sha Allah sayang, ada rezeki nanti kita jumpa Iron Man. Pastu dia kata "Mama jual Shaklee banyak-banyak tau". Bijak betul Qistina ni. 


4/12/13

My Bodyguard

Alhamdulillah. Sekejap je masa berlalu. Danish kini dah berusia setahun 2 bulan. Semakin aktif dan ligat. Kekadang tu tak terlayan. Tapi yang paling seronok, Dila dapat jaga Danish sendiri. Dapat lihat perkembangan tumbesaran di depan mata. Sepanjang setahun, Danish kurang sakit. Alhamdulillah anak susu ibu katakan. Susu ibu memang terbaik kan. Inilah dia "my bodyguard".
 




Ke mana saje mama dia pergi mesti nak ikut. Kekadang tu susah juga nak buat kerja rumah. Yelah nak berkepit je kan. Tapi bile cakap elok-elok dengan dia, Danish akan faham dan main sendiri. Danish ni sangat bijak dan faham apa yang kita kata. Sangat memahami jika Mama dia dalam keadaan sedih. Dia akan duduk diam dan tak meragam. Perwatakkan dia jauh berbeza dengan kakak Qistina. Qistina sangat manja.

Senyumannya sangat manis dan menusuk kalbu bile melihatnya. Bak kata Papa Danish....Mat Romeo ni. hehehehe. Untukmu Danish...Jadilah anak yang membanggakan kedua ibu bapa dan jadilah anak yang soleh. Taat perintah Allah dan selalu berkelakuan baik. Mama, Papa dan Kakak Qistina sayang Danish. muaaahhhhhh 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3/12/13

Buffered Earning oh Buffered Earning

Lama rasanya tak dapat Buffered Earning (BE) ni. Last dapat ari tu bulan Oktober. Tu pun jap je dapat. Tulah....siapa suruh tak update blog. Biarkan Blog bersarang dan berhabuk...siapa suruh. Padan dengan muka sendiri. betul tak??

Nak dapat BE banyak kenalah rajin update blog, barulah leh dapat BE baru. Jadi kena buat azam baru ni sebab tak lama lagi kan TAHUN BARU.hehehehehe 

20/11/13

Macam comel je...macam cantik je

Salam semua

Rindunya pada Blog Dilaz Family. Lama tak bercerita dan meluahkan perasaan. Kenangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Tak diabdikan dalam Blog. Sayang yer. Nanti tak dapat nak mengimbau kenangan manis. Kekadang ada blog nie bagus gak. Kenapa, sebab contoh jika kita perlu mengingatkan sesuatu boleh refer pada Blog. Betul tak? Tapi, kalau tak tulis kenangan macam mana nak ingat. Ingat dalam fikiran jelah

Oklah berbalik pada tajuk...macam jomel je...macam cantik je...Siapa yang comel, dan siapa yang cantik. Inilah buah hati Dila. Qistina. Bergaya seorang Inspektor polis. Comel kan. Tersenyum tengok wajah anak sendiri. Cita-cita saya seorang polis. Itu kata Qistina.


 

6/11/13

Buah hatiku

Salam semua

Lama rasanya tak cerita tentang anak-anak. Pejam celik, pejam celik Danish dah genap setahun. Membesar bagai juara. Si bulat Mama ni dan si Domok Papa. Danish sayang kakak Qistina. Suka buli kakak, kakak pun sama suka buli adik. 

Sekarang Dila dah duduk rumah jaga Danish dan status dah bertukar kepada WAHM (Working At Home Mother). Alhamdulillah. Selepas 2 bulan bertukar status ni Dila dah hampir dapat kembali gaji masa bekerja dulu. Itu semua di atas usaha dan kesungguhan serta kesabaran Dila buat bisnes Shaklee. Perjalanan masih jauh. Dila buat bisnes Shaklee nak bantu lebih ramai orang lebih sihat, bantu ramai orang selesaikan masalah kesihatan mereka, bantu lebih ramai orang tingkatkan ekonomi keluarga mereka dan bantu lebih ramai orang bahagiakan orang lain. InsyaAllah

Semoga lepas ini kehidupan kami sekeluarga lebih baik dan kami sentiasa bahagia selalu. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan beri kami sekeluarga kesihatan yang baik. Amin

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Salam Maal Hijrah

Salam 1 Malaysia

Rasanya masih belum terlambat untuk Dila ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Rasa rindu pada Nabi Muhammad s.a.w. Rasa teringin sangat nak pergi ke Mekkah. InsyaAllah satu hari nanti Dila sekeluarga pasti akan ke sana. Bila tahun baru mesti ramai yang pasang azam baru. Betul tak? Walau apa pun semoga tahun baru Islam ini kehidupan anda semua lebih baik dari sebelum ni dan lebih dimurahkan rezeki Allah serta sentiasa sihat dan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

5/11/13

VIVIX SHAKLEE

Bulan ni (November 2013) adalah bulan promosi Vivix. Setiap pembelian 6 botol percuma 1 botol Vivix. Bukan itu sahaja anda boleh dapat FREE MEMBERSHIP dan Cash Rebate pertengahan bulan Disember nanti. Sebelum tu mari kita tengok, apa keistimewaan Vivix nie dan kata orang ramai yang telah menggunakannya.

 
Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Apa kata mereka mengenai Vivix Shaklee?

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee
Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee
Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee


Berminat hubungi:
DILLA Sms/Whatsup 019-7270181
Shaklee ID 892145 
dan LIKE PAGE Danish Mama Shoppe


23/09/13

Satu...Dua...Tiga...Empat

Salam semua dan selamat pagi.

Lama rasanya Dilla tak bercerita di dalam Blog Dilaz Family nie. Rindu rasanya pada semua. Terima kasih pada yang sentiasa setia berkunjung ke Blog Dilaz Family. Sayang korang. Dalam dah lama tak update Blog, Danish bulan depan (Oktober) genap setahun. Sekejap je masa berlalu. Okeylah berbalik pada tajuk entri " Satu...Dua...Tiga...Empat". Apa tu....hehehehehe


Satu... Dilla. Enam tahun yang dulu, Dilla seorang kakak sulung dalam 4 adik-beradik semua perempuan dan anak kepada Encik Suardi bin Jasmin dan Puan Nor Aini bte Sahat.
 



Dua... Pada 01/06/2007, Dilla selamat diijab kabulkan dan menjadi isteri kepada Mohd Norfirdaus bin Sulaiman. Setelah 4 Tahun mengenal hati budi akhirnya kami bersatu. Alhamdulillah. Semoga hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Sayang sangat My Love. Banyak dugaan sepanjang tempoh perkenalan kami.





Tiga... Pada tanggal 17 April 2008, lahirlah puteri sulung kami yang bernama Nur Qistina binti Mohd Norfirdaus. Seorang anak yang comel dan sangat manja dengan keluarga. Lahirnya membawa rezeki kepada kami sekeluarga. Syukur Alhamdulillah.




Empat... Setelah 4 tahun kami bertiga, akhirnya lahir seorang putera kami bernama Muhammad Danish bin Mohd Norfirdaus. Kakak Qistina sudah ada kawan bermain dan sayangkan adiknya. Begitu juga adik terlalu sayang akan kakaknya. Danish seorang anak yang bijak dan tidak banyak kerenah dan sangat memahami Mama dan Papa. Terima kasih sayang


Kini keluarga Dilla lengkap. Dilla sayang keluarga bahagia ini. Setiap kesusahan dan kesenangan kami bersama. Semoga Allah melindungi keluarga kami dan sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin.
Syukur Alhamdulillah.

P/S: My Love request nak 2 anak lagi. Hehehehe. InsyaAllah jika diberi rezeki.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

22/09/13

Ceritaku bersama Shaklee

Sharing is caring

Ceritaku.....
Nama saya Dilla. Dilla seorang isteri dan Mama kepada sepasang anak (Nur Qistina & Muhammad Danish). Dilla berasal dari Pontian, Johor dan sekarang menetap di Melaka. Kisah Dilla dan Shaklee bermula semasa Dilla mengandungkan Danish.

Kenapa....Masa anak pertama Dilla terkilan sangat sebab tak dapat nak menyusukan Qistina sampai 2 tahun. Mungkin masa tu kurang ilmu penyusuan dan niat yang tak bersungguh. Penyusuan hanya dapat dilakukan semasa pantang sahaja dan susu mulai kering. Apa lagi susu formula la sebagai pengganti.

Sejak dari peristiwa itu, Dilla niat nak susukan anak kedua dan seterusnya dengan susu ibu sehingga 2 tahun jika diizinkan. Pencarian info dan tips penyusuan dicari semasa mengandungkan Danish lagi. Dan yang selalu Dilla buat, Dilla akan kata "Anak aku lahir je, aku nak terus susukannya". Bila search tentang "milk booster" atau nak banyak susu mesti keluar Shaklee. Lepas tu ada gak survey harga tanya, emmm mahalnya. Tapi sebenarnya taklah mahal sebab Shaklee nie tahan lama.

Masa dalam pantang Dilla diberi rezeki yang tak disangka. Member tempat kerja bagi Dilla SET MENYUSU SLIMMING sebab dia tak abis makan. Seronok tak terkata masa dapat set tu. Dalam excited rasa sedih lak sebab member lupa cara makan. Dilla pun tanyalah beberapa orang SID SHAKLEE tapi kebanyakkannya layan tak layan. Yelah dah lah tak beli ngan dia pastu tanya macam-macam. Akhirnya Dilla tanya pada Hafsah Mardhiah (my mommy shaklee). Hafsah bantu Dilla cara nak makan macam mana. Baik sungguh hatinya walau tak beli dengan dia, masih sudi melayan.

Baru 2 minggu Dilla makan SET MENYUSU SLIMMING tu banyak nampak perubahan. PERTAMA; tumit kaki tak lagi merekah
KEDUA; Susu banyak sangat dan dapat kumpul stok EBM hingga tak muat peti sejuk
KETIGA; Kulit rasa lembut dan moist
KEEMPAT; Tak de sembelit masa dalam pantang
KELIMA; Berat badan turun 2kg


Sejak dari hari tu, Dilla pun dah jatuh cinta pada Shaklee dan terus daftar jadi Distributor yang sah. Dilla nak share pada semua orang kebaikan Shaklee dan nak bantu semua orang sihat bersama Shaklee. Shaklee banyak mengubah Dilla

Kepada sesiapa yang nak tahu lanjut tentang SHAKLEE nie boleh hubungi DILLA 019-7270181.

20/09/13

My Besday

 Salam semua

Alhamdulillah hari ini Dila masih lagi bernafas di muka bumi Allah dan sihat sejahtera. Hari ini merupakan hari lahir Dila. Semoga Dila sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki Allah. Dila berdoa agar impian Dila tercapai hendaknya. Amin

SELAMAT HARI LAHIR 
buat diriku sendiri


P/S: Best yer kalo ada suprise macam dalam tv atau realiti

16/09/13

SPECIAL OFFER SHAKLEE

SPECIAL OFFER FROM 30/8 UNTIL 16/9. Offer ni saya buat sempena bulan MERDEKA dan sempena bulan BESDAY saya September. Jom order dan beli, tak yah tunggu dan fikir2 lagi. Lambat order anda yang rugi.

Nak tahu lanjut pm DILLA 019-7270181 (sms/whatsapp)


Voucher diskaun tu boleh digunakan untuk next purchase. Exclusive hanya dengan pembelian bersama Dilla sahaja, beli dengan orang lain tak de lah yer. Jangan marah.

Set-set lain pun ada offer, nak tahu lanjut kenalah pm Dilla dulu. Boleh ikut budget kawan-kawan.
Nak tanya-tanya je pun boleh, kalau terus order lagi baik. 

P/S: Niat nak membantu ramai orang sihat dan dapat kebaikan Shaklee ni 
 

12/08/13

Hari Raya 2013

Selamat Hari Raya semua. Seronok raya tahun nie sebab keluarga Dila dah lengkap. Dila dah ada sepasang anak. Kami sekarang berempat. Sekejap je rasanya masa berlalu. Umur pun semakin meningkat. Anak semakin membesar. Semoga keluarga kami sentiasa dilindungi oleh ALLAH dan bahagia selalu. Amin.

 
p/s: Masih dalam mood beraya lagi. Lagi-lagi dapat cuti raya lama.hehehehehe. Jangan jelous. Siapa ada di Melaka, jemputlah datang rumah.
 

8/08/13

SELAMAT HARI RAYA



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dikesempatan ini, Dilla ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog ini sekiranya ada terkasar bahasa semasa dalam penulisan  atau telah menyinggung hati mana-mana pihak. Semoga anda semua sentiasa berbahagia dan gembira di samping keluarga tersayang.

7/08/13

qistina vs iron man

Begitu fanatik Qistina nie dengan Iron Man tau. Setiap movie dia tak pernah miss. Boleh meraung kalau tak dapat Iron Man. Hari tu kat Jalan Hang Tuah ada buat perarakan dan ada maskot Iron Man. Qistina ingat Iron Man betul. Jadi dia nak salam lah Iron Man tu.
Tapi yang sedih Iron Man tak nampak si budak kecik ni. Apa lagi melalak lah dia. Iron Man tu dah mabuk kot, tu yang jalan menonong je.
 

P/S: Qistina tengah nak pujuk Papa beli robot Iron Man yang dia nampak kat Shopping Mall.
 

6/08/13

Rezeki tak disangka

Salam semua.

Baru nak up entri cerita minggu lepas. Sebenarnya Jumaat lepas Dila dapat rezeki tak disangka dari Karangkraf iaitu SET MUKA dari Syahirah Iffah. 
 

Dila sebenarnya lupa masuk apa dapat hadiah ni. Tetiba dapat, rezeki la namanya kan. Yang tak sangka satu set dia bagi. Ingat satu dua je. Alhamdulillah syukur sangat. Baru bercadang nak beli krim muka dah dapat free. Dila nak cuba dulu mana tau serasi boleh terus guna produk ni. Seronokkan dapat barang free.
 

5/08/13

Dilla dan Shaklee

Kisah perjalanan hidupku bersama SHAKLEE.
 
Nama saya Dilla. Dilla seorang isteri dan Mama kepada sepasang anak (Nur Qistina & Muhammad Danish). Dilla berasal dari Pontian, Johor dan sekarang menetap di Melaka. Kisah Dilla dan Shaklee bermula semasa Dilla mengandungkan Danish.

Kenapa....Masa anak pertama Dilla terkilan sangat sebab tak dapat nak menyusukan Qistina sampai 2 tahun. Mungkin masa tu kurang ilmu penyusuan dan niat yang tak bersungguh. Penyusuan hanya dapat dilakukan semasa pantang sahaja dan susu mulai kering. Apa lagi susu formula la sebagai pengganti.

Sejak dari peristiwa itu, Dilla niat nak susukan anak kedua dan seterusnya dengan susu ibu sehingga 2 tahun jika diizinkan. Pencarian info dan tips penyusuan dicari semasa mengandungkan Danish lagi. Dan yang selalu Dilla buat, Dilla akan kata "Anak aku lahir je, aku nak terus susukannya". Bila search tentang "milk booster" atau nak banyak susu mesti keluar Shaklee. Lepas tu ada gak survey harga tanya, emmm mahalnya. Tapi sebenarnya taklah mahal sebab Shaklee nie tahan lama.

Masa dalam pantang Dilla diberi rezeki yang tak disangka. Member tempat kerja bagi Dilla SET MENYUSU SLIMMING sebab dia tak abis makan. Seronok tak terkata masa dapat set tu. Dalam excited rasa sedih lak sebab member lupa cara makan. Dilla pun tanyalah beberapa orang SID SHAKLEE tapi kebanyakkannya layan tak layan. Yelah dah lah tak beli ngan dia pastu tanya macam-macam. Akhirnya Dilla tanya pada Hafsah Mardhiah (my mommy shaklee). Hafsah bantu Dilla cara nak makan macam mana. Baik sungguh hatinya walau tak beli dengan dia, masih sudi melayan.

Baru 2 minggu Dilla makan SET MENYUSU SLIMMING tu banyak nampak perubahan. PERTAMA; tumit kaki tak lagi merekah
KEDUA; Susu banyak sangat dan dapat kumpul stok EBM hingga tak muat peti sejuk
KETIGA; Kulit rasa lembut dan moist
KEEMPAT; Tak de sembelit masa dalam pantang
KELIMA; Berat badan turun 2kg


Sejak dari hari tu, Dilla pun dah jatuh cinta pada Shaklee dan terus daftar jadi Distributor yang sah. Dilla nak share pada semua orang kebaikan Shaklee dan nak bantu semua orang sihat bersama Shaklee. Shaklee banyak mengubah Dilla

Kepada sesiapa yang nak tahu lanjut tentang SHAKLEE nie boleh hubungi DILLA 019-7270181. 

2/08/13

Pengumuman Penting

Salam semua.
 
 Dila nak buat pengumuman penting ni. Dila nak umumkan yang sekarang Dila adalah pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia. SID No 892145. Boleh juga COD di kawasan Melaka (Jusco Melaka, Tesco Melaka dan MYDIN MITC). 

Kepada sesiapa yang berminat  untuk mendapatkan produk Shaklee ini,
boleh pm/sms/whatsapp 0197270181
boleh juga ke Facebook Nurfadilah Suardi

Di antara set-set Shaklee:
~Set Kecantikan
~Set Kesuburan
~Set Hamil
~Set Bersalin
~Set Menyusu
~Set Kurus
~Set Darah Tinggi
~Set Lelaki
~Set Wanita
~Set Kanak-kanak
~macam2 lagi

Setiap set bergantung kepada keperluan anda dan yang pasti harganya pun menarik. Juga ada set budget dan set percubaan. Apa nak tunggu lagi, jom order sekarang dan kita bershaklee
 

19/07/13

Jemput singgah ke Blog DANISH MAMA SHOPPE

 Salam semua.

Dila nak jemput kawan-kawan sudi-sudilah singgah ke Blog DANISH MAMA SHOPPE. Baru je Blog itu dibuat khas untuk bisnes SHAKLEE Dila. 

Kalau sudi FOLLOW lah sekali blog DANISH MAMA SHOPPE tu. Nanti semua dah okey, Dila nak buat GIVEAWAY. Hadiahnya mestilah Supplemen SHAKLEE. Siapa nak angkat tangan.

FOLLOW tau kawan-kawan. Terima kasih daun keladi. Sayang korang.

3/07/13

2/07/13

Danish 8 Bulan

Salam semua

Apa khabar?Sihat tak?Rindunya nak berblog. Rindu sangat nak blogwalking. Rindu nak update apa yang patut. Danish sekarang dah 8 bulan 1 minggu. Cepat je masa berlalu. Perkembangan yang begitu pantas.

Danish sekarang dah merangkak laju. Nak berjalan.Pantang nampak benda boleh panjat mesti nak panjat.Seronok tengok teletah Danish. Inilah dia ragam anak. Paling manja ngan mama dia. Pantang mama lalu,orang lain pun dah tak pantang. Kalau Mama pakai baju cantik lagilah tak nak kena tinggal.huhuhuhuhu


20/06/13

Adik Buli Kakak

Entri dimulakan dengan gambar tanpa bicara. Buat tatapan semua. Adik yang semakin suka membuli kakak.


Pandang kamera




Tengah khusyuk membuli



Berjaya buat kakak nangis

Selamat Pagi

Salam semua
Selamat Pagi. Nak bersihkan Blog nie. Fuhhhhh, nanti Dila update lagi. Banyak benda nak update
See You Later

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails