Salam hari Jumaat
Dihari yang mulia ini Dilaz nak sesuatu untuk semua. Petikan dari buku "Kerana-mu Aku Berubah" tulisan Ruhana Zaki.
Istimewa Ilmu
Ilmu mampu memberikan banyak kelebihan kepada pemiliknya melalui jaminan Allah sepertimana dalam firman-Nya:
"Allah memberi hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak" Surah Al-Bawarah: 269
Ilmu juga dapat meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan manusia.
Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna" Surah Az-Zumar:9
Ilumu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan sesorang itu bertakwa dan mencintai Allah dan Rasul-Nya. Firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu" Surah Faatir:28
P/S: Ilmu itu penting dalam kehidupan kite. Belajarlah selagi boleh. Selamat maju jaya
1 ulasan:
tuntut la ilmu..itu lah di sarankan oleh Nabi kita..
kemudian diamalkan dan kalau boleh disebarkan..
Catat Ulasan