PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

30/12/12

Sabar jela

Baru nak update blog guna pc sebab blackberry ni tak boleh upload gambar.tapi sedihnya tak boleh buka akaun blog guna pc. tak tau apa masalah. sabar jela kan. banyak benda nak update ni. mood tengah semangat nak update blog. lusa dah tahun baru. selamat tinggal 2012,selamat datang 2013. semoga 2013 dilaz lebih berjaya. amin
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

25/12/12

demam selsema

Merry Christmas kepada semua penganut agama Kristian. Hari ni hari kedua Dilaz kena demam selsema. Danish sebelum ni batuk dan selsema.Ni mama dia lak kena.Rasa lemah satu badan.Dilaz kan,lagi demam tak suka duk umah.Suka jalan.Ingat nk pegi main boling
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

15/12/12

Kesabaran dan kekuatan diperlukan

Hari ini hari ke55 Dilaz menyusukan Danish secara ekslusif breastfeeding.Dilaz harap dapat menyusukan Danish sehingga 2 tahun atau lebih 2 tahun. Dalam tempoh 55 hari ni banyak perkara yang berlaku. Yang paling sedih,Susu tertumpah.Kalau sikit2 tak pe. Kekadang tu sampai separuh. Memang dugaan betul kan. sAbar jela.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

12/12/12

Saje nak update

Lama tak update pasal Churp Churp ni. Dua bulan lepas Churp Churp ada masalah dalam sistem dia. Apa masalah Dilaz pun tak pasti. Yang Dilaz pasti Earning Dilaz sebanyak RM 69.++ telah hilang. Dah buat report pada admin Churp Churp tapi masih belum dapat feedback lagi. Sayang tu Earning banyak macam tu hilang begitu saje. Bukan senang nak kumpul tau. Hari-hari kena buka dan share link pada kawan-kawan. Tapi Dilaz sentiasa berdoa kalau ada rezeki InsyaALLAH Earning tu dapat balik.

Walaupun Earning sebelum nie hilang, Dilaz tetap share link Churp Churp nie tak sehinggalah Earning sekarang dapat RM 43.80. Kite jangan berputus asa. Betul tak? InsyaALLAH ada rezeki kite nanti. Dilaz sebenarnya tak sabar nak cash out Earning Churp Churp ni kali kedua. Ramai member-member yang dah cash out banyak kali kan. Dilaz baru terkedek-kedek nak cash out utk kali kedua. hehehehe. TAk pelah pelan-pelan kayuh

 Siapa yang belum mendaftar CHURP CHURP lagi, boleh lah daftar KAT SINI
 

Senyuman Memikat

Anak bujang kesayangan keluarga

 

11/12/12

Dua BE untuk 10 Disember 2012

Sebenarnya nak sedih sebab BE Bulan November dah jadi ME. Tak sempat nak kumpul Earning banyak sikit dah jadi ME. Tapi Dilaz bersyukur sangat sebab NUFFNANG masih sudi ber BE baru sebagai pengganti walaupun Blog nie kejap update kejap tak. huhuhuhu. Itu namanya rezeki anak-anak. Niat dihati memang nak jadi blogger tegar, namun idea kekadang kering kontang. Bile ada idea ada je halangannya. Cobaan kan.

NUFFNANG bagi Blog Dilaz Family sekali 2 BE baru. BE Sardine Ayam Brand dan Takasima.
Harap kedua-dua BE ni menyumbang Earning yang banyak sebelum penutup 2012. Mana tahu dengan rezeki ALLAH ni dapat Dilaz capai impian dan hajat Dilaz untuk beli .................
Apa-apapun terima kasih pada NUFFNANG yang sentiasa beri BE pada Blog Dilaz Family. Lepas nie beri lah BE banyak-banyak lagi.

 



Alhamdulillah setakat ni untuk Tahun 2012 BE Blog DilazFamily sebanyak 24. Harap ada lagi BE masuk sebelum tutup tahun 2012 dan semoga Tahun 2013 BE Blog DilazFamily semakin bertambah lagi. Ini semua untuk keluarga tersayang.

Stok susu EBM

 Rasa teruja dan semakin bersemangat bile buka freezer. Sebab seronok tengok stok susu EBM untuk Danish semakin banyak. Dilaz berterima kasih sangat pada Fieza sebab beri produk Shaklee . Shaklee nie memang baik dan berkesan sebagai milk booster. Tapi harganya lak memanglah mahal sikit. Bagi yang ada rezeki lebih bolehlah beli. Dilaz pun buka beli, ini pun kawan yang bagi. Cuba dulu kalau ok leh kumpul duit beli nanti.

Ini stok susu utk Danish setakat 9 Disember 2012. Jumlah sebanyak 182oz. Sekarang kalo buat power pumping boleh dapat 6-7oz. Alhamdulillah. Tapi kena minum banyak air lah. Sebab tekak terlalu haus sangat kalau kurang minum air.


Danish masa check up sebulan lebih pada 27/11/12 berat dia 5kg. Tak sabar nak pergi check up 2 bulan. Harap Danish membesar dengan sihat dengan minum susu ibu ini. Doakan Dilaz dapat menyusukan Danish sekurang-kurangnya 2 tahun. InsyaALLAH

 

10/12/12

Teringin punya pasal

Dah macam orang mengandung lak. Padahal dah bersalin pun. Tekak ni macam-macam teringin yer. Nak makan steamboat la, Seafood la, Durian Crepe la, itu la ini la...macam-macam la. Dalam banyak-banyak yang teringin dapat makan nie dulu. Pizza..tapi beli Brand Tesco buat sendiri kat rumah.

Inilah hasilnya. Pizza Hawaiian. Sedap gak tapi cepat sejuklah pizza ni kena cepat-cepat makan pas bakar.


Lepas nie nak cuba brand lain lak. Nasib baik Dilaz beli hanya 2 kotak je. Kalo beli banyak tak tau nak simpan mana sebab freezer dah penuh ngan Susu Ibu (SI).
 

Shaklee-Terima kasih Fieza

"Jika kite baik dengan orang mesti orang akan baik ngan kite kan. Yang penting jangan buat masalah ngan orang". Itu kata My Love pada Dilaz. Okeylah berbalik pada tajuk entri. Terlebih dahulu Dilaz nak ucapkan terima kasih pada Fieza (kerani di Ofis Dilaz bekerja) sebab bagi Dilaz produk Shaklee nie. 

Dilaz memang nak beli produk Shaklee ni nak cuba tapi disebabkan harganya yang mahal sikit jadi simpan dulu niat nak beli. Lagipun tengah kumpul duit nak beli Breastpump yang ok sikit. Tapi Alhamdulillah rezeki namanya. Fieza bagi Shaklee ni pada Dilaz. Produk Shaklee yang dia bagi ialah ESP (Energizing Soy Protein), Alfalfa Complex dan Lecithin. Fieza kata dia tak abis guna jadi dia bagilah Dilaz. Dari buang baik bagi orang katanya. Terima kasih Fieza sekali lagi.


Sejak makan Shaklee ni Alhamdulillah rezeki utk Danish semakin bertambah. Rezeki apa....nanti Dilaz sambung di entri lain. Tunggu
 

5/12/12

Sepasang Anak

Alhamdulillah dah sepasang anak Dilaz. Yang pertama anak perempuan dan kedua anak lelaki. Kedua-duanya lahir di Melaka tetapi Hospital yang berbeza. Anak pertama Dilaz dan My Love bernama NUR QISTINA BINTI MOHD NORFIRDAUS dan anak kedua pula MUHAMMAD DANISH BIN MOHD NORFIRDAUS. 

 NUR QISTINA BINTI MOHD NORFIRDAUS
 
Lahir pada 17 APRIL 2008 jam 3.58 pagi
Berat 2.84 kg
Panjang 50 cm
Lilitan kepala 30cm
Lahir di Hospital Pantai Melaka
.
.
..
.
.

MUHAMMAD DANISH BIN MOH NORFIRDAUS


Lahir pada 21 OKTOBER 2012 jam 10.41 malam
Berat 3.40 kg
Panjang 50 cm
Lilitan kepala 32cm
Lahir di Hospital Besar Melaka

Kedua-duanya lahir sama panjang. Kakak lagi bertuah sebab lahir di Hospital Swasta, rezeki dia masa tu. Anak sulung kan semua nak yang terbaik. Adik dia lak masa tu budget kurang, tapi InsyaALLAH ada rezekinya nanti. Dilaz percaya setiap anak ada rezeki masing-masing. Semoga kehadiran kedua cahaya mata ini memberi sinar bahagia kepada keluarga dan sentiasa dimurahkan rezeki.
 

4/12/12

Last Day....

Alhamdulillah. Hari nie hari ke-44 Dilaz berpantang, kiranya last day lah. Tak sabar nak berjalan-jalan kat Shopping Mall. Cuma beza sekarang tambah ahli baru dalam keluarga kami. Jadi lengkaplah keluarga Dilaz. Syukur sangat-sangat di atas rezeki Allah ini. Semoga dengan kehadiran Baby baru bertambah rezeki kami sekeluarga AMIN. 

Dilaz pun tak sabar nak bekerja semula. Duduk rumah je pun boring gak. Hehehehehehe. Orang dah biasa bekerja, bile tak kerja rasa macam katak di bawah tempurung lak. Bosan sangat. Tapi nasib baik ada si kecil, hilanglah sikit boring. Tau-tau dah pagi pas tu petang dan malam. Kejap je masa berlalu kan.
 

1/12/12

Selamat Pengantin baru

Hari ini hari persandingan Mak Uda Qistina dan Danish


SELAMAT PENGANTIN BARU

"Semoga bahagia selalu dan kekal hingga ke akhir hayat.Amin"
  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails