PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Konvokesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konvokesyen. Papar semua catatan

30/11/14

Cabutan Bertuah Ibu Bapa

Assalammualaikum semua. Selamat hujung minggu. Masa Konvokesyen Qistina Dilla dapat cabutan bertuah Ibu bapa. Alhamdulillah tak sangka bertuah hari tu. Selalu susah nak bertuah, mungkin itu rezeki Dilla dan Dilla betul-betul guna tektik LUA masa dalam Ballroom tu. Berhasil dengan izin Allah.

Inilah dia hadiah tu
 

dan hadiah dalam sampul tu


bekas kuih. Raya tahun depan InsyaAllah boleh guna ni

Tak menang sweet couple tapi menang cabutan bertuah pun dah kira okey. Janji pulang tidak dengan tangan kosong. Ada juga bawa hadiah balik. hihihihi. Terima kasih kepada Puan Mila (Guru Besar Tadika Damai Cemerlang)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

29/11/14

Konvokesyen Part 3-Penyampaian Hadiah

Last cerita tentang Konvokesyen Qistina iaitu penyampaian hadiah. Alhamdulillah Qistina dapat no 3 dalam peperiksaan akhir tahun. Jadi dapatlah Qistina naik pentas ambil hadiah. 





Qistina 6 Lily



Ambil hadiah dan piala


dan

Penyampaian sijil Konvokesyen

 


Ini bukan Qistina, Qistina kata pelajar ni jalan dulu patutnya dia belakang Qistina. tu yang dia marah sangat pas ambil sijil 





Haaa betul tak Qistina kata, gambar tu buktinya





entah apa yang Qistina pandang pun tak tahu. Danish lak sibuk nak amik scrol dan bunga kat tangan kakak dia

Last tapi tak last sangat pun




Dapatlah ambil sekeping gambar Qistina buat kenangan. Ini pun susah nak ambil gambar dia. Macam-macam hal 



Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH 

28/11/14

Konvokesyen Qistina Part 2-Persembahan

Dilla nak sambung cerita Konvokesyen Qistina. Part 1 boleh BACA SINI. Part 2 ni banyak tentang persembahan pelajar-pelajar Tadika Damai Cemerlang dari 4 tahun ke 6 tahun. Rasa kagum dan bangga tengok teletah mereka beraksi di atas pentas. Sangat happening. Jom tengok (gambar je)


Persembahan "Aci-aci buka pintu" dari pelajar 6 tahun



Coral Speaking pelajar 6 tahun 



Tarian Bollywood dari pelajar 6 tahun


dan


Qistina 3 dari kanan (depan)

Persembahan 1001 Malam dari pelajar 6 tahun

emmm baru perasan gambar yang diambil semua persembahan 6 tahun, yang 4 dan 5 tahun Dilla tak ambil. uhuhuhuhu. Jangan marah na. Esok Dilla sambung dengan penyampaian hadiah lak
 
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH 

27/11/14

Konvokesyen Qistina Part 1

AllahuAkhbar..Alhamdulillah. dapat juga Dilla share cerita tentang Konvokesyen Qistina di Hotel King Melaka pada 15 November 2014 (Sabtu). Qistina belajar di Tadika Damai Cemerlang. Sekejap je masa berlalu sekarang Qistina dah 6 tahun. Tahun depan dah masuk Darjah 1. Lagi berat tanggungjawab dan perhatian perlu diberikan kepada Qistina. Okeylah berbalik pada cerita konvokesyen tu. Dilla akan buat Part-part sebab banyak gambar yang diambil dan nak share kat sini.

Pendaftan bermula jam 8 pagi, tapi 7.30 pagi kami dah sampai. Jadi lepak jap kat lobi hotel dan selfie.


Kami berempat..Papa tu sibuk sangat ngan hp dia


Dilla ada snap gambar Qistina ngan Danish di lobi tapi lupa nak transfer dalam komputer lak. Takpelah lain kali. Kul 7.45 pagi kitaorang pun naik kat Ballroom. Ingat lum ada yang datang, rupanya ada yang datang lebih awal dari kami.








Masa pendaftaran ibubapa dapat 1 beg warna pink yang mana dalam tu ada Fridge Magnet ni, sebuku roti Gardenia (yang RM 0.80), sebotol air mineral dan sekotak air soya. Tapi dapat 1 beg je, ingat dapat 2. Opppss lupa lak dalam tu ada sekali segulung sijil Qistina, cikgu bagi awal-awa sebab nanti takut tertukar. Sekali Dilla buka sijil tu memang salah nama (sebab cikgu salah bagi beg). 





Hari Graduasi Tadika Damai Cemerlang 2014 gabungan 2 cawangan Bukit Katil Damai dan Taman Merak Mas. Ikutkan aturcara majlis bermula jam 9 pagi tapi 9.30 pagi baru bermula. Acara dimulakan dengan kedatangan VIP Jemputan dan diiringi dengan pelajar-pelajar 6 tahun yang memakai baju jubah konvo.


Macam Mama masih kecil dulu

Nampak tak Qistina yang tengah tersenyum tu. Mood masih baik sebab masih bersemangat. Mereka menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka dan lagu Ya Hanana

Kita sambung di Konvokesyen Qistina Part 2
 

15/11/14

Ready set go

Kami sedang bersiap-siap nak pergi ke Konvokesyen Qistina. Semoga dipermudahkan perjalanan dan semuanya berjalan dengan lancar. Amin

Ready set go
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails