PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

29/09/10

Ibu Hadif GA

Hihihi... meh lah join Giveaway Ibu Hadif. GA yang paling senang setakat nie tau. Harap2 Ibu Hadif pilihlah Mama Qistina jadi pemenang.AMIN.

Senang jer Syarat Penyertaannya :~

First, mesti Terbuka kepada follower Ibu Hadif dan
Kedua, hanya perlu tinggalkan komen di ruang contest
Akhir sekali, Tarikh tutup penyertaan  adalah pada 11 Oktober 2010.

Hadiahnya sangat menarik :~

Hadiah pertama : 2 helai shawl + duit raya
Hadiah Kedua : 2 helai shawl

p/s: Teringin nak pakai tudung shawl tu ....tapi tak nak beli, nak dapat free....hehehe

24/09/10

Hari Raya Aidilfitri 2010-Part 2

Raya Part 2 nie cerita masa Raya kat Johor. Balik Johor jap jer sebab cuti tak lama. Jalan pun tak banyak tempat, macam penat jer. Perut lak macam meragam sebab makan macam2 kot. 

Mula2 saya nak cerita sikit. Saya anak sulung daripada 4 orang Adik-beradik. Adik2 saya semuanya perempuan. Pertama dah Kahwin, Kedua dah Kahwin, Ketiga dah Tunang dan Yang Bongsu dah Berpunya. Heheheh.... Mak Kiteorang dah lama meninggal dunia, Tapi Abah kahwin lagi satu. Dalam gambar kat bawah nie adalah Mak Tiri kiteorang.

Inilah gambar raya 2010 kiteorang. Punyalah lama nak tunggu semua orang bersiap dan kumpul. Tak de tema tahun nie...Tema adalah Warna Rojak.







Hari Raya Aidilfitri 2010-Part 1

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam tak kira di mana berada. Jemputlah datang ke rumah.

Raya tahun ni tak berapa meriah buat saya sebab kena keje raya pertama. Dah lah tahun nie giliran raya kat Johor, tapi tak dapat lik sebelum raya dan sambut raya pertama kat Johor. Tapi nasib baik masuk keje pukul 1.00 petang, tak macam dulu kat Outlet lama kena masuk pagi2. Sedih ..
Walaupun masa singkat nak beraya, tapi sempat gak posing pagi raya....Di bawah nie keluarga My Love @ Adik2 ipar saya. Mertua busy lah masa nie.


 Keluarga Bahagiaku (tema 2010=coklat)


 Adik2 My Love @ Adik Ipar saya

Kenangan bersama Pakcik N Makcik Qistina

p/s:Harap2 tahun depan dapat raya lama sikit dan ada penambahan ahli keluarga. AMIN.

Cerita Pose 2010- Part 2

Ini lak entry terakhir bulan pose pada Tahun 2010. Mudah-mudahan tahun seterusnya kite akan berjumpa lagi. Amin. 

Kali terakhir buka pose kat luar disebabkan Nenek Chu Qistina @ Busu @ Puan Roslina belanja makan kat Botanical Cafe Ayer Keroh, Melaka. Kebetulan hari Busu belanja masa tu Besday saya (2/9/2010)...genap 27 tahun. Tak sangka lak ada insan yang bermurah hati. hehehe jangan mare.

Ini antara gambar yang sempat disnap sebelum dan selepas makan.


Ini semestinya Saya @ Dilaz ...masa nie tengah kurus sikit sebab pose

Busu @ Nek chu Qistina (sponsor Buka pose)

Gambar Candid tengah khusyuk dengar Datuk Qistina cerita
(dari kiri: Pak Ngah, Pak Ucu dan Nenek Qistina)

Loving Couple Forever N Ever (My Love N Me)

P/S : Terima kasih Busu belanja makan






Besday Mama

Seronok My Love celebrate besday saya kat Secret Recipe. Besday Dilaz bulan pose, so celebrate waktu buka poselah. Ramai sangat orang. My Love booking dulu, takut tak de tempat. Almaklumlah bulan pose. So, saya nak kongsi gambar2 yang telah di snap masa kat Secret Recipe tu.


My Love N Qistina

Qistina tengah lapar...tapi tak nak makan nasi

Jus Tembikai Kegilaan Saya

My Love pilih Hot Mocha rasanya...tak bape ingat

Spagetti makanan kegemaran Saya...My Love pilih Nasi Goreng Tom Yum. 
Lupa nak amik gambar sebab dah Buka pose masa tu

P/s :  Terima kasih Abang sebab bawa Sayang makan kat Secret Recipe. Sayang Selalu

Cerita Pose 2010- Part 1

Fuuhhhh...Lama rasanya tak update Blog saya nie. Ok....mula-mula saya nak kongsi cerita bulan pose 2010. Pose kali nie first time pose kat umah sendiri. Penat gak rasanya. Tapi yang seronok tak banyak masak sebab ada yang sponsor belanja Berbuka Puasa tau. Hehehehe....nak tahu sapa yang belanja makan tu?
Dibawah ni saya ada gambar masa bulan pose tu..
Nek Chu, Mak Long, Moyang dan Pak Acik Qistina

 Ini makanan Mama Qistina

Yang nie makanan Qistina

Datuk, Nenek dan Pak Ucu Qistina
(sedapkan aiskrim tu...banyak Pak Ucu amik)

Masa nie Pak Acik Qistina belanja makan masa nie. Pak Acik Qistina sekarang dah jadi tauke Handphone tau.  Dua hari lepas PaK Acik Qistina belanja makan, Moyang Qistina lak belanja makan. Terima kasih semua.



17/09/10

Sweet & Cute Baby 'Exploration Time' Contest

 Alhamdulillah. Akhirnya kite semua dah selamat Berpuasa selama sebulan dan kini kita sudah pun Menyambut Hari Raya Puasa yang Ke-8. Sekejap kan dah lapan hari kite beraya.
 Dikesempatan ini juga, saya nak join contest anjuran Mamalieyna. Tibe2 raya teruja nak join sebab ada hadiah Upin & Ipin tu. Anak saya (Qistina) minat giler Upin & Ipin.


Untuk pengetahuan semua contest ini bermula 8 September 2010 dan berakhir pada 20 Oktober 2010.
Dan semestinya mesti jadi follower ini (http://mamalieyna.blogspot.com) dan ini (http://mamalieynaforcontest.blogspot.com)

Nak tahu hadiah contest ini pulak, jangan lupa klik sini

Oklah ini gambar Qistina yang akan dipertaruhkan

  Nama Anak: Nur Qistina Binti Mohd Norfirdaus
uMUR aNAK : 2 Tahun 5 Bulan
Cerita Gambar: Gambar ini diambil masa Qistina tunggu Bapak dia Jumpa doktor. Dia sibuk nak bawa kete tu sebab Bapak dia tak de. Apa lagi, Mama Qis pun amik lah gambar Qis. Ada gaya Drift Women tak?

7/09/10

Selamat Hari Raya

Salam....Dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin sekiranya sepanjang masa berblog ada menyinggung hati mana-mana pihak. Saya hanyalah insan biasa yang tidak lari melakukan kesilapan. Maaf dipohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Kepada sesiapa yang mengenali saya, jemputlah datang ke rumah Hari Raya nanti. Kedatangan anda dialukan. Selamat Blik Kampung dan Beraya. Berhati-hati ketika memandu. Selamat pulang ke kampung halaman. Jumpa lagi

2/09/10

Gorgeous Baby In Kemeja @ Dress

Nak join GA Lagi. Kali nie anjuran Mama Balqis.

Tajuk GA ialah "Gorgeous Baby In Kemeja @ Dress". Di bawah nie Banner contest


Contest berakhir pada 19 September 2010. Nak tahu lebih lanjut klik sini yer

Di bawah nie lak sponsor2 bagi GA Mama Balqis

 




ok....ini gambar Qistina untuk GA ini. Harap-harap ada rezeki nak menang


Serius lah Qistina masa nie. sajer jer nak join GA nie.
Reason: saya follow blog Mama Balqis dah lama, sebab saya suka tengok Balqis. Dia cute dan ada potensi jadi model kecik. Cute sangat dan pandai bergaya

Contest Senyuman @ Happy Birthday Farisyah

Happy becoming Birthday untuk Farisyah. Sama bulan ngan Aunty Dila.hehehe.
Nak join contest Mama Farisyah


Contest ini akan berakhir 8/9/10 jam 5.32petang, dan nak tau detail mestilah klik sini

ini lak gambar Qistina untuk contest nie


Nama: Nur Qistina Binti Mohd Norfirdaus
Tarikh Lahir: 17 April 2008


1/09/10

Little Princess/Prince of Posing Contest

http://ibuayahdamia.blogspot.com/Hai semua. Hari nie saya rasa macam seronok...tapi ada rasa berdebar sikit. Tak tahulah kenapa. Tak pelah biarkan jelah perasaan itu berlalu.

Sebenarnya hari nie saya nak Join Contest tajaan Ibu Damia (Little Princess/Prince of Posing Contest).

 contest berakhir 20/09/2010

Manalah tahu menang dan rezeki Hari Jadi saya (2/9/1983) tahun ini. AMIN. Saya suka masuk contest-contest nie. Lagi2 contest melibatkan si cilik...apalagi anak sayalah (Qistina) akan jadi mangsanya. So inilah gambar anak saya untuk contest tersebut.

Nama Si Manja: NUR QISTINA BINTI MOHD NORFIRDAUS
Umur Si Manja: 29 BULAN (17 APRIL 2008)
Story: Gambar nie diambil lepas Qistina mandi. Dia nak sangat pakai baju cantik walaupun duduk kat rumah. So, apalagi pas pakai baju cantik, dia pun posinglah depan kamera.

Contest ditaja oleh:


Sesiapa yang berminat lehlah buka laman web nie klik sini tau. Segala terma dan syarat ada dalam Blog Ibu Damia. Selamat Mencuba dan berjaya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails