PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/12/16

Cash Out Kali Ke-3 8 Share

Alhamdulillah dapat Cash Out lagi Earning 8 Share buat kali ketiga. Mama QD tak sabar nak tunggu lama-lama, jadi bila cukup je terus tekan button Cash Out. 

Earning 8 Share

Sikit pun duit tau. Siapa nak bagi betul tak?




Kali ini cepat proses pembayaran. Tak silap macam seminggu lepas Cash Out duit terus masuk dalam akaun. Tahun 2017 nak kena lebih share untuk dapat lebih Earning ๐Ÿ˜‰.

8 Share ni juga salah satu side income tau. Daftar FREE je dan pas daftar boleh terus share dan bila orang klik dapatlah earning. Mudah je. 

Nak Daftar KLIK SINI

Minta maaf

*Antara mereka2 yg rajin mintak maaf :-*

1)Operator-
Harap maaf, nombor yg anda panggil tiada dalam perkhidmatan

2)Mesin ATM
Maaf, baki anda tidak mencukupi

3)Centre2 prepaid
Maaf, panggilan anda telah disekat. Sila tambahkan nilai untuk menyambung kembali perkhidmatan kami

4) Astro
Maaf, siaran ini tidak termasuk dalam langganan anda.

Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita? 

Oleh itu... Mama QD pun nak mintak maaf pada semua andai ada kata2 dalam entri yg mengguris perasaan anda semua tanpa sengaja. 

*Jumpa lagi esok, Tahun Hadapan 2017 !!!* 

24/12/16

Mood bercuti On

Alhamdulillah impian nak pergi Fraser's Hill tercapai. Dilla ada buat entri ni BILA DAPAT PERGI SINI. Jadi mood bercuti On. Yahoo !!!! Semoga dipermudahkan urusan dan semuanya indah-indah. Ini percutian bersama keluarga My Love. Percutian tahunan kali ini jauh sikit. Kami bercuti di Fraser's Hill. Dah booking hotel di Puncak Inn Fraser's Hill.

Puncak Inn Fraser's Hill 


Tak sabar rasanya. Selamat bercuti kawan-kawan.

23/12/16

Tetamu VVIP di Majlis perkahwinan Fareez dan Ain

Tetamu VVIP kami.

Papa QD 

.



Majlis perkahwinan Fareez dan Ain-Part II

Sambungan entri majlis perkahwinan Fareez dan Ain. Ini majlis resepsi sebelah pengantin perempuan. 

Raikan cinta Fareez dan Ain 


Wefie rombongan pengantin lelaki. Berpeluh tunggu nak berarak. Huhuhuhu


Abang pengantin, bapak pengantin, mak pengantin dan kakak ipar pengantin 


Dah mula berarak. 


Pengantin lelaki 


Sesi bergambar bersama pasangan pengantin.


Keluarga belah pengantin lelaki 


Kami sekeluarga bersama pasangan pengantin.

Dilaz Family 


Gambar majlis belah lelaki tak sempat snap. Ada 2 keping ni je. Gambar banner dan Qistina bersama Pak Ngah dan Mak Ngah.

Majlis belah pengantin lelaki 

Say Peace ✌

Qistina, Mak Long, Pak Ngah dan Mak Ngah 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

16/12/16

Majlis perkahwinan Fareez dan Ain-Part I

Cerita berbulan-bulan lepas dan entri duk terperap lama dalam draft. huhuhuhu. Alhamdulillah syukur selesai majlis perkahwinan adik My Love.....Fareez dan isterinya Ain.

Nikah pada 9.9.2016. Banyak gambar tapi Mama QD hanya simpan di sini gambar-gambar yang ada Mama QD sekeluarga. Yang lain Mama QD tak masukkan ๐Ÿ˜ƒ.


Hantaran belah lelaki 


Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Inilah dia pengantin baru 


Fareez dan Ain

.

Banner perkahwinan 

Malam berinai 



.

Gambar sekeluarga bersama pengantin 

Alamak gelap lak gambar. Okeylah dari takde.

Entri bersambung๐Ÿ˜






12/12/16

Tentang Rasulullah S.A.W

*BIODATA RASULULLAH S.A.W*

๐Ÿ–Œ *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

๐Ÿ–Œ *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

๐Ÿ–Œ *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
๐Ÿ–Œ *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
๐Ÿ–Œ *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
๐Ÿ–Œ *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
๐Ÿ–Œ *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
๐Ÿ–Œ *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

๐ŸŽˆ *USIA 5 TAHUN*

๐Ÿ’“ _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

๐ŸŽˆ *USIA 6 TAHUN*

๐Ÿ’“ _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

๐ŸŽˆ *USIA 8 TAHUN*

๐Ÿ’“ _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

๐ŸŽˆ *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

๐Ÿ’“Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
๐Ÿ’“Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

๐ŸŽˆ *USIA 20 TAHUN*

๐Ÿ’“Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

๐Ÿ’“Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

๐ŸŽˆ *USIA 25 TAHUN*

๐Ÿ’“Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

๐Ÿ’“Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

๐Ÿ’“Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

๐Ÿ’“Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

๐ŸŽˆ *USIA 35 TAHUN*

๐Ÿ’“Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

๐Ÿ’“Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

๐Ÿ’“Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

๐ŸŽˆ *USIA 40 TAHUN*

๐Ÿ’“Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

๐ŸŽˆ *USIA 53 TAHUN*

๐Ÿ’“Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

๐Ÿ’“Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

๐ŸŽˆ *USIA 63 TAHUN*

๐Ÿ’“Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

๐Ÿ’š Khadijah Binti Khuwailid.
๐Ÿ’šSaudah Binti Zam'ah.
๐Ÿ’šAisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
๐Ÿ’šHafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
๐Ÿ’šUmmi Habibah Binti Abu Sufyan.
๐Ÿ’šHindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
๐Ÿ’šZainab Binti Jahsy.
๐Ÿ’š Maimunah Binti Harith.
๐Ÿ’š Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
๐Ÿ’š Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.๐Ÿ’œ Qasim
2.๐Ÿ’œAbdullah
3.๐Ÿ’œ Ibrahim
4. ๐Ÿ’œZainab
5.๐Ÿ’œ Ruqaiyah
6.๐Ÿ’œUmmi Kalthum
7.๐Ÿ’œFatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

๐Ÿ’™Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
๐Ÿ’ž  _"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู…

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

๐ŸŽฏ *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

๐Ÿ’“Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

๐Ÿ’ž Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
๐Ÿ’žAku melihat cahaya dari lidahnya.
๐Ÿ’ž Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
๐Ÿ’ž Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
๐Ÿ’žRasulullah umpama matahari yang bersinar.
๐Ÿ’ž Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
๐Ÿ’ž Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
๐Ÿ’ž Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
๐Ÿ’ž Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
๐Ÿ’ž Wajahnya seperti bulan purnama.
๐Ÿ’ž Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
๐Ÿ’žUrat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
๐Ÿ’ž Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
๐Ÿ’žGaris-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
๐Ÿ’žHidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
๐Ÿ’ž Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
๐Ÿ’ž Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
๐Ÿ’žApabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
๐Ÿ’ž Janggutnya penuh dan tebal menawan.
๐Ÿ’žLehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
๐Ÿ’ž Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
๐Ÿ’ž Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
๐Ÿ’ž Rambutnya sedikit ikal.
๐Ÿ’ž Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
๐Ÿ’ž Rambutnya terbelah di tengah.
๐Ÿ’žDi tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
๐Ÿ’ž Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
๐Ÿ’ž Seimbang antara kedua bahunya.
๐Ÿ’žPergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
๐Ÿ’ž Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
๐Ÿ’ž Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
๐Ÿ’ž Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
๐Ÿ’ž Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
๐Ÿ’žWarna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
๐Ÿ’ž Warna putihnya lebih banyak.
๐Ÿ’ž Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
๐Ÿ’ž Warna kulitnya putih tapi sihat.
๐Ÿ’ž Kulitnya putih lagi bercahaya.
๐Ÿ’žBinaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
๐Ÿ’ž Badannya tidak gemuk.
๐Ÿ’žBadannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
๐Ÿ’ž Perutnya tidak buncit.
๐Ÿ’žBadannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

๐ŸŽฏ *KESIMPULANNYA* ๐ŸŽฏ:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

SALAM MAULIDUR RASUL 

11/12/16

Upside Down House Melaka

Bulan ni tengah cuti sekolah, jadi ramai keluarga yang sibuk bercuti sana sini. Jika anda datang ke Melaka jangan lupa singgah ke Upside Down House. Bagi yang suka posing mesti sakan bergambar. Kami sekeluarga kekok je bergambar.  Tapi sayang masa ni Qistina takde sebab Qistina tinggal kat umah nenek dia.

Meh layan gambar kami sekeluarga.

Upside Down House 


.


Tiket masuk upside Down House 


.

Dilazfamily 


.

Papa dan Danish 


.

Dilazfamily 

.

Mama dan Danish

.

Ini je gambar yang ada. Bateri low nak ambil gambar banyak tak boleh ๐Ÿ˜‚. Okey lah janji ada kan. Di bawah ini detail untuk ke Upside Down House di Melaka.

Upside Down House Melaka Address:
G12 & G14, Jalan PM 7,
Plaza Mahkota,
Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Waktu operasi :
Isnin - Khamis : 10.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat - Ahad/Cuti Am : 10.00 pagi - 9.00 malam

Harga tiket : Dewasa RM 15, Kanak-kanak RM 10
*Kanak-kanak bawah 90 cm, PERCUMA 
Tel: +6011 10722260


10/12/16

Mama QD

Lepas ni gelaran Dilaz akan bertukar menjadi Mama QD. Senang sikit nak menulis dan takdelah pening kejap Dila kejap Mama QD. Nak selaraskan dengan nama gelaran di Facebook dan branding diri sendiri. Lebih senang orang nak kenal dan ingat Mama QD kan. 

Mama QD dengan Qistina dan Danish 


Nama blog tak tukar kot sebab malas nak kacau coding Nuffnang. Salam perkenalan kepada follower baru Mama QD๐Ÿ˜‰.

Selamat hujung minggu

Assalammualaikum

Lama tak up gambar sendiri ๐Ÿ˜ƒ. Selamat hujung minggu. 

Mama QD 

Semoga gembira selalu bersama keluarga tercinta. Selamat bercuti kepada semua anak-anak yang bersekolah. Hari ini Dilaz nak pergi kenduri kahwin. Apa plan kawan-kawan hari ini?

19/11/16

Keputusan peperiksaan Qistina-Tahun 2

Keputusan akhir tahun untuk Tahun 2 dah dapat. Alhamdulillah walaupun Qistina tak dapat no 1, Mama tetap bangga dengan Qistina. Qistina dapat no 13 dari 42 orang pelajar dengan keputusan 5A 1B. B tu Matematik. 


Keputusan peperiksaan Tahun 2


Markah paling tinggi ialah Bahasa Inggeris Penulisan 98%. Qistina seronok dan tak percaya leh dapat markah tinggi tu. Salah satu je sebab tulis huruf tak betul. Sepatutnya R tapi Qistina tulis S. Bahasa Melayu penulisan turun markah berbanding keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Matematik A turun ke B. Bahasa Melayu pemahaman naik B ke A. Macam tulah keputusan peperiksaan Qistina.

Qistina ni liat sikit nak buat ulangkaji dan latihan kat rumah. Papa dia kata Qistina ni jenis fokus masa belajar. Kalau Qistina rajin belajar dan ulangkaji mesti keputusan lebih baik. Tapi takpe lah janji Qistina faham apa yang dia belajar dan tahu membaca dan mengira.

17/11/16

Emmm

Hari ini dah 17 November, tapi tak de update untuk November. Emmm napa malas sangat ni Dilaz. Wake up.......wake up. Cepat update entri. 

Kemaskini blog

Dilaz tengah kemaskini blog. Tak tukar template tapi nak buang mana yang tak patut. Nak tambah bloglist baru. Meh siapa nak Dilaz letak blog dia dalam bloglist ni, leh komen kat bawah. 

Salam perkenalan untuk rakan blogger yang baru. Follower yang lama terima kasih sudi singgah dan komen di sini. Terima kasih banyak-banyak๐Ÿ˜

29/10/16

Menabung dengan Tabung Kertas dan Syiling

Ni tabung Danish, Pinky gitu ๐Ÿ˜œ. Tabung Number Bank atau kata lain tabung ATM. Kenapa ATM sebab nak buka tabung ni kenalah masukkan password. Orang lain tak dapat buka tabung jadi selamat sikit. 

Tabung Money Safe 

Danish suka simpan duit dalam ni sebab laju je tabung ni sedut duit. Tabung ni Boleh simpan duit kertas dan juga duit syiling. Hari-hari minta Mama duit sebab nak masuk dalam tabung. 

Danish nak kumpul duit beli mini Scooter tau. Nak tabung macam Danish cari Mama QD ๐Ÿ˜. Macam-macam jenis tabung ada dijual. Boleh cari tabung unik yang lain di Facebook Page Mama QD Shoppe ๐Ÿ‘‰ https://m.facebook.com/Mama-QD-Shoppe-235695703155204/

Happy Deepavali

Happy Deepavali

Happy Deepavali 

25/10/16

Thai Malay Expo Melaka 2016

Berita baik untuk pengemar makanan Thai ni. Thai Malay Expo Melaka 2016 akan berlangsung pada 27 Oktober sehingga 2 November 2016 di Dataran MITC (Melaka International Trade Centre). Masa dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Siapa berkelapangan bolehlah datang ke sana ๐Ÿ˜ƒ. 

Thai Malay Expo Melaka 2016

24/10/16

Kek Besday Danish

Dah 4 tahun baru nak dapat kek sebiji. Tahun sebelumnya selalu Mama belikan Danish kek slice je. Tahun ni dapatlah Danish sebiji kek Secret Receipe ni.

Kek Secret Receipe 


Tak sabar-sabar nak tiup lilin tu



Posing dulu sebelum potong kek




Tak sabar nak potong kek Besday boy ni. Nampak kegembiraan di wajah Danish.



InsyaAllah tahun depan kita buat majlis hari lahir ngan kawan-kawan ya sayang. Mesti Danish suka. 

Hadiah dari Pak Ngah dan Mak Ngah

Alhamdulillah syukur rezeki Danish. Dapat hadiah harijadi dari Pak Ngah dan Mak Ngah. Dapat dua ๐Ÿ˜ƒ

Hadiah 

Hadiah AuTobot. Robot yang boleh bertukar menjadi kereta. Satu untuk Danish dan satu lagi untuk kakak Qistina. Pak Ngah tak nak mereka bergaduh jadi belikan sorang satu.

AuTobot 


Danish pilih warna hijau. Tengok lah tu bukan main senyum simpul lagi kan. 
Danish

Terima kasih Pak Ngah dan Mak Ngah. Danish suka dapat hadiah. Dah semakin besar dan semakin seronok bila tiba hari lahir.

22/10/16

Cup Cake dari kakak

Kakak Qistina balik sekolah terus bagi Cup Cake kat adik Danish. Pakcik Kirin pun bagi Cup Cake gak. Qistina dapat sebungkus Cup Cake dan sekotak air teh bunga. Simpan untuk Danish sebab dia tahu adik dia suka. Inilah yang Qistina bawa lik. 

Cup Cake coklat 

Qistina kata guru kelas yang bagi sempena hari kanak-kanak. Baik hati cikgu. Terima kasih cikgu.
.

Danish dan Cup Cake 

Seronok Danish dapat Cup Cake tu๐Ÿ’ƒ. Sayang kakak kat Adik  kan ๐Ÿ˜˜.


21/10/16

Selamat hari lahir Danish (4 tahun)

21.10.12 - 21.10.2016

21.10.12......4 tahun yang lalu begitu perit untuk melahirkanmu. Banyak darah keluar sebelum kamu keluar. kembar darah. Tiada bilik di wad sebelum saat kamu lahir dan juga selepas kamu lahir. Sampai kebiruan kamu kesejukan menunggu untuk dihantar ke bilik sebab tiada bilik kosong di wad. 2 jam lebih menunggu baru ada bilik kosong itu pun selepas Papa asyik tanya dengan jururawat.

Apabila tiba masa bersalin, jururawat masih tak percaya kamu mahu lahir ke dunia sebab bukaan masih kecil. Alhamdulillah kamu selamat dilahirkan dan tiada komplikasi yang serius. Walau Mama dah banyak darah keluar sebelum kamu keluar, Mama kuat untuk melahirkanmu kerana tak sabar melihat kamu. Lahir jam 10.41 malam dengan berat 3.4 kg secara normal. 

Hari pertama Danish dilahirkan 

21.10.16..... Hari ini genap 4 tahun umur Danish. SELAMAT HARI LAHIR DANISH ๐ŸŽ‚๐Ÿด๐ŸŽŠ. 

Danish 4 tahun

Semoga Danish diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga Danish menjadi anak yang Soleh dan mendengar kata Mama dan Papa. Aamiin. Inilah intan payung Mama QD ๐Ÿ˜



16/10/16

Ada gaya tak?

Dah besar anak-anak Mama ni.  Ada gaya polis tak?

Qistina Dan Danish

 Sekarang kalau nak beli mainan tak boleh beli satu. Nak beli kena beli dua, kalau tak mesti bergaduh. Kali ni Danish minta cukai Dari Papa. Minta senapang lak. Dah berapa banyaklah mainan Kat rumah. Pening Mama.

2/10/16

Salam Maal Hijrah 1438H

Salam Maal Hijrah 1438H kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga tahun baru Islam ini kita dapat lebih keberkatan dari Allah dan lebih dimurahkan rezeki. Aamiin.

Semoga anda semua Kaya berjaya dunia akhirat.

Salam Maal Hijrah 

19/09/16

Dove Hair Care

Mood ke laut, idea kurang. Gambar banyak nak update tapi tulah nak mengarang ke laut. Huhuhuhu. Alhamdulillah ada juga rezeki dapat CPUV di bulan September. Terima kasih Dove Hair Care range. Dapat 3 CPUV terus. Syukur kepada Allah.


Dove Hair Care 


Terima kasih Nuffnang๐Ÿ˜˜.

BE ke 1, 2 dan 3 untuk September 
BE ke 95, 96 dan 97 untuk Tahun 2016

12/09/16

Selamat hari raya Aidil Adha

Selamat hari raya Aidil Adha

Selamat hari raya Aidil Adha 



2/09/16

Kek Besday

Bila hari lahir je mesti nak ada kek. Nape ek? Lama sebenarnya tak beli kek masa besday. Kalau beli pun, beli yang slice je tak beli kek penuh. Meh Dilaz nak share gambar kek yang Dilaz suka tengok. Ada dua je ni. Kalau dapat ni rasa mertua lalu pun tak nampak๐Ÿ˜œ

Kek pulut kuning 

Sedapkan. Dengan lauk-lauk disekelilingnya lagi menyelerakan.


Kek mac

Yang ni kalau dapat rasa sayang nak makan. Cantik sangat. Sekarang ni macam-macam bentuk kek ada. Boleh request kek apa yang nak kan. Ada duit semua boleh.

Korang suka makan kek apa?

Double 3

2 September 1983 - 2 September 2016.... Genap 33 tahun umur Dilaz. Alhamdulillah syukur masih diberi pinjaman umur yang panjang. Terima kasih kepada kedua ibu bapa Dilaz. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang memberi ucapan selamat hari lahir di Facebook mahupun wasap. Semoga kalian semua juga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki Allah. Aamiin.

Mama QD 

Umur dah 33 tahun, tapi ada yang kata baru 20 lebih ๐Ÿ˜‚. Selamat hari lahir untuk Dilaz. 

1/09/16

September

September....bulan kelahiran Dilla. Semoga target Dilla untuk bulan ni tercapai dan dipermudahkan urusan. Aamiin InsyaAllah.


September 

31/08/16

Rezeki akhir Ogos

Rezeki akhir Ogos. CPUV dari Scotts DHA Gummies PR Launch. Alhamdulillah syukur. Earning Nuffnang naik sikit je. Ini mesti sebab dah jarang update blog, jadi tak ramai yang singgah. InsyaAllah bulan depan kena rajin update. Itu satu target gak untuk Dilla. Atleast satu hari satu entri. All the best to me ๐Ÿ’ช.

Scotts DHA Gummies 


Terima kasih Nuffnang๐Ÿ˜˜.

BE ke 13 dan 14 untuk Ogos
BE ke 93 dan 94 untuk Tahun 2016

Kek Coklat Cheese

Alhamdulillah rezeki Merdeka. Terima kasih Sis Normaliza Mat Yusof untuk kek coklat cheese ni. Memang sedap dan berhantu ๐Ÿ˜. Rasa coklat yang padat dan bila makan teringat-ingat. Patut nama kek ni kek hantu.

Kek coklat cheese 

Pengemar kek coklat pasti jatuh cinta. Rugi siapa tak rasa kek ini. Yang tinggal di Melaka boleh order melalui Facebook Normaliza Mat Yusof ๐Ÿ˜‰.

Merdeka.... Merdeka.... Merdeka

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-59

Semoga Malaysia terus aman dan harmoni serta dilindungi Allah. Merdeka.... Merdeka...Merdeka !!!!!

Selamat hari kebangsaan 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails