Dilaz BW tadi ternampak entri nie. Jadi Dilaz nak kongsi pada kawan-kawan semua
  Kredit kepada Little Ros
BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua  penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional  Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang  dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10  pagi Selasa lalu.
Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak  di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua  rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.
Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd  Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu  halaman.
“Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi  salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke  rumah untuk memeriksa meter.
“Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan  meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil  elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa,” katanya.
Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa  dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai  baju T berwarna kelabu.
“Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat  penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,”  katanya.
Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya  ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan  menyepak bahu kiri dan kanan.
Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di  bahagian dapur.
“Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan  jiran.
“Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila  melihat saya tidak bermaya. 
Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka  sehingga ke jalan raya,” katanya.
Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja  diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki  itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.
Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah  membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai  Petani.
“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan  individu tidak dikenali,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner  Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai  kejadian itu.

4 ulasan:
sekarang ni mmg kena berhati2 dengan sesiapa saja yg dtg rumah.takut juga,ct ni surirumah, kdang2 terleka tak manggakan pagar..hubby selalu sangat pesan suruh kunci dan mangga semua pintu..ia lah malang kita mmg tak tahu...
7 novel bakal diadaptasikan kepada telefilem
Betul tu,kena pagar rumah tu.nanti org leh main masuk jer
menakutkan....kena hati-hati...
ye takutnya, zaman sekarang ni macam2 berlaku senang2 je diorang nak jadik kaya kan
Catat Ulasan