Masa berBW tadi, Dilaz terbaca entri nie " Hati-hati semasa melakukan 'Love Bite' dan terus nak kongsi dengan kawan-kawan semua. Sumber cerita dari" SINI"
Daily Mail melaporkan  seorang wanita  separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat  gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang  tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland kerana  tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.
Para doktor mengesyaki wanita itu  diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan  puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada  bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca  serangan sakit jantung berkenaan.
Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan  pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu  kemudiannya mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.
Jadi, sekarang ‘Love Bite’ bukan sahaja sesuatu yang menyeronokkan tetapi juga boleh bawa maut.
Oleh: JUNHAIRI BIN ABD JALIL


4 ulasan:
ish3x tak sangka leh jadi camni...
ZF:Betul tu.Sebab darah tu jadi beku.darah beku kan bahaya
Pasangan tu dah tua kot..
Alan Rizque:Mungkin gak, tu tak pasti
Catat Ulasan