SERDANG -  Tidak mengenang jasa,  apabila seorang anak sanggup menghalau ibu bapanya yang sudah tua  keluar dari rumahnya di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, di sini,  gara-gara termakan hasutan isteri yang baru dikahwini tiga bulan lalu.
Lelaki  berumur 40 tahun itu dikatakan terlalu mengikut kata-kata isterinya  berusia 20-an apabila selalu bertengkar dengan kedua-dua orang tuanya  hampir saban hari sebelum menghalau kedua-duanya keluar sehelai  sepinggang kira-kira jam 1 pagi, Ahad lalu.
Mangsa dikenali  sebagai Chor, 69, berkata anak lelakinya itu sepakat dengan isterinya  dengan menukar kunci menyebabkan dia dan isteri, May, 65, tidak dapat  masuk ke rumah yang didiami sejak 10 tahun lalu.
Katanya, ketika  kejadian dia yang bekerja sebagai pemandu bas sambilan pulang ke rumah  bersama isteri, namun terkejut selepas mendapati kunci utama sudah  ditukar hingga menyukarkan mereka memasuki kediaman itu.
“Dalam  kegelapan malam, saya dan isteri dengan perasaan sedih cuba memasuki  rumah itu dengan memanjat pagar tetapi tidak berjaya dan mengambil  keputusan menumpang tidur di rumah anak bongsu yang tinggal kira-kira  lima kilometer.
P/S: Sungguh tak berhati perut. Bile mak bapak dah tak de baru dia tahu 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan