PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

24/06/11

Pembohongan wanita untuk lindungi rasa hati

Biasanya pembohongan ini untuk wanita yang masih bujang dan sukakan seseorang tetapi orang yang disukai telah disukai oleh orang lain terutamanya kawan baik dia sendiri. Jadi mereka melakukan pembohongan untuk lindungi rasa hati mereka walaupun terasa perit nak luahkan.

Saya tidak menggilai awak atau Saya tidak mencintai awak  ~  Biasanya ia berlaku jika dia tahu orang lain telah lama mencintaiorang yang dicintai olehnya. Ini kerana dia rasa malu dan tak mahu dikategorikan sebagai "Perigi mencari timba" serta tak mahu mengecewakan orang yang telah lama mencintai itu.

Saya belum bersedia mempunyai kekasih  ~  Mereka yang berkata demikian biasanya hendak mengumpulkan harta terlebih dahulu kerana tidak mahu bergantung kepada pasangan ataupun mereka terlalu mementingkan kerjaya dan impian mereka dahulu.

Saya tidak kisah hidup bersendirian  ~  Mereka belum bersedia dengan kehadiran lelaki di dalam hidup mereka mungkin terlalu trauma dengan kisah silam mereka ataupun takut nak berpasangan disebabkan cerita yang berlaku pada masa kini.

Sumber dari: Mingguan Wanita
P/S : Itu semua adalah hak masing-masing. Paling utama macam mana kite hadapinya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails