PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

7/06/11

Qistina dapat hadiah yang paling diimpikan

Kawan-kawan ingat tak, Bulan lepas Dilaz ada buat entri pasal Impian 2011 Dilaz. Tak ingat BACA NIE., Walaupun impian tu tercapai bukan dari hasil duit Dilaz, kira dah capat satu daripadanya. Meh baca cete Dilaz nie

Sabtu lepas habis jer majlis kahwin sepupu My Love, MIL ajak My Love dan Dilaz pergi kedai basikal. Pak Ngah Qistina nak belikan basikal sebagai hadiah. Pak Ngah Qistina baru dapat duit Insurans sebab tu dia nak belikan Qistina basikal. Lagipun dia kesian tengok Qistina kalau pergi rumah Nek Chu dia asyik bergaduh jer ngan Pakcik Kecik. Betapa sayangnya Pak Ngah ngan Qistina erk. Untung Qistina tau.

Mula-mula ingat nak pergi kedai borong barang mainan kanak-kanak tapi sampai jer tak buka. Nasib baik kedai depan sikit dari kedai tersebut buka. Kalau tak mahu meraung Qistina. Qistina ingat tau apa yang kite janjikan pada dia. Janganlah berjanji pada dia, pasti dia tuntut sampai dapat. 

Sampai kedai Qistina pilih sendiri basikal yang dia nak. Pandai pilih lak tu nak yang cantik dan mahal jer. Tapi tak dapat. Pujuk punya pujuk dapatlah basikal nie. Nasib baik dia nak. Siap cuba dulu kat kedai tu. 

Kat rumah tak sabar-sabar nak naik. Bangun-bangun tido naik basikal...tengok basikal. Siap boleh kata " Basikal jangan nangis yer. Tina ada nie. Tina dah bangun nak naik basikal". Inilah dia aksi Qistina dalam rumah

Basikal Qistina warna Biru...ada gambar Dinosour

Cubaan mengayuh

Habis sofa dan dinding dilanggar Qistina


 Inilah basikal kesayanganku. Terima kasih Pak Ngah

 
Seronok tengok Qistina suka. Qistina sayang basikal dia. Sayang Qistina. Terima kasih Pak Ngah Qistina kerana tunaikan impian Qistina.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails