PEMINAT DILAZ FAMILY

CARI HADIAH TERSAYANG DI SINI

Pages - Menu

Jumaat, 10 Jun 2011

Layan Drama Annissa di malam hari

Setiap malam hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam, mata nie akan terbeliak tengok Drama Annissa kat TV3. Mula-mula tengok drama nie cam tak best lama-lama tengok layan lak. Tapi ada gak rasa sakit hati tengok Drama Annissa nie sebab ada part yang buat Dilaz rasa geram lak. Kawan-kawan yang tak boleh tido waktu tu, tengoklah Drama Annissa. Meh kite layan sama-sama. 


 SinOpsis

4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej - Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) -  berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri maka terbinalah Annissa Corporation. Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.


Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis,

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna.

Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?

P/S : Paling takut jika perkara ini berlaku di dunia realiti 

 Jika sudi, Klik Nie sekali

Time to vote for The Cutest Thing! Which is your favourite?


4 ulasan:

deqlis berkata...

deqlis pun layan..tp ada masa tak melekat depan tv gak sibuk kat dapur memalam...

huhhhh geramm tui laa..kawan makan kawan kan?? oo rupernye si Farid dah kahwin dengan Balkis yer??? lain yg disyaki , kawan yg dipercayai yang tikam belakang erkk??

betui kata org2x tua,, klu dh kahwin jgn sesekali baik sangat dengan kawan yg belum kahwin sampai selalu ajak datang rumah...selalu in between ada hubby kita..

Kathy Tuah berkata...

macam best je citer ni..x pernah tengok pun lagi -.-'

dilazfamily berkata...

deqlis:haah diaorg dah kahwin. jahat kan kawan dia tu. zaman skrg tak boleh baik sgt ngan org, macam2 leh jd.takut

dilazfamily berkata...

kathy:memang best cete nie. tengoklah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails