PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

7/07/11

Khasiat Madu buat si kecil

Madu bukan sahaja manis dan sedap. Malah madu banyak khasiatnya dan terbukti serta diiktiraf di seluruh dunia. Madu bukan sahaja baik untuk orang dewasa , ia juga baik untuk si kecil kite yang tersayang. Mari lihat khasiat madu kepada si kecil


~ Mengekalkan kecergasan Tubuh
Karbohidrat semulajadi yang terdapat pada madu berupaya untuk menambah tenaga dalam tubuh si kecil. Lagi enak makan madu dengan roti bercicahkan air.
~ Menguatkan Imuniti Tubuh
Madu mengandungi anti oksida dan anti bakteria yang berupaya meningkatkan sistem penghadaman sekaligus menjadikan tubuh lebih sihat dan bebas daripada sebarang penyakit yang berbahaya

~ Mengurangkan Sakit Tekak ~
Kandungan antimicrobial yang terdapat dalam madu berfungsi menyembuhkan kesakitan tekak dan membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman. Ia juga boleh menyembuhkan batuk

~ Meningkatkan Kadar Metabolisme Tubuh ~
Pengambilan madu secara berterusan berupaya membakar lebih kolestrol serta asid lemak dalam tubuh. 

Amalkanlah selalu terutama sekali di Bulan Ramadhan akan datang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails