PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

30/07/11

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Salam semua.
Tak lama lagi kite akan Berpuasa dan semestinya bulan Ramadhan kite akan solat Sunat Terawih. Mari kite lihat . Sumber dari SINI

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah

Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau

Malam 4 :
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran

Malam 5 :
Allah swt kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa

Malam 6 :
Allah swt kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakannya supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman

Malam 8 :
Allah swt mengurniakan pahala orang bersembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam 9 :
Allah swt kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w

Malam 10 :
Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat

Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan

Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan

Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat

Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung’Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

Malam 16 :
Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga

Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi

Malam 18 :
Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 :
Allah swt tinggikan darjatnya (orang yang bertarawih pada malam ini) di dalam Syurga Firdaus

Malam 20 :
Allah swt kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin

Malam 21 :
Allah swt binakan kepadanya sebuah istana dalam Syurga daripada Nur

Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar)

Malam 23 :
Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur

Malam 24 :
Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :
Allah swt angkatkan daripadanya siksaan kubur

Malam 26 :
Allah swt kurniakan kepada orang yang bertarawih pahala pada malam ini seumpama pahala 40 tahun beribadat

Malam 27 :
Allah swt kurniakan kepada orang yang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas di atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar

Malam 28 :
Allah swt kurniakan kepadanya 1,000 darjat di akhirat

Malam 29 :
Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1,000 kali Haji yang Mabrur

Malam 30 :
Allah swt beri penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman :
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam Syurga, dan mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama ‘Al-Kauthar”

Semoga amalan di bulan Ramadan kita pada kali ini lebih baik daripada amalan pada bulan Ramadan yang sebelumnya, InsyaAllah..

Berdoalah agar kita dapat menempuhi Ramadan yang akan datang dan semoga amalan kita di bulan Ramadan yang akan datang lebih baik daripada amalan kita pada bulan Ramadan kali ini.. InsyaAllah..

P/S: Selamat Berpuasa dan menunaikan Solat Terawih.

3 ulasan:

deqlis berkata...

thanks dilaz..
salam ramadhan

dilazfamily berkata...

sama2..salam ramadhan juga

Unknown berkata...

selamat menyambut ramadhan 1432H...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails