PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

16/08/11

Hari baru My Love

 Selamat pagi semua

Pagi nie Dilaz bangun awal sangat sebab macam2 kerja nak buat pagi2. Sebab utama Dilaz kena bangun awal kerana hari ini adalah hari baru untuk My Love. My Love Dilaz hari nie mula kerja di tempat baru iaitu di kilang Panasonic. My Love ditawarkan kerja dalam bidang Production. Untuk dapat kerja nie My Love terpaksa temuduga sebanyak 3 kali tau. Masa kali ketiga My Love dah pasrah. Dia kata, dapat..dapatlah. Kalau tak dapat mungkin tak de rezeki

Alhamdulillah minggu lepas HR Panasonic tu call My Love suruh amik offer letter. My Love bukan main suka lagi sebab kerja nie tetap sikit lagi2 bab gaji. Kalau kerja sebagai Sales Advisor kat EON tu bergantung kepada kita jual kereta. Ada jual ada masyuk. Dilaz pun tumpang gembira sebab My Love dapat kerja nie. Dilaz doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan My Love dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Selamat maju jaya Abang...dari Sayang yang selalu sayang dan menyokong Abang


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails