PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

30/04/11

Nak minta maaf pada Mamalieyna

Huhuhu...mesti ada yang pelikkan nape Dilaz nak minta maaf pada Mamalieyna .Sebenarnya sebelum ni Dilaz ada join Contest Mamalieyna "Sweet & Cute Baby Exploration Time Contest". Dah lama dah Contest nie berlalu, tak silap macam tahun lepas je kan. Jika silap Dilaz minta maaf erk.

Dilaz nak minta maaf pada Mamalieyna sebab baru nak buat entri pasal hadiah yang Dilaz dapat dari contest tu. Masa Dilaz kemas almari buku ternampak kad Mamalieyna nie dan baru teringat belum buat entri lagi. Itulah akibat jika suka bertangguh-tangguh. Inilah kad pemberian Mamalieyna.


Qistina hanya menang hadiah saguhati. Tapi Dilaz rasa bersyukur sangat, sebab Qistina ada rezeki menang. Masa tue memang tak sangka boleh menang sebab baru berjinak join contest dari rakan Blogger. Dulu Dilaz join contest dan Giveaway dalam blog nie. Sekarang Dilaz dah buat Blog khas untuk Contest jer iaitu blog DILAZ FAMILY CONTEST & GA

Inilah hadiah yang Qistina dapat 

 Dua beg syiling yang comel...
Satu Qistina satu lagi Dilaz pakai isi syiling (ramai orang tegur comel beg syiling nie)


Dan cermin kartun yang comel
Masa posmen hantar bungkusan nie, cermin tue dah pun pecah. Sedih sangat, tapi Dilaz still simpan dengan baik. Dilaz ingat nak ganti cermin tue pada cermin yang baru lepas tue leh letak kat bilik Qistina mesti Qistina suka.
P/S: Apa-apapun terima kasih ye Mamalieyna sebab pilih Qistina sebagai pemenang. Nanti buat contest inform Dilaz, Dilaz nak join lagi.

Jom makan PIZZA dan jimat 50%


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails