Hobi.....semua orang mesti ada hobi masing-masing kan.
Nak tahu Hobi Dilaz apa??....Hobi Dilaz ialah buat cross-stitich. Memang hantu cross-stitch. Bile dah start buat susah nak benti tau. Smpai kadangkala MY LOVE kata "Dahlah yang, sambung2x esok lusa". Ini antara koleksi cross-stitch Dilaz.
Ada lagi yang Dilaz dah buat tapi tak upload lagi dalam blog. Nak upload pakai wayar lambatlah. Ingat nak beli card reader cepat sikit ia upload. Dilaz memang suka cross-stitch nie. Dilaz buat cross-stitch nie sejak sekolah rendah lagi. Masa tue arwah mak ada lagi. Dilaz belajar dari mak. Arwah mak ada gak ajar buat jahit kait, tapi tangan Dilaz nie keras tak pandai-pandai buat kait tue. Sekarang nie, MIL lak nak ajar buat kait, Dilaz tak minat sangat kait nie, suka tengok jer...sebab cantik. Tapi ...cross-stitch memang Dilaz giler. Bile tengok design yang cantik mesti nak try. Nak buat cross-stitch nie memang ada halangan. Halangannya ialah kewangan. Sebab barang-barang nak buat cross-stitch nie mahal tak macam dulu-dulu. Dulu murah jer. Dilaz ada impian dalam dunia cross-stitch nie. Impian Dilaz nak buka kedai tentang cross-stitch. Dilaz memang minat berniaga cuma rezeki belum berpihak pada Dilaz lagi. dilaz memang harap sangat suatu hari nanti dapat buka kedai tu, lagi-lagi orang Melayu tak de pun buka kedai cross-stitch. Susah nak cari. Harap impian Dilaz nie akan tercapai suatu hari nanti. AMIN.
2 ulasan:
penah belaja time sekolah dulu2..
skrg dah x ingat dah :)
axie:belajarlah buat. bila dah siap rasa puas tau. tp jgn rasa pressure bile nak buat tu, mesti enjoy
Catat Ulasan