PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

17/10/11

Berita Gembira itu ialah......

Mesti ramai yang nak tahu kan selepas Dilaz buat entri SIBUK SIKIT-Baca nie. Nak tahu tak apa berita gembira yang Dilaz nak bagitau tu. 
 
Sebenarnya Dilaz telah berjaya mendaftarkan perniagaan Dilaz di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Itu memang impian Dilaz dari dulu. Dengan berkat sokongan suami dan nasihat kawan, Dilaz pun daftarkan perniagaan ini. 
 
 

DILAZ COLLECTION ENTERPRISE nama diberi,
Disokong suami dan pilihan hatiku,
Masih baru dalam bisnes ini,
Semoga bisnes berkembang maju.

Dilaz daftar perniagaan sebab Dilaz nak juga ada perniagaan sendiri macam orang lain walaupun sekarang nie hanya kecil-kecilan dan buat kat rumah sahaja. Nama perniagaan Dilaz sekarang ialah

DILAZ COLLECTION ENTERPRISE (MA0163532-K)
http://dilazcollection.blogspot.com/

Dari sinilah impian Dilaz nanti akan menjadi kenyataan. Dilaz akan terus berusaha dan usaha sehingga matlamat Dilaz tercapai. Bak kata pepatah "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Dilaz harap kawan-kawan semua akan terus memberi sokongan kepada Dilaz. Jika ada nasihat dan teguran silalah berikan. Setiap manusia melakukan kesilapan walaupun sekecil kuman.

P/S : Sila-silalah jengah blogshop Dilaz. Diharap selepas ini perniagaan Dilaz akan berkembang maju dan impian Dilaz nak ada satu kedai sendiri tercapai suatu hari nanti. Amin

3 ulasan:

Cik Bambam berkata...

phewittt~! congrats! :P

Salina@IbuAqil berkata...

tahniah dear.... gud luck ye.. ;)

dilazfamily berkata...

terima kasih bambam dan ibu aqil.doakan dilaz berjaya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails