Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI
Kawan-kawan dah baca Episod I - "Kau Perlukan Aku" lum.
Siapa lum baca, meh Baca SINI. Okey, Dilaz sambung drama nie erk.
Situasi ini adalah selepas Kelas Ekonomi Asas. Si jejaka dan si gadis kebetulan dalam satu kelas yang sama, padahal mereka berlainan jurusan di Universiti. Itulah jodoh namanya. Akan berjumpa walaupun seringkali mengelak.
L : Awak...awak....Tunggu jap.
P : (Berhenti sekejap sebab dipanggil oleh si jejaka).
L : Boleh saya nak pinjam nota awak?
P : Nota apa? (buat-buat tak tahu)
L : Nota yang pensyarah bagi tadi. Saya tak sempat salinlah. (berharap si gadis pinjamkan agar ada peluang untuk berjumpa lagi)
P : Ooo...boleh, jap ye. Nah nie notanya. Dah siap pulang cepat tau. Saya pun nak ulangkaji semula.
L : Okey. Jangan risau, saya akan pulang cepat
P : Emmm...Saya nak balik dululah. Penat. Jumpa lagi
L : Ehhh.... nantilah dulu. Janganlah balik.
P : Napa pula tak boleh balik? Suka hati saya lah.
L : Kita pergi minum atau makan dulu nak tak? Saya belanja awak
P : Tak pelah. Terima kasih saje. Ajaklah orang lain tak pun lain kali jelah (si gadis jual mahal)
L : La...orang baru nak belanja. Okey lain kali jangan tolak pula
P : InsyaALLAH. Okey bye. Assalammualaikum
L : Waalaikumsalam (Balik dengan hati yang sedih)
Frust si jejaka. Adakah si jejaka dapat no telefon si gadis? Adakah si jejaka dapat mengajak si gadis keluar makan? Nak tahu...nantikan episod seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan