PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

30/07/10

syukur

syukur alhamdulillah. Akhirnya My Love dapat keje baru. Jadi Salesman jual kete. Okaylah...maybe ini rezeki kami sekeluarga. Amin...syukur banyak2.

21/07/10

Saya

Sebenarnya dua tiga hari nie saya serabutlah. Fikiran jadi melayang dan perasaan tak tentu arah. Cam kosong dan tak tenteram jer. Entahlah. Tak tau apa nak jadi. Adakah ini disebabkan banyak memikirkan perkara2 penting dan tak berapa penting? Itu semua Hanya ALLAH saje yang MAHA MENGETAHUI..

Dalam situasi sekarang nie hanya boleh berdoa dan bersabar sahaja menerima segala dugaan daripada ALLAH. Adakah saya kuat menerima dugaan ini? Apa yang patut saya lakukan sekarang? "YA ALLAH begitu kuat dugaan yang ENGKAU berikan kepadaku. ENGKAU berikanlah aku petunjuk ke jalan yang benar. Sesungguhnya aku insan yang lemah. Bukakanlah pintu rezeki kami sekeluarga. AMIN."





16/07/10

Baru

Hari nie, My Love dah tak Kerja lagi. So pagi My Love hantar saya pergi keje. Petang My Love datang ambil saya. Macam Lady Bos lak kan. Hehehehe....sekali sekala apa salahnya. 

Pas ambil keje, kiteorang pergi Parkson Mahkota Parade. Tujuan utama nak beli Baju Kemeja Baru untuk My Love sayalah. Setelah ronda satu Mahkota Parade, akhirnya inilah baju yang berkenan di hati My Love saya. Cantik tak???   Baju nie ada SALE 70% tau

Itu untuk mencari kerja baru untuk satu permulaan yang baru. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini, Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. Sungguh berat dugaan yang diberikan kepada Kami Sekeluarga.

Minggu depan, Hari Isnin My Love nak cari keje baru. Bermulalah satu kehidupan yang baru. Semoga My Love dapat keje dan mudah-mudahan rezeki kami sekeluarga bertambah. "YA ALLAH, permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga. Murahkanlah rezeki kami sekeluarga. Kami akan sentiasa tabah dan sabar menghadapi segala dugaan yang telah KAU berikan. HANYA KAU YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG. AMIN..."









14/07/10

Filem Ombak Rindu

Sebenarnya saya suka novel Ombak Rindu hasil tulisan Fauziah Ashari. 


Tak sangka pula novel nie akan dijadikan filem tak lama lagi. Barisan pelakon lak yang saya minat pulak tu. 
Saya minat Lisa Surihani. Orangnya cute kan. Tapi dalam filem nie dia jadi Mila, tak pelah saya tetap minat dia gak. Mungkin Maya Karin akan jadi Izzah Kot. Tapi yang penting Hero dia Aron Aziz tau. hehehe.

 Gambar nie saya ambil dalam Fb Lisa.



13/07/10

Reunion My Love

Hai...Dah lama rasanya tak update Blog nie. Letih dan sibuklah sejak kebelakangan ni. 

Oklah, hari nie saya nak cerita tentang Reunion My Love dengan member baiknya masa di Universiti dulu. Nama glamour member My Love nie ialah Bob. Sekarang nie dia tinggal kat Johor, dekat je ngan Melaka.  Dah lama sebenarnya mereka berdua nie tak jumpa. Sejak habis belajar kat Universiti dulu sampailah sekarang. Agak2nyalah dah hampir 4 tahun kot. Almaklumlah masing2 busy keje ngan family.
So, My Love jumpa dia kat Melaka. Reunion tu pada hari Ahad lepas kat Jusco Baru Melaka dalam KFC. Inilah salah satu gambar dalam Reunion tu. Hehehehe.

 Dari kiri, My Love, Qis, Haikal (anak Bob) dan Bob.

Lasakkan si Haikal tu. Qistina lak Jelous bile saya pegang dia. Ehhh, baru saya perasan, gambar saya ngan wife Bob tak delah dalam Reunion nie. Macam mana nak ada, 2 sahabat nie dah berjumpa lupa ngan wife masing2.

 Tapi saya ada ambil gambar Qis ngan Haikal. Qis sayang Adik sebenarnya, cuma dia takut tak dimanjakan lagi Oleh Mama ngan Bapak. Qistina Qistina!!! Tataplah wajah mereka berdua nie.




11/07/10

Lucky Draw By Rina

Meh la kite masuk contest Cik Rina nie.

Manalah tau ada rezeki nak menang kan.
kalau nak join contest klik sini

8/07/10

Kenangan

Lagu kat sebelah kanan Blog nie adalah lagu kenangan masa saya dan My Love bercinta dulu. Itu adalah lagu tema Filem Laila Isabella
Gambar Dari Yahoo Search

Cerita filem tue  macamkisah cerita cinta kiteorang. Filem itulah Filem pertama yang kiteorang tengok kat Wayang pada tahun 2003. Masa tu belum bercinta lagi. Baru nak Usha2 tau. Memang romantik kalau ingat2 semula. Kenangan Terindahlah katakan. Hehehe.
Selepas tengok cerita tu barulah bermula cerita Cinta kiteorang pulak. Kelakar, Seronok dan Tak sangka lak. Akhirnya sekarang Bahagia Sebagai Suami dan Isteri. Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat. Amin.








7/07/10

Keje

Ohhhh...hari nie dah kena keje semula. Keje shift petang. Letihlah keje Guardian nie. Bile agaknya dapat duduk umah jer tak nyah keje. Kan seronok, duit ada jer setiap hari bile nak guna. Tapi mana ada kat dunia tu macam nie kan. Kalau ada pun memang tu rezeki dia. Itulah salah satu impian saya.

6/07/10

Hari Raya Puasa Ketiga bersama My Love

Tiba-tiba teringat Raya lak. Almaklumlah tak lama lagi nak puasa kan. Jap jer masa berlalu. Ni merupakan hari raya ketiga saya bersama suami dan keluarga tercinta.
Qistina pun dah besar masa nie, dah setahun. Ni gambar raya saya bersama My Love, Qistina dan adik-beradik saya.

 Nazri (adik ipar saya@Pak Ngah Qis), Nisa@Mak Ngah Qis, Mama Qis, Qis dan Bapak Qis

 Cheah@Mak Usu Qis, Nana@Mak Uda Qis, Qis, Dilaz@Mama Qis dan Fir@Bapak Qis

Inilah dia kenangan terindah masa hari raya tahun lepas. Tahun nie lagi meriah sebab Qis akan ada Adik Sepupu raya bersama. Leh Qis kumpul duit raya sama-sama ngan Paan@ Sepupu Qis(Anak Buah saya lah).

Edit Blog

Hai, hari nie saya tak keje. So boring2 duk kat umah, apa lagi buka internet. Dah selesai semua keje dan dah masak, pas tu buka Blog nie. Hari nie saya tukar Template Blog baru. Ok tak??
Setelah banyak yang saya tengok, akhirnya ini yang berkenan dihati. Letih mata pandang komputer lama-lama tau. Cerewet gak saya ni. Hehehe.

2/07/10

Diana Amir

Cete artis lagi kan...hehehe.
Sebenarnya dah lama sebenarnya saya jumpa Diana Amir nie. Ada ker member saya panggil dia Kak Lia...ini mesti terbawa2 nama dia dalam lakonan Sunsilk. Saya ni pun leh percaya.Almaklumlah lupa nama sebenarnya.
 Gambar nie amik dalam internet. tak dapat amik gambar dia pun sebab tengah keje

Nak dengar cete tak.........................panjang tau, tapi saya pendekkan cete nie yer.
Pertemuan nie berlaku kat dalam Guardian Jusco Melaka. Masa tu saya tengah rajinlah susun stok baru sampai. Tengah asyik susun barang, Kak Diana @ Kak Lia nie tegur saya dari belakang tanya ada jual sunblock tak. Sebelum tunjuk tempat sunblock, boleh lak tanya " Cam kenal lah".....ayat yang kurang sesuai ditanya. Dia pun jawab "Haah"....ada teruja jap lah jumpa artis nie...Macam jumpa apa lak...Masa kat Cashier Counter, Kak Diana @ Kak Lia nie sempat promote suruh tengok cete Samarinda "Laila Asyikin" kul 10.30 malam setiap hari Selasa hingga Khamis semestinya Di TV3. Best cete tu. penuh makna dan konflik. Jomlah kita sama2 tengok cete tu......Tapi bile keje petang tak dapatlah tengok sebab balik keje jer dah habis cete tu. Nasib baik ada online CatCH-up kat TV3.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails