PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Menang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menang. Papar semua catatan

21/05/17

Jacket hoodie dan Headphone Nescafe

Entries yang terperam lama di dalam draft. Ingat dah pos rupanya belum. Huhuhuhu. Hadiah ni dapat tahun lepas, baru nak upkan. Apalah Mama QD ni.

Peraduan Jom tebus Nescafe ⬇.


Nescafe

Hadiah untuk 2 nama. Nama Mama QD Dan Papa QD


Jacket Hoodie


Headphone


Danish


Tengoklah Danish tu. Dapat je terus nak guns, tak sabar-sabar.


16/03/16

Rugi RM40

Dah lama peram entri ni..sebenarnya Dilla frust sikit sebab rugi RM 40...voucher kfc/starbuck 👇👇. Itu namanya bukan rezeki kan. Kita kena redha, Allah nak beri rezeki lebih baik kan. Tak dapat nak redeem sebab habis dan customer service tu suh datang petang sikit. My Love malas nak datang semula sebab jauh 😥😥

Voucher kfc/starbuck

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Takpelah..semoga lebih dimurahkan rezeki Allah. 

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

19/02/16

Menang DIY Warna Pasir

Alhamdulillah rezeki pertama dari rakan Blogger untuk Tahun 2016. Tahniah kepada semua pemenang. Keputusan pemenang DI SINI


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Last minute join dan tak sangka ada rezeki menang. Zarina aka Intan Berlian ni rajin tau anjurkan Mini Giveaway setiap bulan. Dilla je kekadang miss nak join. Kebetulan haritu blogwalking tu Join terus. Terima kasih Intan Berlian. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Allah dan bahagia selalu bersama keluarga tercinta.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

9/02/16

Petronas Giftcard

Alhamdulillah rezeki Chinese New Year, Dilla dapat Petronas Giftcard RM 30. Dilla langgan plan bulanan Xpax pastu dapat sms minta redeem Petronas Giftcard di Celcom Blue. Dengan pantas ajak My Love pergi redeem kad tu.

Petronas Giftcard

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Dah dapat pun kad tu dan boleh terus guna. Boleh reload bila dah habis. Kad ni ala-ala debit kad la memang best. Terima kasih Celcom dan Petronas.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Kemenangan ke-3 tahun 2016

19/01/16

Hadiah USB Mini Fridge

Alhamdulillah... Hadiah kedua untuk Tahun 2016. Terima kasih MyNews.com dan F&N. Dapat Seasons USB Mini Fridge. Cute sangat 😍😍😍😍. 

Mini fridge usb

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Ini contest MyNews tahun lepas. Beli air F&N dan jawab soalan susun gambar mengikut kegemaran. Dilla main susun je tak sangka menang. Rezeki Allah. Pertama kali menang contest MyNews. Syukur selalu. Tahniah kepada kawan-kawan lain yang menang. Bawah ni antara hadiah untuk pemenang tu.

1st Prize x 1...Samsung Smart TV 48"
2nd Prize x 3...Samsung S6
3rd Prize x 50....USB Mini Fridge

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

3/01/16

Tiket wayang free dari Magic Sim

Assalammualaikum dan Selamat Tahun Baru 2016

Alhamdulillah rezeki awal Tahun dapat tiket wayang free dari Magic Sim. Macam mana boleh dapat? Meh Dilla share caranya. Xpax dan First beri tiket wayang Percuma ni jika pengguna telco tersebut melanggan plan bulanan 25, 38 dan 58. Promosi ini dah lama berlangsung dari 4 Disember 2015 sehingga 29 Februari 2016 (masih sempat nak dapat tiket wayang tu). Korang boleh pilih nak tiket wayang GSC atau MBO. Dilla lebih suka tonton wayang di GSC sebab lebih banyak pilihan movie berbanding dengan MBO sangatlah limited. 

Tiket wayang

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Alhamdulillah Dilla dapat 3 tiket wayang setakat hari ini. Kepada semua Xpax dan Magic Sim jom langgan plan bulanan. Semoga ada rezeki anda di situ. Amin InsyaAllah

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Kemenangan pertama 2016

1/12/15

2 Tiket wayang MBO Cinema

Alhamdulillah dan syukur selalu, 2 tiket wayang MBO Cinema yang menang Hadiah saguhati dari Kuala Lumpur Kids dah selamat sampai. 


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Tapi expired tiket hujung Disember ni. My Love suruh simpan dulu sampai filem Star Wars keluar baru tengok. Okeylah, tak lama lagi pun nak kuar kan. Kita tunggulah. Terima kasih Kuala Lumpur Kids. Ini semua berkat join contest. Jika lebih rajin join pasti lebih banyak kemenangan.

 Hadiah menarik untuk tersayang

20/11/15

Hadiah saguhati dari Kuala Lumpur Kids

Assalammualaikum semua

Dilla ni suka join contest tapi kekadang tu ikut mood bila nak join. Haritu nampak di wall facebook kawan ada share tentang contest Kuala Lumpur Kids, Dilla pun joinlah. Saje suka-suka. Tak sangka terpilih dalam shortlist.



Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Kena buat slogan kenapa suka dengan website Kuala Lumpur Kids. Paling tak suka contest ada slogan sebab tak kreatif. Huhuhuhu. Dan tak sangka ada rezeki menang walau hadiah saguhati. Keputusan Diumumkan di page Kuala Lumpur Kids pagi tadi. Menang 2 tiket wayang MBO. Alhamdulillah syukur selalu


 Hadiah menarik untuk tersayang

Best tau website Kuala Lumpur Kids ni. Banyak info menarik dan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak diadakan di Kuala Lumpur. Ada info kekeluargaan dan pendidikan juga di situ. Untuk info lebih lanjut, boleh buka Kuala Lumpur Kids website (www.KualaLumpurKids.com)


13/11/15

Hadiah dari Cik EN dah sampai

Alhamdulillah hadiah dari Cik EN dah selamat sampai hari Isnin. Baru nak update kat sini. Terima kasih Cik EN atas hadiah tersebut. Semoga Cik EN lebih dimurahkan rezeki Allah dan diberi kesihatan yang baik. Amin.


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Warnanya merah seksi tu. Terkejut My Love tengok Dilla pakai lipstik warna merah. Huhuhuhu.

P/s : mood ke laut ni nak update blog. Kita blogwalking jelah dulu.

 Hadiah menarik untuk tersayang

4/11/15

Menang Giveaway Ms EN

Alhamdulillah rezeki Allah.. Lama dah tak join Giveaway di Blog dan tak sangka ada rezeki di sini. Dilla menang di Giveaway NurFuzie Dot Com. Tahniah pada semua pemenang. Nak tahu siapa yang bertuah tu KLIK SINI


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com


Hadiah menarik untuk tersayang
 
Menang Monomola


Terima kasih pada Eintan aka cik EN dan semua sponsor. Semoga kalian lebih dimurahkan rezeki Allah. Amin.

6/10/15

Menang RM100 dalam wasap group

Rezeki dari Allah dan rezeki tak disangka. Cerita bermula pada hari Ahad lepas dalam wasap group TCSJB. Mula-mula cerita tentang jumlah kalori dalam makanan dan member yang bernama Said buat satu soalan mengenai patri asal dari mana dan dibuat daripada apa. Alhamdulillah Dilla dapat cari jawapannya dan menang RM 100. Syukur selalu. Terima kasih Said atas soalan tersebut dan juga hadiah RM 100. Semoga Allah murahkan rezeki dan sentiasa melindungi kamu selalu. 


Patri ni sejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kari ayam. Lebih kurang macam lempeng lah. Patri berasal dari masyarakat Malabari dari Kerala, India yang berhijrah ke negeri johor. Said kata patri ni dah banyak ada di kedai-kedai luar Johor. Dilla belum jumpa lagi patri ni di kedai. Jika jumpa Dilla nak cubalah patri ni

SweetMuslimah.com

20/09/15

Pendrive Nescafe

Kali kedua Dilla menang pendrive. Yang pertama dulu menang pendrive SPY. Lepas ni bolehlah kumpul untuk dijadikan koleksi peribadi. Alhamdulillah syukur selalu. Hadiah ni dapat dari contest kumpul dan menang penutup NESCAFE. Last minute join jadi dapat satu jela. Okeylah dari takde kan.



Kemenangan ke 10 untuk Tahun 2015

18/09/15

Menang 5 tiket wayang GSC

Syukur selalu kepada Allah walau kemenangan tak besar mana. Ini juga rezeki kami sekeluarga. Sebelum ni Dilla menang 6 tiket wayang untuk tonton movie 'SPY', tapi sedih tak dapat pergi tengok sebab kanak-kanak tak boleh tonton. Tiket tu Dilla bagi kat orang lain. Alhamdulillah Allah ganti dengan rezeki ini. Bolehlah bawa anak-anak tengok wayang nanti. Tunggu tiket wayang sampai kami pergi tengok movie.





Kemenangan ke-11 untuk Tahun 2015

17/09/15

Menang BHPetrol e-voucher

Alhamdulillah INI Kali kedua Dilla menang BHPetrol e-voucher melalui contest LINE. Soalan dia simple je cuma rezeki kits menang RM 5 atau RM 50. Dilla dapat RM 5 tu pun dah bersyukur siapa nak bagi kan. Siapa Ada akaun LINE tu addlah ORANGE MANIA.



Kemenangan 8 dan 9 untuk Tahun 2015

22/08/15

Menang Contest #4forall di Instagram

Ini cerita semalam. Dilla join Contest kat Instagram HOT FM #4forall. Caranya kena upload 4 gambar kesukaan kita bersama caption. Dilla main buat je dan tak sangka ada rezeki di situ. Alhamdulillah dan syukur selalu. Dilla sejujurnya tak tahu hadiah apa yang menang tapi join je. Kawan2 joinlah sekali mana tahu ada rezeki kan. TERIMA KASIH HOT FM.



Kemenangan Ketujuh 2015

15/08/15

Menang Majlis Rumah Terbuka Raya Watsons

Ini rezeki Dilla joincontest WeChat Watsons Malaysia masa bulan puasa hari tu. Contest "Raya Ni Dah Kahwin". Dalam contest tu justtonton dan vote artis pilihan. Alhamdulillah Dilla antara 20 yang bertuah menang (Majlis Rumah Terbuka Raya Watsons).


Tapi yang sedihnya Dilla tak dapat pergi dan wakilkan pada rakan lain. Allah beri rezeki itu pada orang lain dan nak beri Dilla rezeki yang lebih baik. Kebetulan hari majlis tu adalah hari lahir My Love.


Kemenangan kelima untuk Tahun 2015

Terima kasih Mama Tisya

Alhamdulillah rezeki penghujung Syawal. Dilla antara yang bertuah menang Giveaway anjuran Mama Tisya. Syukur selalu. Sesekali join Giveaway dan ada rezeki. Dilla dapat RM5. Terima kasih Mama Tisya. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Allah dan diberi kesihatan yang baik. Amin



Kemenangan keenam untuk 2015

7/07/15

Menang produk Sendayu Tinggi

Ini rezeki bulan Ramadhan. Hadiah untuk contest IG SENDAYU TINGGI haritu dah selamat sampai. Alhamdulillah. Dilla menang produk Sendayu Tinggi bernilai RM 400. Melaram sakan la raya nanti. Lama dah tak bermake up ni. Kena belajar semula. Terima kasih Sendayu Tinggi di atas hadiah ini. Saya suka.



30/06/15

Menang produk Sendayu Tinggi

Syukur kepada Allah Dilla menang contest Repost, tag & win Sendayu Tinggi. Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Terima kasi Sendayu Tinggi. Tak sabar nak tunggu hadiah sampai. Tahniah untuk semua pemenang. 



Kemenangan keempat Tahun 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails