PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

28/07/14

Selamat Hari Raya 2014

Dilla sekeluarga nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua follower dan pembaca Blog Dilaz Family serta semua umat Islam di seluruh dunia. Hati-hati ketika memandu dan ketika berhari raya. Makan pun kena jaga tau. Jangan makan sampai tak ingat dunia lagi-lagi yang ada penyakit. Kawal sikit nafsu makan agar kita sentiasa gembira bersama tersayang.

Tahun ni raya pertama di kampung Dilla di Pontian, Johor. Tapi sedih adik bongsu Dilla tak dapat cuti raya lagi macam tahun lepas. Tak dapat berkumpul ramai-ramai. Tahun ni bertambah lagi ahli keluarga Encik Suardi Jasmin dengan kehadiran cucu lelaki dari anak ketiga (Amyrul Arshad). Seronok tak sabar nak jumpa anak buah Dilla ni. Qistina dan Danish pun seronok beraya di kampung. Tema kami tahun ni...Coklat + Merah.. Tema last minit. Tahun depan In shaa Allah kami sekeluarga sedondon.
 




Selamat Hari Raya semua

26/07/14

Jom Balik Kampung

Hari ni Dilla nak balik kampung..Jom balik kampung. Qistina paling excited dan tak sabar nak sampai kampung. Semoga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai di kampung. Amin. Kepada kawan-kawan yang dalam perjalanan balik ke kampung tu, Hati-hati memandu juga.

 

25/07/14

Untuk kami berdua

Tadi cerita tentang baju raya anak-anak. Kali ni nak up entri baju untuk kami berdua. Tak delah banyak cuma sorang sehelai je. Murah je pun beli di Pakson Sale di MITC Melaka. Tak pelah kan janji ada gak untuk kami. Dilla tak nak tapi My Love beria nak belikan, jadi amik lah sehelai.

Yang ni baju kemeja lengan panjang untuk My Love. My Love kata dah macam Razin (dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan). Dilla blur blur jap. Rupanya kan dalam cerita tu dia pakai kemeje lengan panjang dan jeans. My Love ni tak bape suka seluar slack lebih kepada Jeans. Inilah dia baju kemeja tu

Kemeja My Love

Dan yang ni blouse untuk Dilla


blouse Dilla
haaaa itu jelah untuk kami berdua. Lain kali boleh beli lagi.

Baju raya anak-anak

Salam Jumaat (Jumaat terakhir di bulan Ramadhan) dan Salam 27 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu dan tak lama lagi nak raya. Tahun ni Dilla sekeluarga lebih bersederhana. Dilla dan My Love tak de beli baju kurung dan baju Melayu. Hanya pakai yang ada. Cuma kami belikan untuk anak-anak. Yang lain banyak MIL belikan untuk cucu-cucunya. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak. Lagi pun ada baju yang masih elok dan belum di pakai. Ini je lah baju raya anak-anak Dilla


baju gaun Qistina

dan

t-shirt dan seluar Qistina

Suka sangat pakai baju lelaki


yang ini Danish lak



 kemeja dan seluar jeans

Itu semua MIL yang belikan. My Love belikan anak-anak baju kurung dan baju Melayu. Baju kurung Qistina dan Baju melayu Danish, Dilla lupa nak snap lak. Tak pe nanti snap di hari raya je.hehehehe. Ini je lah baju raya anak-anak. Lebih bersederhana tahun ni. Cuma niat kami tahun ni nak beraya bersama keluarga dan jumpa sanak saudara. Paling tak sabar nak makan ketupat rendang. Tapi tahun ni tak dapat nak merasa rendang dan kuah kacang MIL..

 

22/07/14

Kasut raya anak-anak

Rezeki anak-anak Dilla. Tahun ni MIL belikan mereka berdua kasut raya. Selalunya My Love yang akan belikan Qistina dan Danish kasut raya. MIL nak belikan, jadi rezeki jangan ditolak kan. Seronoklah mereka berdua dapat kasut raya. Kasut-kasut ni beli kat kedai BATA je. Qistina sibuk nak beli kat situ. Ingat nak beli kat tempat lain tapi sebab Qistina dah merajuk jadi beli kat BATA je la. Inilah kasut raya mereka

Kasut Qistina

dan
 

Danish bersama kasutnya


Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada MIL. Semoga mak sentiasa dimurahkan rezeki Allah dan diberi kesihatan yang baik. Amin


Suka semuanya



Dilla suka semua perkataan ini. Ada di antaranya tengah diperbaiki agar lebih baik contohnya cook sebab tak berapa pandai tapi bolehlah untuk makan sekeluarga
 

21/07/14

Baru nak upload

Dilla baru nak upload gambar Raya tahun 2013. Orang dah nak raya tahun 2014 baru nak pose gambar tahun lepas kan. Apa dah. Sebenarnya baru dapat gambar ni dari BIL. Nak minta asyik lupa je, semalam dia buka galery picture ternampak apa lagi terus minta. Tapi sedih gambar Dilla dan Danish tak de dalam tu. Danish nak tidur dan menyusu masa tu. Bukan senang nak ambil gambar macam ni tau. Tak pe In shaa Allah tahun ni kita bergambar ye.


Motivasi Pagi



17/07/14

Kereta keluarga

Cerita ni hari Ahad lepas. Hari minggu biasa My Love tak kerja kan jadi My Love ajak keluar jalan-jalan. Bulan puasa mesti tak leh jalan-jalan cari makan, kami pergi Showroom kereta dan test drive. Dari hari itu nak pergi test drive tapi showroom tutup. Ahad lepas ada rezeki kami nak tengok dan test drive sekali. Masa pergi ni Qistina tak de sebab Qistina tidur rumah nenek dia (umah MIL Dilla), tinggal Danish sorang je.

Kereta apa kami tengok....Kami pergi Showroom Peugeot. My Love nak tunjuk pada Dilla kereta idamannya iaitu Peugeot 408. Kereta tu memang cantik. Dalaman dia luas dan Dilla pun suka ngan kereta tu. Danish..lagilah dia suka. Tak caya meh tengok ni


Tengah membelek brosure kete tu

Papa test drive Danish membebel kat belakang sambil tengok brosure. Bila tanya cantik tak, dia angguk. Bila tanya nak beli kete ni, dia pun angguk pastu senyum


Pening la


Lepas test drive kami duduk jap sebab My Love nak jumpa sales advisor tu tanya-tanya sikit. Danish lak duduk termenung. Agaknya dia tengah fikir nak beli tak kereta ni ye. hehehehe. Dari apa yang Dilla dapat masa di showroom tu dari sales advisor, dia tak menjual tapi dia sharing. Walaupun dia Cina dan kami ni Melayu yang biasa-biasa je, dia layan kami dengan baik. Cerita bersungguh dan kalau masa tu kami memang ada budget memang akan terus beli sebab dia yer service. Tak pe satu hari nanti jika ada rezeki kami akan beli juga kereta ini. Boleh masuk dalam wishlist family ni. In shaa Allah , Allah akan permudahkan segalanya. Amin


16/07/14

Contest Writer Unleashed

Alhamdulillah syukur kepada Allah dan suka tak terkata. Blog Dilaz Family dapat lagi BE baru dari En Nuffnang. Terima kasih Nuffnang kerana terus mempercayai Blog ini. BE itu "Fashion Pitch/Writer Unleashed". Ni contest bagi yang pandai menulis boleh join contest tu.Hantar manuskrip anda dan jika menang boleh menang hadiah wang tunai dan tulisan akan dipublish. Best kan. 




Dilla tak kreatif dan tak pandai menulis. Kalau pandai memang nak join gak contest tu. Mana tahu ada rezeki kan. Sedangkan contest offline yang nak kena pakai slogan tak join ni kan nak jadi penulis, huhuhuhu. Setiap orang minat berbeza kan. Apa-apapun mencuba itu tak salah. Usaha tangga kejayaan.



Komputer menggigil bila print screen jadi bergetar..emmm nak kena beli laptop baru ni. In shaa Allah ada rezeki boleh beli baru

BE ke-7 Julai
BE ke-18 untuk 2014

15/07/14

Danish suka posing

Dah pandai bergambar sekarang ni si Danish. Pantang pegang handphone kalau mengadap dia mesti ingat kita nak ambil gambar. Cepat-cepat posing suruh tangkap gambar. Pastu nak tengok gambar tu. Bijak sungguh budak zaman sekarang kan. Zaman Dilla dulu mana ada ni semua. Tapi dulukan masa Dilla kecik Abah suka ambil gambar. Banyak gambar Dilla ada masa kecik. Dapat gak dijadikan kenangan dan tatapan untuk anak-anak sekarang. Paling malu masa tu makan buah betik tak pakai baju hanya pakai seluar. Qistina kata "Mama ni makan comot ekk, pastu tak pakai baju. Tak malu ke". huhuhuhu. Kenangan sangat terindah. 

Sekarang Dilla lak suka ambil gambar anak-anak. Gambar Qistina dan Danish. Saje ambil sebagai kenangan dan lihat pembesaran mereka. Nanti dah besar diorang leh tunjuk lak pada anak-anak mereka kan. Setiap aksi ada makna tersendiri. Merekalah si jantung hati Dilla. Meh tengok aksi posing Danish.


senyuman menggoda

dan lagi

nak buat Peace tapi tak jadi


Sekarang Danish susah lak nak senyum bila orang tegur. Ikut mood dia. Bagus gak sebab dia tak peramah sangat. yelah sekarang ni kan macam-macam kes ada, naik risau.


Rezeki berganda

Allahhuakhbar..Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan bulan penuh keberkatan. Semalam Bonus Shaklee dah masuk dalam akaun dan semalam juga dapat lagi 2 Buffered Earning baru dari En Nuffnang. Sayang Shaklee dan Nuffnang ketat-ketat. Ini dinamakan rezeki berganda. Syukur kepada Allah di atas rezeki yang diberi.









BE "Waku Doki Campaign" dan "UMobile Prepaid Free Meal". Dilla belum nampak lagi iklan waku doki tu berjoget kat blog Dilaz Family ni. Tapi yang UMobile ada terpandang ia berjoget di sini. Lama-lamalah BE ni semua kekal di sini. Dilla nak ucapkan terima kasih kepada En Nuffnang kerana sudi terus memberi BE baru pada Blog Dilaz Family. Lepas ni bagi banyak-banyak lagi. 

Ya Allah, Engkau murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan sentiasalah lindungi kami. Amin

BE 5 dan 6 Julai

BE 16 & 17 untuk 2014
 

14/07/14

Ragam anak-anak

Salam 16 Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Dilla nak kongsi cerita aktiviti anak-anak dihujung minggu. Cerita ni hari Sabtu lalu. Sabtu Ahad biasanya Qistina akan ada kerja sekolah yang diberikan oleh cikgunya. Jadi Dilla akan suruh buat pada hari Sabtu, sebab hari Ahad boleh Qistina rehat kan. Yang Danish lak pantang tengok kakak dia pegang buku dan pensel, Danish pun sama nak. Nasib ada buku latihan Qistina yang lama dan habis dibuat jadi bagilah Danish supaya dia leka. 

Buku tu jangan cakaplah memang habis dicontengnya. Biarkanlah je janji Danish tak ganggu Qistina buat kerja sekolah. Bila Dilla ajar Qistina, Danish pun sibuk suruh ajar dia baca. Danish cemburu pun ada sebab kakak dapat perhatian. Macam-macam ragam kan. Tengoklah ragam anak-anak Dilla ni

 
 inilah gelagat mereka berdua


Yang ni paling suka tengok


Danish mula menconteng
Dinding rumah jangan cakaplah, habis dia conteng. Nasib belum cat rumah lagi. Kalau dah cat meraung Mama dibuatnya

 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kampung Jerman

Kampung nie sekarang popular sejak Jerman kalahkan Brazil 7-1. kalau nak tahu Kampung Parit Jerman ni ada di Telok Kerang, Pontian, Johor. Siapa tak tahu datanglah ke Pontian pastu pergi Telok Kerang mesti akan jumpa kampung ni. Tak sangka dulunya kampung ni kurang dikenali tapi kini satu dunia tahu kampung ni.

Kampung Parit Jerman, Pontian, Johor

13/07/14

Murtabak Maggie

Hari tu ada tengok TV cerita "Azam Ramadhan Sue". Anak lelaki dia buat mutabak Maggie nampak macam sedap je. Sebenarnya sebelum ni pun ada gak tengok murtabak maggie ni tapi lum ada hati nak buat. Tetiba je kali ni nak try lak buat murtabak tu. Apa lagi pergi dapur tengok ada tak bahan-bahannya. Yang ada cuma maggie dan telur. Sayur-sayur dan daun sup tak de lak. Kalau ada lagi sedap. Tapi nak try gak buat walau tak cukup bahan. Nasib menjadi murtabak tu.

Inilah murtabak maggie versi Dilla.

murtabak maggie
 

Nampak macam telur dadar kan. Tak sempat nak belah dan snap gambar sebab buat tu dah nak waktu berbuka. Qistina dan My Love kata sedap. Kalau ada bahan-bahan yang lain tu mesti lagi sedap kan.emmm tak pe lain kali cuba lagi. Murtabak paling senang dan simple je

 

11/07/14

Hitam hitam si tampok manis

Hitam itu menawan, betul tak? Dilla nak cerita tentang buah manggis ni. Buah manggiskan kulit dia hitam, tapi dalamnya pehhhh manis sedap. Kenapa Dilla cerita pasal manggis sebab minggu lepas adik bongsu Dilla yang kerja di Labuan Sabah balik kampung. Pada mulanya Dilla sekeluarga pun nak balik sama, tapi last minit tak jadi sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan. Nak dijadikan cerita, adik balik kampung jadi Abah pun pergilah petik buah-buahan tempatan kat sekitar rumah. Antaranya durian, rambutan, duku dan termasuklah buah manggis ni.

Adik hantar whatsapp gambar-gambar buah tersebut. Sedih sebab tak de rezeki nak join makan sama. Cuma berharap bila balik kampung nanti adalah rezeki untuk Dilla. My Love dan anak-anak tak makan buah-buah ni. Itu kekadang nak beli buah nak makan sorang-sorang tak syok sebab tak de geng. Sekarang tengah ajar Danish makan buah supaya nanti boleh buat kawan makan buah. Dilla memang suka makan. hehehehehe

 
Buah manggis di kampung halaman




10/07/14

BE dari Kastam Malaysia

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Alhamdulillah rezeki Allah. Dilla dapat lagi BE baru dari Nuffnang (iklan Kastam Malaysia). Semalam baru baca Blog member dia dapat BE dari Kastam Malaysia. Tak sangka Dilla pun dapat rupanya. Terima kasih Nuffnang dan Kastam Malaysia. Ini yang sayang ketat-ketat Nuffnang ni. Nanti bagi BE banyak-banyak. Mana tahu ada rezeki boleh cash out sebelum akhir tahun 2014. Amin






 
BE ke 4 Julai
BE ke 15 untuk 2014

 

Follower ke 600

Assalammualaikum semua...Selamat Berpuasa.

Sekejap je puasa kan, hari ini dah 12 Ramadhan. Masa sekarang begitu cepat berlalu. Rugi jika kita tak manfaatkan masa yang ada. Sama-sama kita tingkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini dan jadi insan yang lebih berguna. Peringatan untuk diri sendiri. Okeylah melalut lak. Dilla nak ucapkan terima kasih kepada semua Follower-follower Blog Dilaz Family ini. Tanpa kalian sunyilah Blog Dilla ni. Alhamdulillah sekarang Blog Dilaz Family dah ada 600 Follower. Walaupun tak seramai macam kawan blogger yang lain, Dilla tetap bersyukur dan berterima kasih kepada semua Follower yang sudi follow Blog Dilla ni.








 
Dari tak tahu apa itu Blog, Dilla kini meluahkan dan mencoretkan segala kenangan bersama keluarga di sini. Walaupun kekadang Blog ini sunyi sepi tanpa update terbaru. Dilla akan cuba yang terbaik dan berusaha menjadi insan yang lebih baik. Setiap kejayaan pasti perlukan pengorbanan kan. Dunia Blog banyak mengajar Dilla pelbagai perkara terutama kekeluargaan dan memberi inspirasi baru dalam kehidupan Dilla. 

Dilla nak ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi pada semua Follower. Semoga kawan-kawan semua akan terus menyokong dan follow blog ini. Follower ke 600 ialah Aty_Fared. Singgahlah blog aty tu





9/07/14

9/7/2014 vs 9/7/2002

Hari ini 9/7/2014..Hari anniversary couple a.k.a hubungan percintaan serius Dilla dan My Love yang ke-12. Kami berkenalan dari zaman Universiti dulu oleh teman baik My Love dan kami declare pada 9/7/2002 serta akhirnya kami disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 1/6/2007. 
 
Ramai yang kata orang pergi Universiti suruh belajar tapi dia bercinta lak. Dilla buat tak tahu je sebab kami di Universiti tak de lah sakan bercinta. Masa belajar kami akan fokus belajar, tapi bila time rehat, kami rehat secukupnya. Kami tak delah dating selalu macam yang lain, berjumpa bila nak makan bersama dan belajar bersama. Yang best yer ada yang kata kami ni adik-beradik. hehehehe
 
Pada mulanya Dilla memang tak suka My Love sebab My Love ni ramai peminat. Lama-lama dah kenal jadi suka dan jatuh cinta. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang perkenalan kami. Hanya kami dan Allah saje yang tahu. Dilla sayang sangat-sangat My Love. Dialah kawan, teman lelaki, suami, dan nyawa Dilla. Percaya tak Dilla boleh rasa sakit bila My Love sakit dan instinct Dilla pada My Love sangat kuat.
 
Semoga ikatan perkahwinan kami ini berkekalan hingga ke syurga dan keluarga kami sentiasa dilindungi Allah. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin


 
Gambar lama..tahun 2008
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails