PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

24/08/20

Terima kasih Abang 😘

Di sebalik kejayaan seorang wanita ada seorang lelaki. Di sebalik kesakitan seorang isteri ada suami dibelakang 😊.
Terima kasih Abang 😘. Ini dugaan untuk kite sebelum datangnya kejayaan besar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya 😍

#fadilahsuardijourney



21/08/20

Aku rindu

Setiap hari akan lihat pintu ni. Entah apa yang dilihat pun tak tahu. Menghitung hari demi hari. Merindui seseorang tu mungkin. Bila hati tak kuat mula sedih 😭.



Tu cerita dulu. Tahun baru Hijrah akan didik hati ni supaya kuat dan kental. Percayalah semua akan berakhir segera 😊

#fadilahsuardijourney

18/08/20

Sebulan kaki bersimen

Sebulan dah kaki bersimen. Rasa cam sekejap, tapi realiti yer lama. Alhamdulillah kesihatan semakin baik dan semoga cepat sihat seperti sedia kala. Aamiin 🤲

Semangat bisnes tak pernah luntur walau banyak halangannya. Pengalaman dan dugaan yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

Perjuangan belum berakhir 💪

#fadilahsuardijourney
#30hari


16/08/20

Cyst semasa mengandung


Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah ada cyst masa mengandung anak ketiga 😌. Besar gak cyst masa tu. 
    

Ini gambar masa awal² mengandung. Doktor sakit Puan kata jangan risau kalau cyst tu tak membesar. Sebab ada kes dia sebagai peneman baby. Emmm tak tau la sebab pengalaman pertama macam ni kan.


Cyst masa mengandung


Rutin setiap bulan akan ada appointment dengan pakar O&G. Doktor nak tengok perkembangan baby dengan cyst tu. Appointment sehingga baby dilahirkan.


Cyst masa mengandung


Walaupun pada mulanya baby tak banyak naik gram dan Mama pun masa tu berat tak cantik untuk perkembangan trimester, Alhamdulillah baby sihat sehingga saat dilahirkan. 

Masa 5/3/2018 appointment tersebut, doktor kata cyst dah takde. Tapi air ketuban kurang 😭. Bermulalah Mama kena tahan wad tak boleh balik.

Disebabkan air ketuban dah kurang, doktor takut baby ada masalah. Jadi kena paksa bersalin. Nanti sambung entri lain 😅

Mengandung anak ketiga

Selepas beberapa Bulan, Kak FS mengandung anak ketiga 😀. Alhamdulillah 🤲, pemberian Allah yang tak disangka. 


Pregnant anak ke3

Kuih Kapit Rose

Kuih kapit rose ni jumpa masa hari Raya Adilfitri 2017 di rumah Mak Long. Ishh lama kan terperam entri dalam draft 🤣. 

Sebab kuih ni rare nak gak up di sini. Cantik dan berwarna warni. Kalau ada warna merah mesti lagi cantik kan.


Kuih kapit rose


Kuih kapit ni favourite Kak FS. Buat kudap-kudap pun sedap kan. Lebih sihat 😀. Nak buat dia memang berpanas depan api. Sebab tu berbaloi la dengan harganya.

Pregnan kosong

Lama sungguh tak update kisah dilazfamily di sini. Banyak draft di entri, Kak FS update satu persatu. Oops lupa. Lepas ni jangan terkejut guna nama Kak FS selalu. Nak guna terus nama ni sampai bile-bile. Korang ingat dilazfamily, ingat Kak FS 😊.

Kisah pregnan kosong ni 3 tahun yang lalu. Sebelum pregnan anak ketiga (Yang ni pun belum cerita dalam ni). Tergerak hati nak check sebab lama dah tak period dan rasa mabuk je. Tu beli pregnancy test.  Tengoklah ada 2 line kan tapi samar.

Test kedua di klinik


Tak puas hati tu pergi Klinik jumpa doktor. Test kali kedua pun samar still double line. Yang peliknya scan perut takde pun tanda-tanda ada baby 😌.


First test kat rumah



Doktor kata tengok seminggu camne. Sama ada keluar period atau sebaliknya. Dua 3 hari lepas jumpa doktor, keluar darah macam period. Tapi kali ni keluar ketul darah lain macam, ada setompok warna putih camtu. Tak taula apa tu. Memang teringat² lagi sampai sekarang.  Itu je nak tulis kat sini 

14/08/20

BFF baru Kak FS ♥️

Ni BFF untuk tulang Kak FS sekarang. Kena rajin dan konsisten ambil setiap malam. Nak tulang cepat cantum dengan baik dan kuatkan tulang semula.

Yang best yer bukan untuk tulang je, ia bagus untuk lawaskan pembuangan. Pagi² mesti dating dengan Cik Tan 😅.

#fadilahsuardijourney

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails