PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

28/01/15

Oh Kasutku

Apa lah cerita kasut pun nak buat entrikan. Saje je nak up kat sini. Kasut ni My Love yang belikan masa Year End Sale bulan Disember tahun lepas. Apa mimpi pun tak tahu tetiba nak belikan kasut. Katanya saje je nak beli sebab ada rezeki lebih, jadi nak kongsi bersama isteri tersayang. huhuhuhu. jangan muntah hijau ye. Alhamdulillah, ini namanya rezeki tak disangka. Yang tersayang nak beli, kita terima jelah kan. Terima kasih Abang.




Simple je kan. Dah lama beli tapi sampai sekarang masih belum pakai. Rasa sayang lak nak pakai.
Jom like Page Dilaz Family

23/01/15

CPUV-Lactacyd Malay Milen..

Assalammualaikum semua.

Lama rasanya tak update blog, hampir seminggu. Dilla sibuk sikit dan tengah nak biasakan dengan rutin harian yang baru. Sejak Qistina dah mula sekolah, masa agak terhad sikit. Jadi nak online melalui komputer terganggu kejap. Nampaknya pasni kena rancang masa lebih baik lagi. Kata azam baru nak rajin update blog kan. Walau cam mana pun kena update setiap hari. Okeylah panjang lak mukadimah. Dilla nak update Blog Dilaz Family dapat CPUV baru lagi dari Lactacyd


Alhamdulillah rezeki Allah. Terima kasih Nuffnang dan Lactacyd. Ini yang buat sayang sangat Nuffnang ketat2. Tak nak curang. huhuhu
 
BE ke 9, 10 dan 11 untuk Januari
BE ke 9, 10 dan 11 untuk 2015 

Jom like Page Dilaz Family

17/01/15

Kerana Merekalah

Kerana Merekalah Dilla bergelar seorang ibu.
Kerana Merekalah pelengkap rumah tangga kami.
Kerana Merekalah Dilla sentiasa bersemangat dan sentiasa sabar menunggu impian tercapai.
Kerana Merekalah amanah Allah kepada kami.
Kerana Merekalah rumah ini sentiasa bahagia dengan gelak tawanya.
Kerana Merekalah penguat hati kami.
Merekalah Cinta Hati Dilla dan My Love.
Semoga Qistina dan Danish sentiasa dilindungi Allah serta menjadi anak yang soleh solehah di dunia dan akhirat. Amin

Jom like Page Dilaz Family

16/01/15

Ikan Pekasam Sepat Tok Besah

Siapa suka makan Pekasam, angkat tangan.... Dilla tak bape suka makan, sekali sekala boleh kot terima. Hari tu dapat Ikan pekasam sepat Tok Besah. Banyak gak dalam satu plastik tu. Harga tak tahu sebab dapat Percuma. Rezeki jangan ditolak kan. Dilla pun masak dan nak cuba rasanya. Boleh lah tahan sebab kan Dilla ni bukan pencinta makanan pekasam.

Rupa plastik luaran ikan pekasam tu. Gambar dalamannya lupa nak ambil gambar.



Dilla hiris bawang besar dan cili padi untuk lebih sedap. Selepas dimasak campak mencampak jadilah begini



Ikan pekasam sepat tu tenggelam dalam lautan cili dan bawang.huhuhuhuhu

Jemput tengok

Jom like Page Dilaz Family


CPUV..Digi Year End Sale

Salam Jumaat

Alhamdulillah. Lama tak buka Nuffnang, sekali buka ada CPUV baru dari DigiYear End Sale. Ada 2 BE dan sekarang total ada 11 On Going. Memang seronok tak terkata tau. Tu yang hari-hari semakin bersemangat nak update blog. Curi-curi masa nak update blog walau sehari 1 entri. Kata nak jadi blogger tegar kan.

Sebab itulah Dilla suka berblog dan sayang sangat ngan Nuffnang. terima kasih Nuffnang dan DIGI. Nanti beri lagi tau BE banyak-banyak.



BE ke 7 dan 8 Januari
BE ke 7 dan 8 untuk 2015

15/01/15

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2015

Alhamdulillah. Hari ini 15 Januari 2015. Makanya Dilla nak pergi Sekolah Qistina untuk ambil Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2015. Bolehlah guna untuk persekolahan Qistina nanti. Syukur kepada Allah. 


Jom like Page Dilaz Family



14/01/15

WW #38-Comel ke Comel?


Gambar Dilla masa kecil. Tak ingat bape bulan. Air liur masih menjejes lagi. Kenangan terindah zaman baby. Up sini nak simpan dalam diari alam maya.

Comel ke comel?


Jom like Page Dilaz Family



13/01/15

Hari Pertama Qistina

Semalam (12/01/2015) merupakan hari pertama Qistina di Sekolah Rendah. Ini satu cabaran kepada Qistina untuk belajar berdikari. Qistina memang budak yang baik dan berani. Semalam bangun seawal 5.30 pagi (Hari pertama memang excited). Sampai sekolah jam 6.40 pagi (lebih kurang macam tu).

 

Sebab sampai awal dan kelas masih gelap, teman Qistina duduk kat kantin dulu. Belikan Qistina air kotak Dutch Lady untuk dia alas perut sebab suruh sarapan tak nak. Bila kelas dah buka lampu, Qistina masuk kelas letak beg sekolah dan pilih tempat duduk. Dia duduk meja tengah. 


 
Seronok Qistina pergi sekolah. tak menangis dan suka berkawan. Sekejap je dia dapat kawan. Alhamdulillah, tak susahkan Mama dan tak buat Mama susah hati. Good Girl. belajar rajin-rajin dan jangan nakal-nakal kat sekolah ye sayang.
 
Jom like Page Dilaz Family

11/01/15

Hadiah dari Intan Berlian


Sebelum ni Dilla ada buat entri tentang menang Mini Giveaway #32. Alhamdulillah hadiah dari Intan Berlian dah sampai di tangan. Seronok sangat sebab menang, memang niat nak beri pada Qistina. Qistina lak bukan main suka lagi dia bila dapat hadiah frozen ni. Tak sabar-sabar nak mewarna buku tu. Terima kasih Zarina atas pemberian ini. Semoga lebih dimurahkan rezeki Allah dan diberi kesihatan yang baik. Amin


Hadiah colour crayon



dan buku mewarnanya




Cantik kan.. Demam Frozen masih ada lagi

Semoga tahun 2015 ni lebih dimurahkan rezeki Allah. Amin InsyaAllah
 
Jom like Page Dilaz Family


10/01/15

Koleksi Gelas McD Coca Cola

Lama sebenarnya nak up entri ni, tapi dibiar jadi pekasam. Masa belek-belek galeri gambar kat handphone nampak ni. Jadi uplah entri ni...Koleksi gelas McD Coca Cola Dilla. Ini koleksi zaman dulu-dulu. Sekarang dah tak makan McD lagi, lama dah sebab My Love lebih suka KFC. Jadi ini jelah gelas yang dapat dikumpul dan dijadikan koleksi. Ada gak minggu yang tak dapat Dilla kumpul gelas Coca Cola tu. Saje je suka-suka. 

Inilah hasilnya

 
 
 
dan
 
 
Jom like Page Dilaz Family

9/01/15

Danish merajuk

Ini cerita semalam. Dilla kena bengkak susu (masuk ni dah 3 kali). Lepas balik dari Klinik Danish minta susu sebab nak tidur. Memang biasa sebelum nak tidur dia akan minum susu dulu. Dilla pun bancuhlah susu tepung letak dalam botol susu nak bagi Danish minum. Ya Allah dia punya menolak hanya Allah je tahu. Yang bijak tu Danish kata "tup..tup.." Dia suruh tutup botol susu tu sebab tak nak minum. Last-last dia tertido sebab merajuk tak dapat susu

Danish 2 tahun 3 bulan
 
Memang sedih tengok muka dia bila tak dapat minum susu. Dilla terpaksa sebab gigi dia tu bila menyusu rasa berbisa kat Cik B. Dilla bersyukur sebab niat nak fully breastfeed Danish sehingga 2 tahun berjaya. Ini dalam proses ceraikan susu badan dari Danish. Malam tadi beri gak Danish minum susu badan sikit. Danish tak suka susu tepung sebab rasanya kot. Kena try n error susu tepung mana yang dia suka la pasni. Tapi kalau susu fresh Dutch Lady Coklat tu laju lak minum

  Jom like Page Dilaz Family

CPUV pembukaan Januari 2015


Macam lama je tak bersiaran di sini. Bila dapat online pertama sekali buka ialah akaun Nuffnang. Alhamdulillah ada rezeki di bulan Januari ini. Blog Dilaz Family dapat 6 BE untuk Januari 2015 ini. Iklan dari RHB dan Kit Kat. Dilla ada tengok Kit Kat baru tu. Nampak sedap dan packaging dia pun cantik boleh buat hadiah. Seronoknya kalau dapat hadiah coklat cam tu kan.


 
Terima kasih Nuffnang dan Pengiklan semua kerana sentiasa sudi beri iklan di sini. Tahun ni bagi banyak-banyak lagi tau. Boleh simpan duit nak bercuti bersama keluarga kelak.
 
BE ke 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Januari
BE ke 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Tahun 2015
 
Jom like Page Dilaz Family

5/01/15

Kena Dera

Siapa yang kena dera tu? Siapa lagi kalau bukan Mama Qistina. Kena dera tulis nama dan balut buku tulis, buku latihan dan buku teks sekolah Qistina. Papa Qistina lagilah tak suka bab-bab cam ni. Maka Mama lah mangsanya. Banyak gak nak kena tulis dan balut buku tu. Tak pelah nanti dah besar sikit Qistina buat sendiri ye.




Qistina kena belajar rajin-rajin dan sungguh-sungguh tau. Biar jadi anak yang boleh membanggakan keluarga dan bantu keluarga bila besar nanti.

Jom like Page Dilaz Family

4/01/15

Satu Sekolah

Kawan baik masa Tadika satu sekolah dengan Qistina. Pada mulanya mereka berdua ni sekolah yang berbeza, tapi disaat akhir Mama Fifi ni tukarkan Fifi ke sekolah sekarang ni. Bukan main seronok Qistina bila nampak kawan baik dia tu. Yang sedihnya walau satu sekolah, mereka berlainan kelas. Tak pelah nanti kat sekolah mesti berjumpa gak ye kan.



Ada orang tegur kata, anak kembar ke....hehehehe. Qistina kata dia takut nak pergi sekolah sebab takde kawan dan tak kenal orang. Nanti minggu suai kenal dapatlah tu kawan baru. Jangan takutlah.

Jom like Page Dilaz Family

3/01/15

Hari Orientasi Qistina

Rabu lalu (31/12/2014) adalah Hari Pendaftaran Tahun 1 dan juga hari Orientasi Qistina. Dilla terpaksa uruskan sendiri sebab My Love bekerja. Jadi bawalah Danish sekali. Bukan main seronok Danish pergi sekolah kakak Qistina. Dia pun sibuk ngan beg sekolahnya. Dilla tak ambil gambar banyak pun masa pendaftaran tu. Sibuk nak kawal Danish yang asyik berlari-lari.




Memang pening dan mabuk hari tu dengan orang ramai (almaklumlah dah lama tak bekerja jumpa orang ramai). Alhamdulillah semuanya selesai cuma seluar sukan je tak dapat beli sebab stok habis. emmm
Jom like Page Dilaz Family

Peralatan Persekolahan 2015

Tajuk tak menahan. hihihihihi. Saje je. Ini dia antara Peralatan Persekolahan Qistina untuk tahun 2015. Gambar baju tak de dalam ni sebab tengah basuh. Alhamdulillah rezeki Qistina. Apa yang dia nak dapat ditunaikan.


Jom like Page Dilaz Family

2/01/15

Sangat teruja

Tengoklah si Qistina ni yang sangat teruja dan bersemangat nak pergi sekolah. Bangun seawal 5 pagi dan terus mandi tak sabar-sabar nak ke sekolah. Kalau persekolahan dah bermula nanti susah nak bangun pagi, Mama jirus air tau.


p/s: Gambar kejadian masa hari Orientasi lalu.
 
Jom like Page Dilaz Family

Doa Hari Ini #15

Assalammualaikum semua

Hari ini Jumaat pertama 2015. Semoga kawan-kawan semua diberkati dan dilindungi Allah. InsyaAllah

 

1/01/15

Anak Buah

Dilla sekarang ada 3 anak buah (2 lelaki dan 1 perempuan). Akan datang akan lahir seorang lagi anak buah (anak kedua kepada Chubby Hanna). Alhamdulillah. Sebenarnya rindu kat mereka ni tu yang up entri ni. Inilah anak-anak buah Dilla




 Anak Fairus Anisa....Farhan dan Nabihah



dan



Anak Chubby Hanna....Amyrul Arsyad


Gambar diambil dari facebook ibu-ibu mereka. Comelkan mereka. Semakin membesar dan masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Mak Long rindu sangat kat korang. 

Selamat Tahun Baru 2015


SELAMAT TAHUN BARU 2015
Semoga tahun ni lebih dimurahkan rezeki Allah, lebih diberkati Allah dan semua impian dan azam tahun 2015 ini akan tercapai. InsyaAllah. Amin

Nanti Dilla share Vision Board untuk 2015 ye. Takdelah gempak sangat tapi semuanya untuk keluarga
 
Jom like Page Dilaz Family



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails