PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Pregnant. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pregnant. Papar semua catatan

16/08/20

Cyst semasa mengandung


Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah ada cyst masa mengandung anak ketiga 😌. Besar gak cyst masa tu. 
    

Ini gambar masa awal² mengandung. Doktor sakit Puan kata jangan risau kalau cyst tu tak membesar. Sebab ada kes dia sebagai peneman baby. Emmm tak tau la sebab pengalaman pertama macam ni kan.


Cyst masa mengandung


Rutin setiap bulan akan ada appointment dengan pakar O&G. Doktor nak tengok perkembangan baby dengan cyst tu. Appointment sehingga baby dilahirkan.


Cyst masa mengandung


Walaupun pada mulanya baby tak banyak naik gram dan Mama pun masa tu berat tak cantik untuk perkembangan trimester, Alhamdulillah baby sihat sehingga saat dilahirkan. 

Masa 5/3/2018 appointment tersebut, doktor kata cyst dah takde. Tapi air ketuban kurang 😭. Bermulalah Mama kena tahan wad tak boleh balik.

Disebabkan air ketuban dah kurang, doktor takut baby ada masalah. Jadi kena paksa bersalin. Nanti sambung entri lain 😅

Mengandung anak ketiga

Selepas beberapa Bulan, Kak FS mengandung anak ketiga 😀. Alhamdulillah 🤲, pemberian Allah yang tak disangka. 


Pregnant anak ke3

Pregnan kosong

Lama sungguh tak update kisah dilazfamily di sini. Banyak draft di entri, Kak FS update satu persatu. Oops lupa. Lepas ni jangan terkejut guna nama Kak FS selalu. Nak guna terus nama ni sampai bile-bile. Korang ingat dilazfamily, ingat Kak FS 😊.

Kisah pregnan kosong ni 3 tahun yang lalu. Sebelum pregnan anak ketiga (Yang ni pun belum cerita dalam ni). Tergerak hati nak check sebab lama dah tak period dan rasa mabuk je. Tu beli pregnancy test.  Tengoklah ada 2 line kan tapi samar.

Test kedua di klinik


Tak puas hati tu pergi Klinik jumpa doktor. Test kali kedua pun samar still double line. Yang peliknya scan perut takde pun tanda-tanda ada baby 😌.


First test kat rumah



Doktor kata tengok seminggu camne. Sama ada keluar period atau sebaliknya. Dua 3 hari lepas jumpa doktor, keluar darah macam period. Tapi kali ni keluar ketul darah lain macam, ada setompok warna putih camtu. Tak taula apa tu. Memang teringat² lagi sampai sekarang.  Itu je nak tulis kat sini 

16/10/12

39 Minggu

Salam semua.

Lama dah Dilaz tak update Blog kan. Dah 2 minggu lebih. Dilaz sebenarnya kalau boleh hari-hari nak update Blog. Lagi2 sekarang dah start amik cuti bersalin. Tapi apakan daya, bukan masa tak de..tapi line internet yang susah sikit. Broadband Dilaz dah tutup sebab malas nak bayar bil banyak2. Dilaz guna line handphone je sekarang. Okeylah berbalik semula ke tajuk entri. Diam tak diam sekarang Dilaz dah 39 minggu. Seminggu lagi nak due date. Perut semakin membesar sampai bile dah duduk nak bangun punyalah susah. Hehehehehe

Semalam Dilaz pergi check up. Berat badan tak naik, tapi tekanan darah pula turun. Mungkin sebab banyak nah fikir bile baby nak keluar kot. Dilaz sebenarnya tak sabar nak tunggu babby keluar. Teruja bile baca Blog kawan2 yang dah selamat bersalin dan dapat baby baru. Baby Dilaz lak selesa sangat kot dalam perut ni. Lagi nak bersalin, lagi banyak makan. Mana tak gemuk. Pantang nanti kena pantang betul2 kalau tak, susahlah nak turun berat badan nie. Hahahahahaha. Berdoa sangat baby keluar minggu ni.

Dikesempatan ini Dilaz nak mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua kawan2 sekiranya ada salah dan silap serta terkasar bahasa yang telah Dilaz lakukan.Doakan Dilaz dan baby sihat selalu dan Dilaz selamat bersalin nanti.AMIN.

Tahniah kepada Cute Mum, Cha, Cik Jue, Anies dan kawan2 Blog yang telah selamat bersalin. Selamat berpantang erk. Jaga diri baik2.

29/09/12

Mana menghilang

Salam semua

Apa khabar? Lama Dilaz tak update blog nie kan. Mana menghilang lama tak update Blog. Dilaz tak hilang. Cuma mood berblog ke laut. Almaklumlah tengah mengandung nie, letih semacam je. Balik je keje dah penat, terus tido. Nak buka email lagilah malas, inikan nak update blog.

Tapi bile difikirkan dah buat Blog Dilaz Family nie sayang kalau tak diteruskan. Kena cari idea gak dan buat entri untuk update Blog. Kalau tak rugi tau. Oleh kerana lama tak update Blog, yang lain pun lupa nak buka termasuklah CHURP CHURP. Sekali buka Earning Dilaz hilanglah. Tak pasti apa masalah. Tapi Dilaz nak report ke admin, tunggu feedback dari mereka. Sayang tu Earning CHURP CHURP dah banyak.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, Dilaz sekarang dah 36 minggu. Tak sabar nak tunggu baby keluar. Doakan Dilaz dan baby sihat serta baby selamat dilahirkan nanti.AMIN


 

15/08/12

Susu 1 Malaysia

Salam semua.

Bulan lepas sehari sebelum puasa, ada cikgu beri Dilaz sekotak Susu 1 Malaysia.
Rasa dia lebih kurang macam susu Dutch Lady Coklat. Dapat air free, minum jelah kan. Untung Baby dapat minum air free ni.

Cantik kan packaging air kotak 1 Malaysia ni

 

13/08/12

Nak pergi check up

Sekejap lagi Dilaz nak pergi check up kat Klinik Amal, Dr Rahimah. Harap tak ramailah orang kat sana dan semuanya berjalan dengan lancar. Bulan lepas check up doktor marah sebab berat badan naik banyak sangat. Kali nie tak tahulah macam mana, sebab bulan puasa nie kan.

Doakan Dilaz dan Baby sihat ye kawan-kawan. Selamat Berbuka Puasa.
 

18/07/12

Cerita di Singapore

Salam semua.


Dilaz nak sambung cerita di Singapura @ Universal Studios Singapura. Bantak tempat yang boleh dilawati di USS. Kalau tak silap Dilaz ada 18 tempat macam-macam watak dan movie yang boleh kite tengok. Dilaz dan My Love tak pergi banyak pun hanya lebih kurang separuh je dari situ, yang lain tak masuk hanya duk luar ambil-ambil gambar je. 


Cuaca masa tu hujan. Kejap lebat, kejap gerimis. Jadi terbatas sikit pergerakan dan masa yang diberikan untuk berada di dalam USS pun kejap je. Kiteorang diberi masa hanya dari jam 10.40 pagi hingga ke 3 petang. Itu yang tak puas jalan tu.



   
Ride the Movie yang pertama kiteorang tengok ialah "SHREK". Dalam movie nie banyak kali kena sembur dengan air. Mula-mula kena air dari SHREK dan Wife dia bersin. Memang macam real. Pas tu masa dia nak selamatkan FIONA di air yang deras. Paling geli masa ada banyak labah-labah. Memang terasa labah-labah tu di kaki kite. Terperanjat Dilaz masa tu, ingat tak de apa-apa.

Lepas tu..kiteorang pergi ke Transformers. Sebelum nak masuk ni siap bergaduh dengan My Love tak nak masuk sebab rasa macam takut je nak masuk situ. Tapi sebab sayangkan My Love tawakal lah masuk join sekali.
 

Ini keadaan dalam Ride the Movie Transformers. Nak sampai ke movie tu ambil masa 1 jam setengah tau. Punyalah lama beratur. Sampai rasa nak patah balik.
 

Tapi penantian berbaloi sebab memang seronok dalam Transfomers tu. Yelah kite jadi salah satu robot yang menyelamatkan negara daripada musuh. Memang real dan rasa ngeri sikit pun ada. Rasa ngeri masa dia bawa kete laju-laju dan tetiba kereta tu jatuh daripada bangunan. Mahu kecut pertu nie. Nasib baik baby tak de apa-apa dalam perut ni. 

Habis tengok Transformers ingat nak masuk di Jurassic Park.
 

Bile masuk tengok signboard tulis anda akan basah sepenuhnya, terus tak jadi masuk. Lagipun kawan-kawan cerita kalau masuk dalam tu tak sesuai untuk Dilaz sebab takut apa-apa jadi pada baby. Nasib baik tak masuk. Member-member habis basah kuyup. 

Di USS tu memang seronok. Sesiapa yang belum pergi dan rancang nak pergmi jangan lupa masuk di Transformers tau. Kalau tak masuk itulah yang paling merugikan.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

29/06/12

Pregnant 3 bulan

Ini gambar Dilaz masa pregnant 3 bulan. 


Gambar diambil masa nak pergi meting. Kali nie pregnant nak ambil gambar kenangan sebab dulu tak de masa nak ambil gambar. Perut baru nampak sikit. Nak jadikan kenangan dan tunjuk pada anak-anak nanti.
  

22/06/12

Durian oh durian

Teringin lak nak makan durian. Waktu tengah mengandung nie rasa nak makan durian lah pulak. Cam ne erk? Boleh makan banyak-banyak tak. Sekarang dah 5 Bulan mengandung



22/04/12

Teringin nak minum

Masa mengandung nie nafsu teringin timbul yang bukan-bukan. Tapi bukanlah benda yang pelik2 tau, just cuma nak makan benda yang patut dielakkan makan je. Contohnya air nie......


Teringin sangat nak minum air nie. Cam ne nak buat erk??
 

18/04/12

Minumlah anakku

Pagi tadi cerita tentang gula-gula. Petang nie nak cerita tentang susu lak. Oleh kerana sekarang dah pregnant mestilah minum susu. Ni pun untuk baby dalam kandungan juga. Baby sihat Mama pun senang.Kali nie Dilaz pilih susu dari brand Dumex "Mamil Mama". Sebelum nie Dilaz minum susu Enfa Mama. Kali nie saje nak alih selera.

 
Sedap gak susu ni. Cuma Dilaz malas sikitlah nak bancuh susu nak minum. Memang tak berapa gemar minum susu tepung sebab leceh nak kena bancuh. Lagi senang minum susu segar yang dah siap. Just tuang dalam cawan, pas tu minum. Hehehehehe.

P/S: Kawan-kawan yang pregnant minum susu apa?
 

15/04/12

Kudapan hujung minggu

Bile tengah mengandung nie, macam-macam nafsu makan ada kan. Tengok tu nak, tengok nie nak..semuanya sedaplah. Tapi makan sebenarnya nak rasa je dan sikit. Dia punya nafsu je lebih. Hari tu Dilaz pergi pasaraya nak beli barang dapur sikit, nampak strawberi terus beli. Jalan-jalan pilih barang nampak lak Coklat Nutella ada offer. Jadi Dilaz pun beli sekali.

Hari nie baru nak makan strawberi cicah dengan coklat nie. Sedap sangat rasanya. Patut lah Datuk Siti Nurhaliza suka.

 

19/03/12

Dilaz ada berita gembira......

Alhamdulillah...rezeki dari ALLAH. Setelah tunggu selama lebih kurang 2 tahun akhirnya Dilaz ................





PREGNANT


 
Syukur sangat kepada ALLAH. Harap Dilaz dan Baby sentiasa sihat dan selamat. Doktor kata dah 7 minggu (mengikut gambar yang di scan). Doktor pesan awal bulan 5 datang klinik untuk buat buku merah dan tentukan bile due date untuk bersalin nanti. Alhamdulillah.

P/S :Kawan-kawan doakan kesihatan Dilaz dan baby erk. Terima kasih
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails