PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

30/11/14

Cabutan Bertuah Ibu Bapa

Assalammualaikum semua. Selamat hujung minggu. Masa Konvokesyen Qistina Dilla dapat cabutan bertuah Ibu bapa. Alhamdulillah tak sangka bertuah hari tu. Selalu susah nak bertuah, mungkin itu rezeki Dilla dan Dilla betul-betul guna tektik LUA masa dalam Ballroom tu. Berhasil dengan izin Allah.

Inilah dia hadiah tu
 

dan hadiah dalam sampul tu


bekas kuih. Raya tahun depan InsyaAllah boleh guna ni

Tak menang sweet couple tapi menang cabutan bertuah pun dah kira okey. Janji pulang tidak dengan tangan kosong. Ada juga bawa hadiah balik. hihihihi. Terima kasih kepada Puan Mila (Guru Besar Tadika Damai Cemerlang)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

29/11/14

Sample #5 dari Annum

Terima kasih Annum. Dilla request sample ni secara online. Tak pernah minum susu Annum ni. Dulu masa pregnan minum susu Enfa Mama je. Saje nak cuba mana tahu lain kali jika ada rezeki mengandung boleh minum ni lak



Susu Annum Materna

dalam dia ada


2 sachet

Alhamdulillah rezeki. Dilla masih menunggu sample-sample yang lain.

Konvokesyen Part 3-Penyampaian Hadiah

Last cerita tentang Konvokesyen Qistina iaitu penyampaian hadiah. Alhamdulillah Qistina dapat no 3 dalam peperiksaan akhir tahun. Jadi dapatlah Qistina naik pentas ambil hadiah. 





Qistina 6 Lily



Ambil hadiah dan piala


dan

Penyampaian sijil Konvokesyen

 


Ini bukan Qistina, Qistina kata pelajar ni jalan dulu patutnya dia belakang Qistina. tu yang dia marah sangat pas ambil sijil 





Haaa betul tak Qistina kata, gambar tu buktinya





entah apa yang Qistina pandang pun tak tahu. Danish lak sibuk nak amik scrol dan bunga kat tangan kakak dia

Last tapi tak last sangat pun




Dapatlah ambil sekeping gambar Qistina buat kenangan. Ini pun susah nak ambil gambar dia. Macam-macam hal 



Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH 

28/11/14

Mutiara Kata #1

Warnai hidup dengan bunga-bunga senyuman,
Dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, 
Wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran,
dan
Indahkanlah lagi dengan sentuhan keimanan

Hidup akan lebih bermakna dan diri akan lebih berharga

Petikan dari buku Jangan Bersedih

Konvokesyen Qistina Part 2-Persembahan

Dilla nak sambung cerita Konvokesyen Qistina. Part 1 boleh BACA SINI. Part 2 ni banyak tentang persembahan pelajar-pelajar Tadika Damai Cemerlang dari 4 tahun ke 6 tahun. Rasa kagum dan bangga tengok teletah mereka beraksi di atas pentas. Sangat happening. Jom tengok (gambar je)


Persembahan "Aci-aci buka pintu" dari pelajar 6 tahun



Coral Speaking pelajar 6 tahun 



Tarian Bollywood dari pelajar 6 tahun


dan


Qistina 3 dari kanan (depan)

Persembahan 1001 Malam dari pelajar 6 tahun

emmm baru perasan gambar yang diambil semua persembahan 6 tahun, yang 4 dan 5 tahun Dilla tak ambil. uhuhuhuhu. Jangan marah na. Esok Dilla sambung dengan penyampaian hadiah lak
 
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH 

27/11/14

Konvokesyen Qistina Part 1

AllahuAkhbar..Alhamdulillah. dapat juga Dilla share cerita tentang Konvokesyen Qistina di Hotel King Melaka pada 15 November 2014 (Sabtu). Qistina belajar di Tadika Damai Cemerlang. Sekejap je masa berlalu sekarang Qistina dah 6 tahun. Tahun depan dah masuk Darjah 1. Lagi berat tanggungjawab dan perhatian perlu diberikan kepada Qistina. Okeylah berbalik pada cerita konvokesyen tu. Dilla akan buat Part-part sebab banyak gambar yang diambil dan nak share kat sini.

Pendaftan bermula jam 8 pagi, tapi 7.30 pagi kami dah sampai. Jadi lepak jap kat lobi hotel dan selfie.


Kami berempat..Papa tu sibuk sangat ngan hp dia


Dilla ada snap gambar Qistina ngan Danish di lobi tapi lupa nak transfer dalam komputer lak. Takpelah lain kali. Kul 7.45 pagi kitaorang pun naik kat Ballroom. Ingat lum ada yang datang, rupanya ada yang datang lebih awal dari kami.








Masa pendaftaran ibubapa dapat 1 beg warna pink yang mana dalam tu ada Fridge Magnet ni, sebuku roti Gardenia (yang RM 0.80), sebotol air mineral dan sekotak air soya. Tapi dapat 1 beg je, ingat dapat 2. Opppss lupa lak dalam tu ada sekali segulung sijil Qistina, cikgu bagi awal-awa sebab nanti takut tertukar. Sekali Dilla buka sijil tu memang salah nama (sebab cikgu salah bagi beg). 





Hari Graduasi Tadika Damai Cemerlang 2014 gabungan 2 cawangan Bukit Katil Damai dan Taman Merak Mas. Ikutkan aturcara majlis bermula jam 9 pagi tapi 9.30 pagi baru bermula. Acara dimulakan dengan kedatangan VIP Jemputan dan diiringi dengan pelajar-pelajar 6 tahun yang memakai baju jubah konvo.


Macam Mama masih kecil dulu

Nampak tak Qistina yang tengah tersenyum tu. Mood masih baik sebab masih bersemangat. Mereka menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka dan lagu Ya Hanana

Kita sambung di Konvokesyen Qistina Part 2
 

7 Bacaan Pembuka Rezeki

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di atas bumi Allah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan lebih dimurahkan rezeki. Mari kita sama-sama banyakkan amalan Menjemput rezeki Allah ini. InsyaAllah



Selamat Beramal
 

26/11/14

Terima kasih kawan-kawan

Dilla nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Blogger ni sebab sudi letak link Blog Dilaz Family dalam Bloglist mereka. Tanpa kamu, siapalah daku. sob sob sob. Terharu sebenarnya. Semoga kita jadi sahabat selamanya dunia dan akhirat. 

Kat bawah ni Dilla ambil dari Nuffnang untuk minggu lepas. Semua link kat bawah tu Dilla suka blogwalking. Mereka ibu-ibu yang hebat dan mempunyai anak-anak yang sangat comel dan bijak.


 
Terima kasih sekali lagi Dilla ucapkan. All the best to you 
 

Mini Giveaway #1 Kecantikan Terindah

" STICKY POST..SCROLL DOWN TO NEW ENTRY "

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. 

Dilla nak ajak kawan-kawan join MINI GIVEAWAY #1 yang Dilla buat di Facebook Page KECANTIKAN TERINDAH

Jom join, mana tahu ini rezeki anda. Senang je





Mini GA #1 ini bermula dari 22/11/14 sehingga 31/12/14. Cara-cara nak join seperti berikut:


2) Komen di post page Mini Giveaway #1  "DONE"

3) Share di wall fb dan invite kawan-kawan join Mini GA ini

Pemenang akan diumukan pada 4/1/15

SELAMAT MAJU JAYA

TERIMA KASIH


19/11/14

Wordless Wednesday #37

Meh tatap wajah Si Comel dan hensem boy ni

Danish yang dah pandai bergaya
Ramai tegur Danish putihnya....Danish menyusu susu ibu yang mana Mama Danish ambil suplemen Shaklee

18/11/14

Tanpamu

Tanpamu hidupku sunyi
Tanpamu tiada tempat berbicara
Tanpamu hidupku tidak lengkap
Tanpamu siapalah aku

My hero and My Soul

 

Aku sayang kamu kerana Allah
 

17/11/14

Danish oh Danish

Bukan main lasak Danish ni... Masa ni di pusat service Proton tunggu kereta di servis. Sorang sorang pun jadi kerja,. Tengoklah aksinya




.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
 
 

Semua dia panjat dan lompat. dah jatuh pun tak serik. Danish oh Danish
 

15/11/14

Ready set go

Kami sedang bersiap-siap nak pergi ke Konvokesyen Qistina. Semoga dipermudahkan perjalanan dan semuanya berjalan dengan lancar. Amin

Ready set go
 

14/11/14

Resepi Donut yang gebu dan sedap

Assalammualaikum semua

Pagi ni Dilla nak kongsi resepi donut yang gebu dan sedap. Ingatkan nak buat donut ni susah, rupanya senang je. Mari kita lihat bahan-bahannya

500gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu gula
2 sudu susu pekat
1 paket mauripan (yis)
200ml air suam
50gm butter/margerin (Dilla guna butter)
secubit garam
gula halus (untuk ditabur)


Cara membuatnya:
1) Campurkan air, gula, susu pekat, butter, yis dan mentega di dalam bekas besar. Kacau sedikit sama rata
2) Biarkan selama 10 minit. Yis akan mula berbuih
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan telur
4) Gaul sehingga menjadi doh
5) Bila dah jadi doh dan tak melekat ditangan, bolehlah diterap menggunakan acuan donut.
6) Jarakkan antara satu sama lain seperti dalam gambar
7) Setelah siap semuanya bolehlah digoreng.


setelah diterap





dan hasilnya





Donut yang gebu dan sedap


SELAMAT MENCUBA

13/11/14

Result Exam Qistina-6 Tahun

Alhamdulillah... lega rasanya. Dilla dan My Love paling berdebar nak tunggu setiap kali result exam Qistina. Padahal baru sekolah tadika kan. Bak kata My Love, bukan nak Qistina pandai, tapi nak Qistina faham dan menguasai pelajaran yang dia belajar di sekolah. Semalam Dilla pergi ambil report card Qistina dan Alhamdulillah banyak peningkatan pada diri Qistina. Cikgu Qistina pun puji, katanya Qistina rajin di sekolah dan selalu bantu rakan dan cikgu. Cuma dalam membaca Qistina perlu diberi perhatian lebih. Yang ni dia ikut Mama dia kot (Mama dia kurang suka membaca tak macam Papa Qistina).

Masa pertengahan tahun Qistina dapat no 7 dari 11 pelajar dan kini peperiksaan akhir tahun Qistina dapat no 3 dari 10 pelajar. Tersenyum Mama dan Papa Qistina. Qistina pun suka sebab dapat no 3. Papa Qistina tak nak puji lebih-lebih sebab takut Qistina malas belajar. Sabtu ni Qistina akan konvo. Tak sabar tengok persembahan Qistina dan kawan-kawan.

Inilah result exam Qistina. Dilla abadikan di sini sebagai kenangan. Nanti boleh tunjuk Qistina bila dia besar nanti.


Perbandingan keputusan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun


dan




Kedudukan no di antara pelajar

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Cuti sekolah ni Qistina perlu buat lebih latihan dan membaca sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan Darjah 1..Sekejap je masa berlalu


Danish dan Bear2

Assalammualaikum

Meh tengok anak bujang Dilla ni. Lelaki tapi jambu aka lembut. Tapi bila datang dia punya baran, Allah je yang tahu. Mama dia pun dipukul, ngan Papa tak berani. Kalau Papa buli, Mama dia jadi mangsa dibalas geram tu. Berbeza watak ngan kakak Qistina. Qistina tak suka patung, Danish suka sangat. Tak caya tengoklah ni.....bukan main lagi

 

Patung bear2 tu lagi besar dari Danish. Bukan main tersenyum gembira dapat pegang bear2 tu. Mula2 ingat tak suka, sekali pegang tak nak lepas lak. emmmmmm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails