PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/03/12

Fuhhhhhhh.............

Salam semua.

Selamat berhujung minggu. Lama rasanya Dilaz tak update blog nie. Rindu sangat pada Blog Dilaz Family dan nak berblogwalking. Internet kat rumah line tak de sebab lum bayar bil lagi. huhuhuhu..Ini pun datang ofis jap sebab nak update blog yang dah lama bersarang.

Banyak benda nak update ngan cerita tapi tak leh update tu yang sedih. Dilaz harap walaupun Dilaz tak selalu blogwalking blog kekawan, rajin-rajinlah datang Blog Dilaz erk. Jumpa lagi

22/03/12

Earning Heartbeat lak

Benda yang paling lama tak promote dan buka. Dalam Tahun 2012 ni, barulah bulan nie Dilaz buka akaun Heartbeat ni. Nasib baik masih ingat lagi Log In ID dan password...huhuhuhu. Sekali buka earning ada RM 32.14. Oklah tu rezeki gak, sikit lagi boleh cash out. Kebanyakan earning Dilaz hampir-hampir boleh cash out, tapi bile hampir je mesti stop jap. Tak tahu nak wat cam ne.....


Kawan-kawan yang belum register, boleh KLIK SINI

atau tengok cara nak register kat bawah ni

nilah tutorialnya:

mula2 klik banner heartbeat kat blog me ni yer...





2. Klik Icon Hearbeat seperti yang dibulatkan tu






3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan


4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service
then klik continue




5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah diatas
 



6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan diatas)
then isi kesemua maklumat yang diperlukan






7. Masukkan maklumat mengenai Blog anda


8. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...
then klik continue


9. Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat



10. Klik GET A CODE


11. Copy Code2 yang anda kehendak i(bertanda merah bulat), 
ada 4 code untuk iklan Heartbeat
 (seperti lampiran yang bertanda kotak merah belah atas)--setaip code adalah unik/tak sama utk setiap member heartbeat tau (mcm nuffnang punya code gaklah)

AFTER THAT TUTORIAL UNTUK PASTE CODE 
KE DALAM BLOG

 1. Pergi Kat Design


2. Klik Add A Gadget



3. Klik add HTML/JAVA SCRIPT then save, ulangi cara yang sama 
 untuk letak ketiga2 iklan berkenaan
 


4. akhir sekali DRAG gadget berkenaan ke kedudukan yang dikehendaki...


DONE!!

ENTRI NIE SAYA COPY DARI SUZIE aka MAMA ZHARFAN
HEARTBEAT NIE TAK GANGGU SIDE INCOME NUFFNANG UOLLSS TAU. JANGAN TAKUT.


P/S : Apa tunggu lagi. Senang kan nak register HEARTBEAT nie. Setiap orang yang klik,
kite akan dapat RM 0.04, jgn buat fraud click  tau. 
Boleh ajak kawan2 klik. Sikit2, lama2 jd bukit kan. U click me, me klik u. okey.
Inilah side income saya, sebab nak tunggu BE Nuffnang tak dapat.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

21/03/12

Cantik kan




Kalaulah dapat kereta nie......ohhhhhh bahagianya hidup ini. Macam dunia ini Ana yang punya. Hehehehe sebenarnya kereta nie adalah kereta idaman My Love. My Love minat sangat kereta nie. "Sayang doakan semoga satu hari nanti Abang dapat memiliki kereta BMW ni. AMIN. Tapi Abang kena kerja kuat sikit tau...Jangan cepat putus asa pasti akan berjaya.
  

20/03/12

Nak cete Earning lagi

Semalam cerita tentang Earning Nuffnang. Hari nie lak Dilaz nak cete tentang Earning Churp Churp lak. Lama tak cete tentang Churp Churp nie sebab lama tak share Churp Churp nie. Bile lama tak shre makanya Earning pun taklah naik dengan cepat betul tak? Meh tengok Earning Churp Churp Dilaz sekarang................


Earning Churp Churp Dilaz baru RM 81.31 ada lagi RM 18.69 untuk melayakkan Dilaz cash out Earning nie. Tak sabar nak cash out. Kawan-kawan yang lain ada yang dah banyak kali cash out kan. Seronok sangat....Siapa yang lum register Churp Churp, jomlah register KLIK SINI
  

19/03/12

Dilaz ada berita gembira......

Alhamdulillah...rezeki dari ALLAH. Setelah tunggu selama lebih kurang 2 tahun akhirnya Dilaz ................





PREGNANT


 
Syukur sangat kepada ALLAH. Harap Dilaz dan Baby sentiasa sihat dan selamat. Doktor kata dah 7 minggu (mengikut gambar yang di scan). Doktor pesan awal bulan 5 datang klinik untuk buat buku merah dan tentukan bile due date untuk bersalin nanti. Alhamdulillah.

P/S :Kawan-kawan doakan kesihatan Dilaz dan baby erk. Terima kasih
 

Buffered Earning lagi untuk tahun 2012

Salam semua.

Apa khabar? Dilaz nak mulakan update blog pagi ini dengan cerita tentang Buffered Earning (BE). Alhamdulillah bulan Mac nie dapat lagi BE baru dari Nuffnang. Sebelum nie BE dari CELCOM, kali ini dari University of London-International Programmes. Tak sangka Blog Dilaz Family ini terpilih untuk iklan tersebut. Harap BE tu kekal lama sikitlah. InsyaALLAH..AMIN.
 
Selain tu, Dilaz ada berita gembira yang ingin dikongsi dengan kekawan semua. Tunggu di lain entri yer.
  

18/03/12

Bile dapat pergi sini

Hari-hari minggu nie duk umah je. Tengah duduk berehat nie tetiba terfikir, bile agaknya dapat pergi Fraser's Hill nie. Lama berhajat nak pergi. Tapi bile rancang nak pergi je mesti ada halangan lain atau perkara yang tak dapat dielakkan. Saje je nak jalan-jalan kat sini sambil menenangkan fikiran daripada tekanan kerja nie kan.


Fraser's Hill

InsyaALLAH ada rezeki nanti Dilaz nak pergi gak sini bersama keluarga tersayang. Mesti Qistina suka sangat sebab Qistina kalau pergi tempat sejuk, seronok dia bukan main lagi. hehehehe

9/03/12

Hadiah idaman Qistina besday tahun nie

Sebelum ni Dilaz ada buat entri tentang "new thing special for you qistina" kan. Ingat tak??Ok hari nie Dilaz update apa hadiah idaman yang Qistina nak sangat pada besdaynya tahun nie. Qistina nak

.
.
.
.
.
.
.
.


Kereta bateri nie.Comelkan.

Setiap kali lalu kat kedai mainan kalau jumpa kereta mainan besar nie, Qistina mesti kata, " Nanti Mama Papa belikan Tina kete nie masa birthday to you Tina tau.. Jangan Lupa". Qistina nie kuat ingatan yerr, Jadi apa yang dijanji dan dikatakan mesti kena tunaikan. Perangai dia macam Dilaz. Tu kekadang Dilaz bileh merajuk dan marah pada My Love kalau janji tak tunaikan. hehehehehe.
 
P/S : Harap dapatlah tunaikan permintaan Qistina nie
 

Buffered Earning kedua tahun 2012

 Patah tumbuh hilang berganti.... BE sebelum ini dah jadi ME huhuhuu. Ini semua gara-gara tak update Blog selalu. Padan dengan muka sendiri kan. Tapi Dilaz dapat BE baru dari iklan CELCOM sebagai pengganti. Oklah tu ada rezeki. Harap dengan ada BE pengganti nie Earning Dilaz akan bertambah lagi. Tak sabar-sabar nak cash out nie. Tangan dah gatal sangat. hehehehe.


P/S : Terima kasih EN NUFFNANG. Bagilah BE banyak sikit kat Blog Dilaz Family nie.
 

6/03/12

Kecik-kecik dah pandai

Budak zaman sekarang nie dah modenkan. Lagi maju dari zaman kite dulu. Yelah anak zaman ICT katakan. Qistina pun tak terkecuali. Sekarang dah pandai pegang kamera dan tekan tengok gambar dalam kamera. Lagi tak tahan, siap kata "Nanti Mama belikan Tina komputer satu er. Tina nak main game macam Mama gak". Bijak-bijak....
 
Kalau nak sesuatu benda tu, suruh buat apa pun akan dibuat. Dari tak tahu menjadi tahu sebab bile buat pasti dapat apa yang dihajati. Macam-macam ragam yang mencuit hati kan. Seronok rasanya bile melihat teletah anak-anak nie. Ada lagi, siap kata "Mama, mana adik Tina. Tina nak adik boboy. Nak sayang adik"...Dah mula pandai minta adik. Qistina nak kawanlah. Tapi belum ada rezeki lagilah nak dapat Baby baru. Suka tengok member-member mengandung.

5/03/12

Lama tak buat cross stitch

Salam semua.

Hari nie sungguh memenatkan sebab kena sambung buat kerja amal untuk agensi. Dilaz dan kawan-kawan kena hantar planner tahunan kepada ahli yang ada. Tak pelah sesekali buat kerja amal kan. Okeylah berbalik semula kepada tajuk entri Dilaz "Lama tak buat Cross stitch".

Dilaz memang dah lama tak buat cross stitch. Dulu pantang ada masa je mesti nak buat cross stitch. Tapi sekarang pantang ada masa free nak rehat je.huhuhuhu. Kerja sekarang lagi penat dan tertekan sedikit. Yelah nak senang bukannya senang, kena ada usaha dan pengorbanan lebih. Betul tak? Apa merapu nie...lari tajuklah.hehehehe...

Dilaz sebenarnya nak siapkan semua cross stitch yang terbengkalai dan nak buat pattern-pattern yang cantik. Bile dah siap rasa seronok tau dan puas..emmmmm 

P/S : Cute kan cross-stitch ni

2/03/12

New thing special for you...Qistina

Sebabkan dah tinggal berjauhan, bile berjumpa anak kenalah tunaikan permintaannya. Baru lah dia tak rasa yang dirinya tidak disayangi. Tapi perlulah mengikut kemampuan dan keadaan. Qistina nie dah lama nak sesuatu yang baru untuk dirinya. 


Yang pertama, Qistina nak kasut baru. Jadi Dilaz pun tunaikan hajatnya. Inilah kasut baru Qistina

 
Kedua, Qistina nak beg sekolah baru. Sebelum nie beg dia dapat free sebab ada beli barang dapat percuma beg. Pas tu hari tu, dia kata "Mama, beg tina kotor dan koyaklah. Nanti Mama beli baru erk". Jadi Mama pun dah tunaikan hajat anak Mama nie.



P/S : Ada satu lagi yang Qistina teringin sangat nak...tapi Dilaz belum tunaikan. Apa tu..Dilaz buat entri lain erk

1/03/12

Rindu anak mama nie

Dah 2 bulan Qistina kat Johor. Rindu sangat-sangat pada Qistina, walaupun nak jumpa. Rasa sedih sebab berpisah dengan Qistina. Yelah dari kecil tak pernah tinggalkan Qistina seorang kat kampung. Selalu mesti Dilaz ada sekali.

Setiap kali telefon, mesti Qistina akan cakap "Mama dah cuti? Bile nak datang amik Tina?". Rasa sayu dan sebak bile dia cakap macam tu. Mesti mengalir air mata. Mama kerja jauhlah sayang. Mama kena cari duit banyak-banyak untuk keluarga kite. Sekejap je Mama antar Tina kat kampung. Mama akan amik Tina cepat yer sayang. Mama pun tak sanggup tinggalkan Tina lama-lama kat kampung. Sunyi rumah nie sayang. Mama rindu anak mama nie.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails