Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.
Dilla nak abadikan di sini satu tarikh keramat yang perlu diingat sampai bila-bila oleh Dilla dan juga Danish kelak. Tarikh apa yang keramat tu. Sebenarnya ia ialah tempoh penyusuan Danish (my little hero & bodyguard).
Alhamdulillah penyusuan selama 2 tahun berjaya. Dilla dapat beri susu ibu kepada Danish secara ekslusif selama 2 tahun 2 bulan dan 21 hari (21/10/2012 - 11/01/2015). Selama tempoh itu banyak suka duka dan ia satu pengalaman terindah buat Dilla. Tiga kali Dilla kena bengkak susu. Sakitnya memang tak terkata hanya Allah je yang tahu. Namun demi anak tersayang Dilla harungi jua.
Ada yang kata "kau tak keje bolehlah bagi susu badan". Orang hanya lihat Dilla yang di pertengahan tempoh penyusuan. Mereka tak lihat dan tak tahu semasa awal-awal penyusuan. Dilla dulu bekerja dan pekerjaan Dilla bukan duduk di dalam ofis serta bukan waktu pejabat. Dilla perlu berjumpa orang dan tiada tempat yang selesa untuk mengepam susu. Tapi itu semua bukan alasan dan halangan kepada Dilla. Dilla cari tempat yang boleh untuk mengepam. Kekadang tu mengepam di dalam kereta dan pernah juga pam di dalam tandas. Setiap hari semasa bekerja, beg pam dan cooler bag sentiasa di sisi. Dilla akan pam sekurang-kurangnya 2 kali semasa bekerja. Masa tu Danish memang kuat menyusu sekali susu 4 oz.
Bagi Dilla jika tiada konsep "supply & demand" penyusuan tidak akan berjaya sehingga 2 tahun. Dilla memang ada ambil suplemen.
Suplemen Shaklee banyak membantu Dilla untuk lebih sihat dan bertenaga. Jika kita tak sihat dan tak bertenaga, produktiviti susu badan akan terganggu. Kita juga perlu minum air yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat.
Susu ibu adalah yang terbaik untuk si manja. Alhamdulillah Danish kurang demam dan sakit sepanjang menyusu. Jika sakit pun cepat baik. Kulit Danish juga cantik dan gebu, ramai yang puji. Ini semua dengan izin Allah.
Semoga Danish sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak yang soleh. Mama sayang Danish. Danish memang seorang anak yang bijak dan baik. Danish sangat memahami Mama. Okeylah sampai di sini saje. Jumpa lagi.
Coretan Mama QD