Selamat pagi semua.
Janganlah jadikan hari Isnin nie sebagai Monday Blues. Pagi nie Dilaz nak bagi Tips Bekerja Dengan Lebih Efisyen. Mungkin ada antara kawan-kawan yang telah amalkannya. Bagi yang belum bolehlah amalkan tips ini. Semoga tips ini dapat membantu kawan2 berjaya dalam kerjaya dan impian yang diidamkan menjadi realiti.
Tips Bekerja Dengan Lebih Efisyen :-
~ Catatan Diari ~
Cara ini mungkin remeh bagi sesetengah orang tapi inilah cara yang paling berkesan untuk memastikan segala tugasan harian dapat disempurnakan dengan baik. Kita mungkin tidak akan ingat semua kerja yang diarahkan dalam satu masa. Maka diarilah berfungsi sebagai nota peringatan untuk kita catat tugasan penting dan tarikh2 penting tugasan perlu disiapkan. Jangan campur Diari peribadi dengan diari kerja tau. Nanti pening pula
~ Pilihan Masa ~
Pilihan masa ini adalah bagaimana seseorang dapat melakukan kerja dengan baik. Ini kerana setiap individu mempunyai cara berbeza dalam melakukan sesuatu tugasan. Kebanyakan daripada kita akan melakukan tugasan dengan baik pada waktu pagi kerana rasa cergas dan idea yang banyak dating di waktu pagi. Ada juga disebaliknya. Maka, tanyalah diri kita dan rancanglah masa bekerja anda dengan baik.
~ Rehatkan Minda Seketika ~
Jangan terlalu memaksa diri untuk terus bekerja padahal otak dan badan sudah letih. Rehatkan minda seketika. Mungkin anda boleh berborak seketika dengan rakan sekerja ataupun layarilah Blog, internet atau buatlah apa saja yang boleh merehatkan minda anda. Selepas dah rehat sambunglah kerja semula. (Tips nie paling Dilaz suka)
~ Jangan Tangguhkan Kerja ~
Ini adalah penting. Jangan sesekali kita tangguhkan kerja yang diberi. Jika boleh disiapkan hari ini, siapkanlah. Jika tidak boleh, barulah boleh sambung keesokkan harinya. Amalan suka menangguhkan kerja ini tak baik sebab akan mengganggu kerja kita yang lain dan akan menyusahkan diri sendiri serta orang lain kelak
P/S: Dilaz harap Tips ini dapat membantu kawan2 semua. Selamat Bekerja dan selamat maju jaya
Sumber dari Majalah Seri Dewi dan Keluarga, Januari 2011
Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI
1 ulasan:
Tangguh keje memang xelok, tetapi kadang sifat nak tangguh tu susah nak buang, camne tu.. :)
Catat Ulasan