PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

27/02/17

Gojes Skin - Review by Mama QD

Mama QD suka mencuba macam-macam suplimen. Tapi sejak ambil Gojes Skin ni terus tak pandang yang lain. Sebab Gojes Skin ni suplimen All in 1. 

Gojes Skin

Hanya 1 sachet setiap hari, uols dapat banyak manfaat daripadanya. Meh lihat apa kebaikan Gojes Skin ni 👇.

Kebaikan Gojes Skin


Gojes Skin ni bahan-bahan dari ekstrak buah-buahan dan bovine collagen. Sebab itu kesannya 5 kali ganda lebih cepat dan yang penting rasanya sangat sedap.

Mama QD baru ambil beberapa sachet dah nampak perubahan. Dulu kulit wajah Mama QD kusam dan banyak bintik hitam kat hidung. Alhamdulillah, ambil Gojes Skin kulit lebih berseri dan bersih. Pori-pori kulit wajah pun semakin mengecil. Jeragat dan bekas jerawat semakin pudar.

Testimoni gojes skin

Jika uols tak suka ambil banyak suplimen tapi nak cantik dan sihat, Mama QD cadangkan uols ambil Gojes Skin. Dah cuba pasti jatuh cinta 😍. Berminat nak cuba boleh WhatsApp 019 727 0181 atau boleh ke Facebook page Gojes Skin Melaka 👉...https://www.facebook.com/Gojes-Skin-Melaka-164698736954904/

25/02/17

Danish dah sekolah

Macam dah terlambat nak share, tapi Mama QD nak share juga. Anak manja Mama dah sekolah. Danish sekadang sekolah di Tadika JAIM. 

Danish

Hari pertama persekolahan. Ambil dulu gambar dengan kakak buat kenangan.


Qistina dan Danish.....my QD

Minggu pertama persekolahan, Danish okey dan seronok pergi sekolah. Senyum dan senang nak bangun pagi. Baru lagi dan rasa seronok kan.


Danish di Tadika JAIM

Tapi yang tak best yer, minggu kedua sekolah Danish mula tak nak pergi sekolah. Katanya ada kawan usik dia. Bila Mama QD beritahu cikgu,baru ok. Sekarang ni, kadangkala waktu nak pergi sekolah tu adalah drama pagi sikit. Tak setiap hari tapi adalah. 

Alhamdulillah dah 2 bulan sekolah ni ada perubahan positif untuk Danish. Semoga Danish rajin belajar dan menjadi anak yang soleh serta membanggakan keluarga. Aamiin.

4/02/17

Keranamu Bezza

Mama QD lama tak join contest offline dan online. Jadi takdelah ambil tahu tentang apa-apa contest. Nak dijadikan cerita, My Love suruh beli suratkhabar. Mama QD ni jarang baca suratkhabar sebab tu tak beli. Tetiba haritu terajin lak belek suratkhabar tu. Sekali ternampak contest Nestle. 

Mama QD cakap kat Mydin Love tentang contest tu. Hadiah utama kereta Perodua Bezza. Terus excited My Love sebab dia memang minat Bezza ni. Apa lagi start kereta pergi Mydin borong air tin Milo. 


Air Milo

Naik kembung nak habiskan air Milo tu. Keranamu Bezza ku telan jua. Semoga ada rezeki menang Kereta Perodua Bezza tu. Aamiin.

Jenuh gak nak isi borang contest 😂.

Contest Milo CNY 2017

8 jenis rezeki dari Allah

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH 

1.Rezeki Yang Telah Dijamin. 

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 

2. Rezeki Kerana Usaha. 

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

3. Rezeki Kerana Bersyukur. 

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

4. Rezeki Tak Terduga. 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar. 

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah. 

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

7. Rezeki Kerana Anak. 

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

8. Rezeki Kerana Sedekah. 

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Amiin..

3/02/17

Pesanan untuk anak-anak

JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK : 
.
.
Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

- nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yg lebih bermakna utk kita di alam sana. 

Bermakna sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yg tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnect. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya. 

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, utk kebaikan our own future :

- Nanti jangan lupa bersedekah utk abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang. 
- jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur....
- Doakan kebaikan utk mak-abah setiap hari.....

Ini yg lebih penting utk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong 'top-up'kan.

Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari. 

Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yg ingatkan ibu-bapa mereka yg dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dgn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya. 

Saya kira, bukan begitu relationshipnya.  Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana. 

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT utk kita di alam sana.

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah, 

Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat. 

Ingatlah, 

Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.

Sekian, ingatan utk diri sendiri, seorang bapa yg ada anak 2 orang dan, seorang anak yg telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah 5 tahun lepas.

Setiap hari saya cuba yg terbaik utk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dgn bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan : 

'dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' (Surah Thur, 21).

Semoga. Tolong sama-sama doakan ibu-bapa kita yg telah pergi,....
Tuan-puan, antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat. 

Syafaat bermaksud, jika kita susah nak masuk syurga, nanti Quran akan datang sebagai pembantu utk backup & topup mana yg tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu....

Semoga ia menjadi asbab utk kita lebih mudah dpt pembantu, syafaat Al-Quran.

Copy paste dari group whatsapp 😃

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails