PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

29/09/14

Aiskrim di malam hari

Assalammualaikum. 

Dilla nak share gak gambar ni. Makan aiskrim di malam hari. Nak tahu Dilla, My Love dan Danish pergi 7 Eleven semata-mata nak makan aiskrim. My Love kata kita makan kat sini jelah sebab kat 7E tu ada sediakan kerusi. Setiap orang yang lalu pasti memandang. Agaknya mesti ada yang kata, "malam-malam pun makan aiskrim"..."tak sejuk ke duduk dalam aircond makan aiskrim". emmmm dah nak makankan biarlah apa orang nak kata. Yang penting kami enjoy

Beli sorang satu aiskrim. Dilla yer aiskrim yang taylor swift tu. My Love yer coklat dan Danish vanilla. Memang best dan sejuk je aiskrim tu masuk dalam mulut. huhuhuhu


 
Ini aiskrim Dilla. My Love yer tak sempat snap

dan

Danish


Tengok tu makan aiskrim tak ingat dunia. Nak makan sorang nasib minta sikit dia bagi. Danish memang suka benda sejuk.

Qistina tak de bersama sebab dia nak tidur rumah neneknya (MIL Dilla). 
 

28/09/14

Rahsia Kejayaan IK

Assalammualaikum dan Selamat hujung minggu

Rahsia Kejayaan yang Dilla ambil dalam FB IK. Ilmu amat penting. Belajar dari pengalaman itu juga satu kejayaan

 

24/09/14

Lepak-lepak di Chicken Rice Shop

Alhamdulillah. Dilla sekeluarga ni memang suka window shopping. Saje jalan-jalan cuci mata dan mencari idea baru. Kami pergi ke Aeon Bandaraya Melaka jalan-jalan. Sekali pastu My Love tanya nak minum teh tarik kat Chicken Rice Shop tak? hehehehehe siapa yang tak nak kan orang tersayang nak belanja. Laju je terus kata "Kalau abang nak belanja boleh je". Apa lagi berdesup terus masuk Chicken Rice Shop. Pergi sana bukan nak makan pun sebab baru lepas makan malam. Sebenarnya saje nak minum air teh tarik dan lepak-lepak jap kat situ. Sambil tunggu order sampai apa lagi selfie lah. huhuhuhu. Nasiblah ko nak terpaksa layan Mama korang ni yang suka ambil gambar.


Qistina yang semakin membesar. Baru nak senyum kalau tak susah nak senyum


 
Danish yang semakin lasak. tengok tu garpu dia buat main



 
My Love tercinta. Sibuk tengok brosur rumah

 
 
Gambar tuan tanah mesti kena ada gak. Senyum bahagia bersama keluarga tersayang



Inilah air teh tarik kami

dan

 

apa ekk nama dia lupa lak.huhuhuhu

 
Seronok kan bila bersama keluarga dan makan-makan. Lama dah tak dating berdua ngan My Love. Tunggu anak besar sikit kot baru dapat dating berdua. Sekarang cam susah sikit sebab danish nak berkepit je
 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Doa Hari Ini #3

"Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima"
Amin
 

Riang ria mereka berdua

Assalammualaikum semua

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah Dilla sekeluarga sihat. Semoga kawan-kawan semua juga sihat. Dilla nak share cerita tentang anak-anak Dilla ni...Qistina dan Danish. Riang ria mereka berdua. Cerita ni lama dah masa cuti Hari Malaysia tapi Dilla baru nak up entri. Selepas sarapan pagi, My Love ajak pergi Bukit St Paul. Saje je jalan-jalan. Pergi pagi-pagi best sebab sejuk dan orang tak ramai lagi. Meh tengok aksi mereka 


Danish seronok naik tangga. Berjaya naik sendiri sampai ke atas


 
Aksi candid mereka


 
Kakak yang sayang adik


Lepas dah pergi Bukit St Paul kami pergi ke taman permainan. Nak bagi mereka berdua main kat taman. Lama dah tak bawa pergi taman, jadi hari tu tunaikan permintaan Qistina. Seronoklah mereka bila tahu nak pergi taman


 
Main buaian tak pandang kiri kanan. Danish marah bila dipegang


 
Tengok tu Danish macam dah besar sangat je. Kakak je nak pandang kamera, adik buat tak tahu 

Seronok kan tengok mereka bermain. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Tapi dulu kecik Dilla jarang main kat taman permainan. huhuhuhu. Masa nak ajak balik Danish meraung-raung tak nak balik sebab nak main lagi. Bukan apa masa tu dah mula panas dan orang dah mula ramai sampai main berebut-rebut. Tak pe lain kali ajak Papa pergi taman lagi ye.
 

23/09/14

Doa Hari Ini #2

"Ya Allah, ampunilah aku, tunjukkanlah aku, kurniakanlah rezeki untukku dan peliharalah kesihatanku. Aku berlindung kepada-Mu dari sempitnya keadaan hari kaiamat"

Amin

Keluarga kecil kami

Assalammualaikum semua.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bercerita di sini. Sayang korang dan rindu berblog. Jap lagi saya blogwalking blog kekawan yer. Sebelum tu saya nak post inilah "Keluarga kecil kami".

My Love, Qistina, Dilla dan Danish
 
Alhamdulillah. Kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, cantik dan hensem. Bersyukur kepada Allah di atas rezeki ini. Walaupun kami hidup sederhana tapi kami sangat bahagia dan gembira. Rezeki Allah itu luas dan berbagai bentuk. Allah beri rezeki melalui bermacam cara. Jika tidak kepada Dilla, diberi kepada My Love ataupun kepada Anak-anak kami serta keluarga. Semoga kami sekeluarga dipanjangkan usia, hidup kami dirahmati Allah dan sentiasa dilindungi oleh Allah. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin

17/09/14

Doa Hari ini #1

Ya Allah. Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-MU daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia
Amin

Si comel yang suka Selfie

Tak padan kecik tau Danish ni. Pantang cakap ambil gambar terus dia nak selfie. Meh tengok si comel yang suka selfie ni. Muka manis dengan senyuman tu buat orang geram tengok dia.

aksi pertama



aksi kedua


dan

aksi ketiga


 
Tenang jiwa bila memandang wajah si kecil ini.
 

16/09/14

Bila teringin

Assalammualaikum semua dan Selamat Hari Malaysia

Seronok hari ini sebab My Love cuti dan bolehlah kami sekeluarga meluangkan masa bersama-sama. Alhamdulillah. Nanti Dilla cerita aktiviti kami di Hari Malaysia. Tapi hari ini Dilla nak cerita tentang bila teringin nak makan Maggie. Inilah hasilnya



Maggie yang dah dicampur dengan sayur kobis cina, bebola ikan dan telur hancur. Sedap hingga kering kuah dihirup.hehehehehe. makan Maggie ni sekali sekala bolehlah, bila teringin je. Selalu memang taklah sebab Dilla bila makan maggie je mesti sakit perut.

 

13/09/14

Selamat Hujung Minggu

Assalammualaikum semua dan Selamat berhujung minggu

Apa aktiviti hari ini? Bawa anak-anak bercuti ke? Dah mula cuti sekolah, anak-anak paling gembira kan. Semoga kawan-kawan semua bahagia bersama keluarga tersayang. Dilla tak de planning nak ke mana-mana pun cuti sekolah ni. tapi tak tahulah kalau tetiba last planning kan. Sebab My Love ni suka last planning kalau nak pergi mana-mana

picture credit mr google

12/09/14

Alhamdulillah

Alhamdulillah...Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Jangan merungut jika kita tidak dapat apa yang kita hendaki. Kita merancang dan Allah yang menentukan segalanya.

 

11/09/14

Vision Board

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur dan bernafas di bumi Allah ini. Hari ini Dilla nak kongsikan vision board Dilla pada semua dan semoga kawan-kawan sudi mendoakan yang terbaik untuk Dilla sekeluarga. In shaa Allah. amin

vision board Dilla




Inilah yang Dilla akan tatap setiap hari dan bila semangat hilang. Mereka semua adalah semangat mengapa Dilla nak berjaya. Dilla harap satu hari nanti semua impian itu akan tercapai dan dapat membahagiakan mereka semua. Amin





9/09/14

Menang Hadiah Saguhati

Assalammualaikum semua

Apa khabar? Harap semua sihat dan gembira selalu bersama keluarga tersayang. Hari ini Dilla nak update tentang kami menang hadiah saguhati. Siapa kami tu..kami tu ialah Dilla dan Danish. Kami berdua masuk dalam majalah Parenthood di ruangan Stars of Pureen. Dilla jarang beli majalah ni, biasa beli majalah Mami Baby dan PaMa. Awal bulan lepas terpandang ruangan ni dan terus join. Tak sangka bertuah dan terpilih. Walaupun menang hadiah saguhati tetap bersyukur. Glamour tu satu Malaysia tengok gambar kami. huhuhuhu.

Inilah majalah Parenthood tu. Sekarang masih ada dipasaran. Siapa lum beli dapatkannya segera.
 
Parenthood September 2014

dan
 
Stars of Pureen

ini kami
Danish dan Dilla

Semoga rezeki kami sekeluarga sentiasa dimurahkan Allah dan sentiasa terpilih dalam setiap peraduan yang kami sertai. Amin. Sekarang mood join contest online & offline semakin menjadi-jadi. Saje suka-suka. Ada rezeki Alhamdulillah, tak de bukan rezeki kami. Apa yang penting kena berusaha

7/09/14

Lakukan HARI INI

Lakukan HARI INI..Kejar CITA-CITA dan IMPIAN. Jadikannya kenyataan



PERCAYA SEBELUM BERJAYA
 

6/09/14

Kotex Liners #1Min Self U

Kotex....Utamakan perlindungan Zon-V anda. Kotex sekarang tengah buat contest #Kotex1Min Self U tau. Kawan-kawan dah join belum? Hadiahnya pun menarik. Dilla nak join lah mana tahu ada rezeki, tapi lama dah tak pakai brand Kotex ni. Dulu masa zaman sekolah selalu pakai brand Kotex.

Tak sangka Nuffnang bagi Buffered Earning baru iklan Kotex ni. Terima kasih Nuffnang kerana terus menyokong Blog Dilaz Family.
 

BE yang running tinggal sikit je...tulah malas update blog. Dah macam Chipsmore. Kejap ada kejap tak de

 

BE pertama September
BE ke 24 tahun 2014

Alhamdulillah

5/09/14

Nasi kerabu di tengah malam

Assalammualaikum semua dan Salam Jumaat

Hari ni dah 5 September. Kejap je kan. Tiga hari yang lalu kan besday Dilla pastu tak celebrate pun sebab belum ada mood. Malam tu My Love keluar jumpa kawan sekolah rendah dia kat kedai makan Siam. Dengar je My Love nak pergi situ Dilla minta bungkuskan nasi kerabu. Almaklumlah Dilla ni peminat tegar Nasi Kerabu tau.

My Love sampai rumah dah kul 11.30 malam. Jadi Dilla makan nasi kerabu di tengah malam lah. huhuhuhuhu. Nasib ada Lecithin dan Alfalfa Shaklee. Lepas makan terus telan 2 benda tu kasi bakar dan singkirkan lemak degil yang tak perlu. Nasi kerabu tu memang sedap tapi ayam tu liat sikit.
 
 

2/09/14

Cash Out Churp Churp

Setelah 2 tahun akhirnya dapat juga cash out Churp Churp buat kali kedua. Lama kan, yelah mana tak lama sebab jarang sharing kat facebook. Orang lain dah banyak kali cash out kan. Kalau ikutkan sebenarnya dah lama boleh cash out tapi ada masa tu earning churp churp ni RM 60 lebih pastu hilang macam tu je. Sedih tau. Tapi tak pe akhirnya dapat juga Dilla cash out earning dari churp churp ni. terima kasih Churp Churp.

Earning dah jadi 0 semula. Kenalah rajin sharing semula untuk dapatkan income yang banyak. Betul tak?? Syukur di atas rezeki ini. Tunggu cek datang rumah lak


Cash out kali kedua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails