PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

23/09/13

Satu...Dua...Tiga...Empat

Salam semua dan selamat pagi.

Lama rasanya Dilla tak bercerita di dalam Blog Dilaz Family nie. Rindu rasanya pada semua. Terima kasih pada yang sentiasa setia berkunjung ke Blog Dilaz Family. Sayang korang. Dalam dah lama tak update Blog, Danish bulan depan (Oktober) genap setahun. Sekejap je masa berlalu. Okeylah berbalik pada tajuk entri " Satu...Dua...Tiga...Empat". Apa tu....hehehehehe


Satu... Dilla. Enam tahun yang dulu, Dilla seorang kakak sulung dalam 4 adik-beradik semua perempuan dan anak kepada Encik Suardi bin Jasmin dan Puan Nor Aini bte Sahat.
 



Dua... Pada 01/06/2007, Dilla selamat diijab kabulkan dan menjadi isteri kepada Mohd Norfirdaus bin Sulaiman. Setelah 4 Tahun mengenal hati budi akhirnya kami bersatu. Alhamdulillah. Semoga hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Sayang sangat My Love. Banyak dugaan sepanjang tempoh perkenalan kami.





Tiga... Pada tanggal 17 April 2008, lahirlah puteri sulung kami yang bernama Nur Qistina binti Mohd Norfirdaus. Seorang anak yang comel dan sangat manja dengan keluarga. Lahirnya membawa rezeki kepada kami sekeluarga. Syukur Alhamdulillah.




Empat... Setelah 4 tahun kami bertiga, akhirnya lahir seorang putera kami bernama Muhammad Danish bin Mohd Norfirdaus. Kakak Qistina sudah ada kawan bermain dan sayangkan adiknya. Begitu juga adik terlalu sayang akan kakaknya. Danish seorang anak yang bijak dan tidak banyak kerenah dan sangat memahami Mama dan Papa. Terima kasih sayang


Kini keluarga Dilla lengkap. Dilla sayang keluarga bahagia ini. Setiap kesusahan dan kesenangan kami bersama. Semoga Allah melindungi keluarga kami dan sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin.
Syukur Alhamdulillah.

P/S: My Love request nak 2 anak lagi. Hehehehe. InsyaAllah jika diberi rezeki.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

22/09/13

Ceritaku bersama Shaklee

Sharing is caring

Ceritaku.....
Nama saya Dilla. Dilla seorang isteri dan Mama kepada sepasang anak (Nur Qistina & Muhammad Danish). Dilla berasal dari Pontian, Johor dan sekarang menetap di Melaka. Kisah Dilla dan Shaklee bermula semasa Dilla mengandungkan Danish.

Kenapa....Masa anak pertama Dilla terkilan sangat sebab tak dapat nak menyusukan Qistina sampai 2 tahun. Mungkin masa tu kurang ilmu penyusuan dan niat yang tak bersungguh. Penyusuan hanya dapat dilakukan semasa pantang sahaja dan susu mulai kering. Apa lagi susu formula la sebagai pengganti.

Sejak dari peristiwa itu, Dilla niat nak susukan anak kedua dan seterusnya dengan susu ibu sehingga 2 tahun jika diizinkan. Pencarian info dan tips penyusuan dicari semasa mengandungkan Danish lagi. Dan yang selalu Dilla buat, Dilla akan kata "Anak aku lahir je, aku nak terus susukannya". Bila search tentang "milk booster" atau nak banyak susu mesti keluar Shaklee. Lepas tu ada gak survey harga tanya, emmm mahalnya. Tapi sebenarnya taklah mahal sebab Shaklee nie tahan lama.

Masa dalam pantang Dilla diberi rezeki yang tak disangka. Member tempat kerja bagi Dilla SET MENYUSU SLIMMING sebab dia tak abis makan. Seronok tak terkata masa dapat set tu. Dalam excited rasa sedih lak sebab member lupa cara makan. Dilla pun tanyalah beberapa orang SID SHAKLEE tapi kebanyakkannya layan tak layan. Yelah dah lah tak beli ngan dia pastu tanya macam-macam. Akhirnya Dilla tanya pada Hafsah Mardhiah (my mommy shaklee). Hafsah bantu Dilla cara nak makan macam mana. Baik sungguh hatinya walau tak beli dengan dia, masih sudi melayan.

Baru 2 minggu Dilla makan SET MENYUSU SLIMMING tu banyak nampak perubahan. PERTAMA; tumit kaki tak lagi merekah
KEDUA; Susu banyak sangat dan dapat kumpul stok EBM hingga tak muat peti sejuk
KETIGA; Kulit rasa lembut dan moist
KEEMPAT; Tak de sembelit masa dalam pantang
KELIMA; Berat badan turun 2kg


Sejak dari hari tu, Dilla pun dah jatuh cinta pada Shaklee dan terus daftar jadi Distributor yang sah. Dilla nak share pada semua orang kebaikan Shaklee dan nak bantu semua orang sihat bersama Shaklee. Shaklee banyak mengubah Dilla

Kepada sesiapa yang nak tahu lanjut tentang SHAKLEE nie boleh hubungi DILLA 019-7270181.

20/09/13

My Besday

 Salam semua

Alhamdulillah hari ini Dila masih lagi bernafas di muka bumi Allah dan sihat sejahtera. Hari ini merupakan hari lahir Dila. Semoga Dila sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki Allah. Dila berdoa agar impian Dila tercapai hendaknya. Amin

SELAMAT HARI LAHIR 
buat diriku sendiri


P/S: Best yer kalo ada suprise macam dalam tv atau realiti

16/09/13

SPECIAL OFFER SHAKLEE

SPECIAL OFFER FROM 30/8 UNTIL 16/9. Offer ni saya buat sempena bulan MERDEKA dan sempena bulan BESDAY saya September. Jom order dan beli, tak yah tunggu dan fikir2 lagi. Lambat order anda yang rugi.

Nak tahu lanjut pm DILLA 019-7270181 (sms/whatsapp)


Voucher diskaun tu boleh digunakan untuk next purchase. Exclusive hanya dengan pembelian bersama Dilla sahaja, beli dengan orang lain tak de lah yer. Jangan marah.

Set-set lain pun ada offer, nak tahu lanjut kenalah pm Dilla dulu. Boleh ikut budget kawan-kawan.
Nak tanya-tanya je pun boleh, kalau terus order lagi baik. 

P/S: Niat nak membantu ramai orang sihat dan dapat kebaikan Shaklee ni 
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails